Maulana Muhammad Taqi Usmani hafizahullah, salah seorang ulama besar Pakistan, bercerita antara pengalaman beliau bersama ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah bermazhab Syafie, keturunan Melayu yang dinobatkan sebagai musnid dunya, Syaikh Yaasin Fadani rahimahullah dan kesaksian beliau bahawa Syaikh Yaasin adalah seorang wali yang kasyaf. Dikisahkan bagaimana keberadaan Maulana Taqi di Mekah pada hari `asyura yang tanpa pengetahuan sesiapa pun telah diketahui oleh Syaikh Yaasin dan beliau dijemputnya untuk menerima ijazah hadis musalsal Hari `Asyura. Ya Allah, berkat Syaikh Yaasin, matikan kami husnul khatimah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan