Persoalan mengenai sunnat bagi jemaah mengaminkan doa tok khatib ketika khutbah telah pun dijawab oleh para asatizah kita apabila ada ustaz yang menyanggahnya. Di sini faqir ingin menambah rujukan kita mengenai persoalan ini dengan membawa jawapan dan fatwa ulama kita terdahulu. Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rahimahullah yang merupakan alim 'allaamah yang jauh tinggi ilmunya berbanding kita dan ustaz penyanggah amalan kita tersebut telah menjawab persoalan ini dalam fatwa beliau. Maka tuan-tuan boleh dapat fatwa beliau ini dalam al-Fatawal Fathaniyah, jilid 1, yang diterbitkan oleh pihak Khazanah Fathaniyah yang dipimpin oleh almarhum Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir rahimahullah.
Syaikh Wan Ahmad rahimahullah telah ditanya mengenai hukum mengamin doa khatib dalam khutbah. Jawapan beliau tercatat pada masalah ke-24 tulisan 'Arab-Jawi yang terkandung dalam kitab tersebut. Tok Syaikh Wan Ahmad telah menjawab pertanyaan tersebut dalam Bahasa 'Arab, lalu diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh anakanda beliau Syaikh Ismail Ahmad al-Fathani rahimahullah. Dan di sini, faqir perturunkan sebahagian terjemahannya sahaja untuk lebih nafi` dan ringkas bagi mudah faham atas kita Bangsa Jawi. Maka bermula masalah yang ke-24:

(Soal) Apa kata kamu .......pada ta'min (berkata "amin") sekalian yang hadir bagi bacaan khatib akan doa pada khutbah Jumaat dan lainnya, adakah sunnat atau tiada ........? (Al-Jawab): Bahkan sunnat menta'min mereka itu bagi doa khatib pada khutbah ..... tetapi tiada sunnat menyaring dengan dia bagi doa khatib kerana barang yang pada nyaring itu daripada bising dan kerana bahawasa perlahan itu afdhal pada doa .....Jelaslah atas kita bahawa ketika tok khatib berdoa dalam khutbahnya, istimewa dalam khutbah kedua, sunnat kita menadah tangan dan mengaminkan doa tok khatib tersebut secara perlahan yakni sekadar berbunyi tanpa menyaringkan atau meninggikan suara sehingga boleh mencetuskan hingar bingar. Inilah ketentuan hukum yang sebenar di sisi para ulama kita yang muktabar. Jadi bukanlah hukumnya semata-mata harus dan jauh lagi daripada dihukumkan sebagai makruh atau haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan