Tidak dapat dinafikan, bahawa di antara shalawat yang masyhur menjadi amalan umat Islam sedunia di zaman ini adalah Shalawat Thib @ Shalawat Syifa. Faqir kurang periksa tentang asal usul shalawat ini, ada yang menisbahkan kepada Sidi Ahmad ad-Dardir al-Maliki dan ada yang menisbahkan kepada ulama lain yang terdahulu. Dr Thaika Shu`aib Alim rahimahullah, guru mursyid bagi Thariqah `Arusiyyah Qadiriyyah, menyatakan bahawa Shalawat Syifa` adalah antara shalawat yang dibaca oleh Sulthanul Awliya Syaikh Abdul Qadir al-Jilani. Beliau mencatat dalam al-Munjiyath pada halaman 99, Shalawat Syifa` sebagai: The Salawat To Strengthen Body And Soul.The Salawat recited by Qutbul Aqtab Muhyiddeen Abdul Qadir Jeelani radhiyaAllahu `anhu.
Telah masyhur kisah dan pengalaman yang telah dialami oleh ramai orang tentang keberkatan Shalawat Syifa`, terutama sekali dalam urusan pengobatan dan penyembuhan pelbagai penyakit. Di Malaysia, hanya puak - puak di Perlis dan yang sewaktu dengannya sahaja yang bermasalah dengan amalan ini, sedangkan para ulama lain, yang lebih alim hatta di Mesir dan Timur Tengah tidak pun ada apa - apa masalah. Apakah pihak di Perlis merasakan diri mereka lebih alim berbanding dengan para ulama lain? Tapi apa - apa pun, biarkan sahaja si Luncai terjun dengan labu - labunya. Sebagai penutup, kita dengar kisah yang disampaikan oleh Maulana Syaikh Prof. Dr. Yusri Rusydi Sayyid Jabr al-Hasani, ulama Azhar dan pakar bedah, tentang kisah keberkatan Shalawat Syifa`, mudah - mudahan bermanfaat hendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan