Ahad, Julai 31, 2005

Hakikat Ikhlas

Sahabat, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali r.a. dalam kitabnya "Ayyuhal Walad" berpesan: "Wahai anakku yang dikasihi, engkau bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah ta`ala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli dengan kejian mereka.
Allahummaj `alna minal mukhlisin.

Mengikut Para Fuqaha

Salah seorang sahabat Imam Malik yang bernama Ma'an ibn Isa berkata : Suatu hari Imam Malik pulang dari masjid. Beliau lalu diikuti oleh seorang laki-laki yang bernama Abu Juwairiyyah. Setelah keduanya bertemu, bertanya Abu Juwairiyyah kepada Imam Malik : "Wahai Abu Abdillah (panggilan Imam Malik), dengarkan perkataanku ini. Aku akan mengajukan pertanyaan dan meminta jawaban darimu!" Imam Malik berkata, "Bagaimana jika engkau dapat mengalahkanku?." Abu Juwairiyyah menjawab, "Engkau harus mengikutiku." Imam Malik bertanya lagi, "Bagaimana jika aku dapat mengalahkanmu?" Ia menjawab, "Aku akan mengikutimu." Imam Malik bertanya lagi, "Bagaimana jika ada orang lain datang kepada kita, lalu berdebat dan dia dapat mengalahkan kita?" Ia menjawab, "Kita akan mengikutinya." Imam Malik ra lalu berkata, "Allah SWT telah mengutus Muhammad SAW dengan membawa satu agama, dan sekarang aku melihatmu gampang sekali berpindah-pindah pendapat." Khalifah Umar bin Abdul Aziz ra berkata : "Barangsiapa yang menjadikan agamanya sebagai alat pertengkaran/perdebatan, maka pasti orang itu akan sering melakukan tanaqqul (mudah berpindah-pindah pendapat)." Seperti itulah orang yang mengaku dirinya mengikuti dalil, dengan tanpa melalui prosedur mengikuti para Imam. Ia akan lebih suka mengikuti pendapat yang belum pernah dikemukakan orang lain, dilemanya ia tidak menyadarinya. Bahkan ia merasa telah membela Sunnah dan menganjurkan untuk mengikutinya. Hal ini amat berbahaya dan dapat memperdaya generasi sesudahnya. Imam Malik telah memperingatkan tentang hal ini dengan ungkapan yang amat bagus : "Hormatilah para Imam itu dan janganlah kalian mendebat mereka!. Kalau setiap orang yang datang kepada kita dengan membawa argumentasinya, lalu kita terima dengan mudah, maka kami mengkhawatirkan bahwa argumentasi yang kita singkirkan itu adalah Jibril AS." Semoga ridha Allah dilimpahkan kepada Sufyan bin Uyainah yang telah berkata, "Taat kepada para fuqaha adalah keselamatan dalam agama."
[Dipetik dari "Melacak Akar Perbedaan Madzhab", karangan Syaikh Muhammad Awwanah, pensyarah Universiti ar-Raudhah, Aleppo, Syria, hal 56-57, cetakan I, penerbit Pustaka Hidayah]

Sabtu, Julai 30, 2005

Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi



Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi lahir di kota Khola' Rosyid, Hadramaut, Yaman Selatan pada tahun 1265 H. Sejak kecil beliau diasuh oleh bapa saudaranya iaitu Habib Sholeh bin Muhammad al-Habsyi. Ayah beliau, Imam Arif Billah Habib Idrus bin Muhammad al-Habsyi telah bepergian ke Indonesia untuk berdakwah, dan wafat di kota Cirebon serta dimakamkan disana. Sedangkan ibu beliau adalah Syeikhah Sulumah binti Salim bin Sa'ad bin Smeer. Pada masa mudanya, Habib Muhammad bin Idrus al-Habsyi telah menuntut ilmu agama yang cukup mendalam, menguasai dan memahaminya. Berbagai ilmu agama yang beliau dapatkan dari ulama masa itu diantaranya ilmu tafsir, hadits dan fiqih. Para ulama dan orang-orang sholeh saat itu telah menyaksikan ketaqwaan dan kedudukan beliau sebagai ulama yang 'aamil (mengamalkan ilmunya). Salah seorang ulama yaitu Imam Qutub Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi telah mengutarakan dalam surat-menyurat beliau yang artinya kurang lebih demikian, "Sesungguhnya orang-orang bepergian ke Indonesia untuk bekerja dan mencari harta keduniaan, tetapi sesungguhnya putra kami Muhammad bin Idrus al-Habsyi bekerja dalam dakwah Islamiyyah untuk mencapai ash-Shiddiqiyyah al-Kubro (tingkatan tertinggi di kalangan Wali Allah)." Kemudian beliau pergi haji ke Mekkah dan berziarah ke Madinah kepada datuknya Baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian beliau menuntut ilmu dari ulama-ulama Haromain (Mekkah-Madinah), diantaranya ulama yang terkenal di Mekkah yaitu Imam Habib Husain bin Muhammad al-Habsyi. Akhlak dan budi pekerti beliau sangatlah baik, mulia keturunannya, murah tangan dan kasih sayang, apa-apa yang Allah berikan kepadanya tidak segan-segan diberikan kepada siapa saja yang mendatangi beliau. Daripada kebaikan akhlak beliau, setiap orang yang duduk disampingnya akan mengetahui bahwa dirinyalah yang paling dicintai, dan memilihnya sebagai sahabat karib, yang mana dapat dilihat dari senyum mukanya, lemah lembut tutur katanya dan sambutannya yang sangat baik. Inilah akhlak perangai beliau, sebagaimana meneladani perangai datuknya, Nabi Muhammad SAW. Anak-anak yatim yang dipelihara oleh beliau, mereka menilai bahwa beliau lebih baik dari ayah-ayah mereka, karena beliau menyamakan anak-anak yatim itu dengan anak-anaknya sendiri, di dalam memberikan pakaian, makanan, minuman dan tempat tidur. Apabila anak-anak yatim itu telah besar, beliau mengurus perkawinan mereka dan memberikan apa-apa yang mereka perlukan. Tidak mengherankan beliau adalah ayah dari anak-anak yatim dan miskin. Beliau sangat dicintai oleh masyarakat umum maupun khusus, diantara amal beliau yaitu mendamaikan dua belah pihak yang bertengkar dan salah faham, sehingga terjadi perbaikan, walaupun masalahnya besar dan sulit, dapat pula beliau selesaikan dengan baik. Dari sebagian amal jariyah beliau, ialah pembangunan masjid di Purwakarta, masjid Raudhoh di Jombang, dan lainnya. Beliau juga sebagai perintis pertama pengadaan haul-haul para wali Allah dan sholihin dari hamba-hamba Allah. Untuk pertama kalinya beliau mengadakan haul Imam Habib Muhammad bin Thohir al-Haddad yang terkenal di kota Tegal. Berziarah ke tempat bersejarah para auliya dan sholihin banyak dilakukan oleh beliau, yang diikuti pula oleh khalayak ramai. Beginilah keadaan beliau semasa hidupnya selalu taat dan takwa kepada Allah, memberi manfaat kepada hamba-hamba Allah, memanfaatkan waktu dan umurnya serta menbelanjakan hartanya di jalan Allah, hingga akhir hayatnya memenuhi panggilan Allah untuk kembali ke alam baqa pada pertengahan malam Rabu, 12 Rabi'uts Tsani 1337 H di kota Surabaya dan dimakamkan pada waktu ashar hari Rabu setelah disholatkan oleh Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhor. Demikianlah ringkasan dari riwayat hidup beliau, semoga kita semua mendapatkan manfaatnya. Radhiyallohu anhu wa ardhah....... al-Fatihah.
Dirangkum dari Manaqib Al-Habib Al-Imam Al-'Arif Billah Al-Qutub Muhammad bin Idrus Alhabsyi]

Taqlid - Pandangan Ulama 1


Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi, seorang ulama Azhar yang masyhur, dalam kitabnya "Tanwirul Qulub fi Mu`amalati 'Allamil-Ghuyub" menyatakan antara lain:- " Dan antara yang wajib dipegang ialah bahawasanya para imam itu semuanya `udul, dan sesiapa yang bertaqlid kepada seseorang daripada mereka mendapat kejayaan .... dan yang masyhur di antara mereka ialah Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi`i dan Ahmad r.'anhum, dan kesemua mereka adalah atas hidayah Allah. TAQLID KEPADA SEORANG DARIPADA MEREKA ADALAH FARDHU/WAJIB kerana firman Allah ta'ala: "Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berilmu agama (ahli dzikr) jika sekiranya kamu tidak mengetahui" (an-Nahl:43), dan kerana sabda Junjungan s.a.w. : "Hendaklah kamu bertanya apabila kamu belum mengerti". Tidaklah harus bertaqlid kepada selain mereka (yakni kepada selain Imam mazhab 4 tersebut)....kerana mazhab-mazhab selain yang 4 tersebut tidak dibukukan (dengan sempurna) dan tidak dapat dipastikan dengan tepat (akan pendapat mereka)...Sesiapa yang tidak bertaqlid kepada salah seorang daripada mereka dan berkata bahawa "Aku beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah" serta mendakwa telah memahami hukum-hakam terus daripada dua sember tersebut, maka tiada keselamatan baginya, bahkan dia bersalah lagi sesat-menyesatkan, terutama sekali di zaman ini yang telah merata kefasiqan dan banyaknya dakwaan-dakwaan batil, kerana dia telah menganggap dirinya lebih unggul daripada imam-imam tersebut sedangkan dia lebih rendah daripada mereka dari segi ilmu, amal, 'adalah dan al-'ithlaa'......."

Komen

Bagi sesiapa yang ingin mengemukakan pandangan atau idea atau memerlukan penjelasan lanjut bolehlah meninggalkan komentar. Tetapi sesiapa yang ingin berjidal, maka nasihatku jangan buang masamu dan masaku, baik gunakan untuk beramal kerna itu bekalan kita. Perkara khilafiyyah berlapang dadalah, jika engkau tidak suka dengan peganganku maka aku tidak pernah memaksamu untuk menerimanya.

Ibnu Athoillah as-Sakandari

Biar kuperkenalkan kepada kalian profil ringkas ulama dan wali besar ini agar kita tahu bahawa dunia Islam ini kaya dengan ulama, bukan hanya terhad kepada Ibnu Taimiyyah, Ibnu Abdul Wahhab dan al-Albani sahaja. Syaikh Abul Fadhl Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Abdur Rahman bin Abdullah bin Ahmad bin Isa bin al-Husain 'AthoIllah al-Jizami rhm. lahir di Kota Iskandariah, Mesir merupakan seorang ulama bermazhab Maliki, ada juga ahli sejarah yang mengatakan bahawa beliau bermazhab Syafi`i. Pada mulanya beliau hanya mendalami ilmu fiqh dan tidak begitu gemar dengan ahli-ahli tasawwuf dan tarikat sehinggalah beliau berjumpa dengan Syaikh Abul Abbas al-Mursi, syaikh tarikat asy-Syadzaliyyah, yang merupakan murid dan khalifah Syaikh Abul Hasan 'Ali asy-Syadzali. Akhirnya beliau menjadi murid kepada Syaikh Abul Abbas al-Mursi dan menjadi khalifahnya setelah kewafatan gurunya tersebut. Syaikh Ibnu AthoIllah lahir pada tahun 648H/1250 dan hidup sezaman dengan Ibnu Taimiyyah. Bahkan Ibnu Taimiyyah berkesempatan bertemu dengannya dan terjadi soal-jawab antara mereka sehingga Ibnu Taimiyyah membisu seribu bahasa. Insya-Allah, pada kesempatan lainkan kunukil perdebatan ini. Syaikh Ibnu AthoIllah adalah termasuk ulama yang produktif dan telah mengarang tidak kurang dari 20 kitab dalam berbagai bidang. Antara kitab karangannya ialah "al-Hikam" yang masyhur yang boleh dianggap sebagai magnum opusnya, "Bahjatun-Nufus", "at-Tanwir fi Isqath at-Tadbir", "Misbahul Falah wa Miftahul Arwah" dan "al-Qawl al-Mujarrad fil Ismil Mufrad" di mana dia menjawab Ibnu Taimiyyah berhubung masalah tauhid dan zikir ism mufrad (yakni zikir Allah..Allah). Syaikh Ibnu 'AthoIllah terkenal sebagai ulaam yang dikagumi dan bersih, yang tampil menjadi panutan bagi mereka-mereka yang ingin mensucikan diri dalam meniti jalan menuju Ilahi. Beliau wafat pada 16 Jamadil Akhir 709H ketika masih mengabdikan dirinya mengajar di Madrasah al-Manshuriyyah. Jenazahnya disemadikan di Qarafah dan sehingga saat ini sentiasa menjadi tumpuan ziarah orang yang ingin menuruti sunnah Junjungan s.a.w. dan mencari keredhaan Ilahi. Moga Allah meredhainya dan memberkati aku dan kalian. Al-Fatihah....

Jumaat, Julai 29, 2005

Membumikan Sholawat

Hari Jumaat, kumulakan catatan dengan bicara sholawat. Kenapa bersholawat ? Pertama sudah tentu kerana ianya perintah Ilahi dan ianya merupakan wasilah untuk mendapat rahmat dan kasihsayang Allah s.w.t dan Junjungan Nabi s.a.w. Hadits masyhur lagi sahih riwayat Imam Muslim dan lainnya menyatakan Allah mengurniakan 10 sholawat yakni rahmat kepada orang yang mengungkapkan 1 satu buat hadrat Junjungan s.a.w. Apa nilainya sholawat dari kita berbandingkan sholawat Allah. Sebesar debu pun tidak bernilai, tetapi Allah tetap mengurniakannya bukan kerana dirimu tetapi kerana kekasihNya, Junjungan Nabi s.a.w. Sholawat juga wasilah untuk menyampaikan diri kita ke hadrat Junjungan Nabi s.a.w. kerana disebut dalam hadits bahawa setiap sholawat dan salam yang diucapkan akan dipersembahkan ke hadrat Junjungan s.a.w. dengan disebut nama kita dan dibalas oleh Junjungan s.a.w., justru apa juga nilai sholawat kita berbanding balasan dari Junjungan s.a.w. Oleh itu wahai saudara, bumikanlah sholawat, jangan dibiarkan ahli langit sahaja mendapat kemuliaan dengan sholawat, sedangkan kita yang di bumi ini diam membisu hatta apabila nama Junjungan s.a.w. disebut atau lidah kita di bumi lebih sering menyebut yang sia-sia berbanding bersholawat. Bumikanlah sholawat, nescaya para ahli langit akan mendoakan kesejahteraan kalian sewaktu kalian berada di atas bumi dan juga di dalam bumi nanti. Insya-Allah, kan kubicarakan berhubung hal ini di lain ketika. Buat khatimah, biar kusebut apa yang ditulis oleh Imam Ibnu 'AthoIllah as-Sakandari dalam kitabnya "Bahjatun-Nufus":- "Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan sholat malam (yakni sholat-sholat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan bersholawat ke hadrat Junjungan Rasulullah s.a.w. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu sholawat sahaja atasmu, tentu satu sholawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau bersholawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan sholawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)-Nya. Ini baru satu sholawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh sholawat bagi satu sholawatmu ke hadrat Junjungan s.a.w. seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah r.a., Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Sesiapa yang bersholawat atasku sekali, Allah akan bersholawat ke atasnya sepuluh kali." Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. Allahumma sholli wa sallim wa baarik 'alaihi wa 'ala aalih.

Khamis, Julai 28, 2005

Syaikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi (1886 - 1964)


He was the father of Ustaz Taha Suhaimi and Ustaz Kamil Suhaimi.

He was born in Singapore and went to Mecca and Al-Azhar University at Cairo to study before the start of World War 1.

He returned back to Singapore in 1916 and was appointed as the Headmaster for Madrasah Alsagoff. A few years later, he went to Indonesia and opened several madrasahs in Java island. After ensuring the madrasahs could run on their own, he returned back to Singapore and continued his missionary works there.

In 1931, with the help of a rich philanthropist, Dato' Syed Hassan Al-Mohsen, he opened an Arabic school in Johor Bahru which was called 'Kuliah Al-Attas'. Six years later the school folded. He then opened another school at Bartley Road, Singapore, called 'Kuliah Firdaus'. He taught Quranic Exegesis (Tafsir) and Islamic Juriprusdence (Fiqh) in that school until the Japanese Occupation.

In 1936, he setup Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah at Ipoh Road, Singapore.

His contributions to the educational scene were well-known that in 1955, he was invited to be the Headmaster for a madrasah at Pekan, Pahang.

While in Singapore, he was also the Imam and Khatib for Masjid Ma'aruf at Clyde Stree, the mosque built and administered by his family. In 1995, the Mosque was demolished to give way for development.

It was said that Kiayi Fadhlullah followed his father's footstep, the famous Syeikh Muhammad Suhaimi. He had razor sharp mind which can easily defeat any opponents in religious debates.

Besides that, people remembered him as one who fervently whip up his student's sentiment to be independent and religious.

In June 1964, this beloved educator passed away peacefully.

May Allah bless His soul.

(source: Sulaiman Jeem, Abdul Ghani Hamid, Aktivis Melayu/Islam di Singapura, Singapore: Persatuan Wartawan Melayu Singapura, 1997 )

Rabu, Julai 27, 2005

Pesanan Imam al-Haddad

Berikut aku sampaikan kepada kalian cuplikan wasiat Imam Quthubul Dakwah wal Irsyad Habib Abdullah al-Haddad kepada Sayyid Umar bin Alawi al-Haddad berhubung fadilat 2 surah:- "Hendaklah anda selalu membaca surah Yaasiin di waktu pagi, petang dan saat menghadapi segala sesuatu yang penting, ingin meraih segala sesuatu yang diharapkan, dan menghadapi segala keburukan yang anda takuti. Sebab surah Yaasiin dalam al-Quran menempati posisi seorang sultan di antara rakyatnya. Setiap orang yang bersungguh-sungguh dan benar membaca surat Yaasiin untuk menarik kebaikan dan menolak keburukan, tentu akan meraih hasilnya. Baca juga surah al-Quraisy (surah 106). Surah ini mengandung rahsia agung untuk menghalau kemiskinan dan segala macam hal yang ditakuti." Moga dapat kita jadikan amalan agar kehidupan dan penghidupan menjadi lebih hening, lebih bersih, lebih lancar, lebih berkat, aaamiiin.

Ni'al 2


Lakaran Ni`al al-Mustafa s.a.w. yang dinisbahkan kepada Imam Ahmad Redha Khan Barelwi dan ditulis padanya bait-bait syair dalam bahasa Urdu yang menyanjung Junjungan al-Mustafa s.a.w. Syaikhul Hadits Maulana Zakaria al-Kandahlawi dalam catatannya untuk kitab "Syamail at-Tirmidzi" menyatakan:- "Gambar lakaran capal dan kelebihan serta keberkatannya telah diberikan dengan begitu terperinci di dalam kitab "Zadus Sa`id" karangan Maulana Asyraf 'Ali Thanwi (rahmatullah 'alaihi). Khasiatnya tidak putus-putus. Alim tersebut telah mengalaminya beberapa kali. Beliau berkata dengan menyimpan sebuah gambar lakaran capal ini seseorang itu akan diberkati dengan ziarah bertemu Rasulullah, akan dilepasi daripada ancaman kuku besi penzalim, mencapai kemasyhuran dan berjaya di dalam segala cita-cita melalui tawassul capal ini. " Moga kita juga dapat memperolehi keberkatan ini, jika belum, bersabarlah mungkin belum ada rezeki, mungkin kecintaan belum benar-benar tulus, mungkin kekotoran jiwa belum memungkinkan pertemuan dengan sebersih-bersih dan sebaik-baik makhluk. Nartaji minkas syafa`ah, Ya RasulAllah.

Selasa, Julai 26, 2005

Sandal Junjungan Mahkota Kemegahan

Ulama membuat lakaran atau imej sandal Junjungan s.a.w. demi kecintaan kepada Junjungan s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang - orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul atau tenggelam dalam kerinduan kepada Junjungan Nabi ('isyqu Muhammadiy). Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang empunyanya. Tulusnya cinta pada Sang Kekasih telah menyebabkan keberkatan. Berbagai ulama telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani memperkatakannya serta membawa nukilan berbagai ulama dalam kitabnya "Jawahirul Bihar" jilid ke-3, Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam "Zadus Sa`id", Imam Ibnu 'Asakir dalam kitabnya "Timtsalu Na'l an-Nabiy", Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya "Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na'layn", Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya "Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al", Imam al-Qashthalani dalam kitabnya "Mawahibul Laduniyyah" dan ramai lagi. Insya-Allah, jika diizinkan Rabbul Jalil kan kucuba mengutarakan serba sedikit mengenai keberkatannya buat renung sahabat yang berhajat. (Gambar sekadar hiasan)

Atas Batu Jemala Patik

Dua bait syair ini kupetik dari kitab "Ghaitsul Mawaahib" karangan Imam Ibnu 'Ubbad ar-Randi yang merupakan syarah bagi kitab "al-Hikam" Ibnu 'AthoIllah as-Sakandari r.a. Bait-bait ini memperingatkan kita bahawa mengingati dan menyebut orang sholeh, orang wali atau orang Allah (ahlullah) itu merupakan kemuliaan dan kebesaran. Kalian mungkin sudah tahu atsar dan hadits berhubung dzikrus sholihin ini. Aku di sini tak berhasrat mengulanginya, mungkin kalau perlu di lain ketika. Guruku pernah bercerita bahawa Syaikh Muhammad al-Bajli telah bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. di mana dia bertanya kepada Junjungan mengenai amalan yang terbaik (yakni selepas segala kefardhuan dan sunnah yang warid). Junjungan s.a.w. menjawab: "DUDUK DI HADAPAN SEORANG WALI WALAUPUN SEKADAR MEMERAH SUSU SEEKOR KAMBING ATAU MEREBUS SEBIJI TELUR." Ya, inikan mimpi sahaja, terpulanglah mau nerima atau tidak. Berbalik kepada bait di atas, "Li saadatun min 'izz-zihim * Aqdaamuhum fauqal jibaah; In lam akun minhum fa liy * Fi dzikrihim 'izzun wa jaah." [Ada bagiku para pemimpin atau ikutan yang daripada kemuliaan mereka; tapak kaki mereka atas segala dahi (yakni ibarat bagi ketinggian darjat mereka di sisi Allah, seperti ucapan Sidi Abdul Qadir Jilani "Kakiku atas tengkuk para wali"); Walaupun aku belum tergolong dari kalangan mereka, maka bagiku; Dalam mengingati/menyebut mereka itu kemuliaan dan kebesaran.] Allahummaj 'alna minhum.

Habib Abu Bakar Gersik

Al-Habib al-Quthub Abu Bakar bin Muhammad bin 'Umar bin Abu Bakar bin 'Umar bin Saqqaf as-Saqqaf atau lebih dikenali sebagai Habib Abu Bakar Gersik adalah seorang ulama dan waliyullah yang lahir dan wafat di Gresik, Jawa Timur. Beliau dilahirkan di Kota Besuki, Jawa Timur pada tahun 1268H menurut keterangan kitab "Tajul A'raas". Semenjak kecil beliau didikan dengan asuhan agama dan telah pergi menimba ilmu sehingga ke tanah leluhurnya di Hadhramaut, Yaman. Antara sekian ramai gurunya ialah Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi yang merupakan pengarang kitab mawlid "Simthud Durar" yang masyhur itu. Setelah kembali dari Hadhramaut, beliau telah memasuki 'uzlah selama 27 tahun, menurut keterangan kitab "Tajul A'raas", sehinggalah beliau mendapat keizinan untuk keluar kembali ke tengah masyarakat. Berhubung hal ini, maka guru beliau, Habib Muhammad bin 'Aidrus al-Habsyi berkata:- "Kami memohon dan bertawajjuh kepada Allah selama 3 malam berturut-turut untuk mengeluarkan Abu Bakar bin Muhammad as-Saqqaf dari 'uzlahnya. Setelah keluar dari 'uzlahnya, beliau ditemani Habib Muhammad al-Habsyi berziarah kepada Imam Habib 'Alwi bin Muhammad bin Hasyim as-Saqqaf. Setelah ziarah beliau dan gurunya terus ke Kota Surabaya. Masyarakat Surabaya berduyun-duyun menyambut kedatangan beliau dan Habib Muhammad bin 'Aidrus al-Habsyi berkata kepada mereka sambil menunjuk Habib Abu Bakar as-Saqqaf:- "Beliau ini adalah suatu khazanah daripada khazanah keluarga Ba 'Alawi. Kami membukakannya untuk kemanfaatan manusia, baik yang khusus maupun yang umum." Sejak itu, Habib Abu Bakar mulai membuka majlis ilmu dan zikir di kediamannya di Kota Gresik sehingga dakwahnya tersebar luas dan merata. Kitab-kitab ulama mu'tabar sentiasa ditelaah pada pengajiannya dan setidak-tidaknya beliau telah mengkhatamkan dalam majlis ilmunya tersebut 40 kali kitab "Ihya Ulumiddin" karangan panutannya, Hujjatul Islam al-Ghazali r.a. Pada malam Isnin, 17 Dzulhijjah 1376H, Habib Abu Bakar pulang ke rahmatullah dan dimaqamkan di sebelah masjid jami' Gresik. Walaupun sudah kembali ke pangkuan Ilahi, kalam-kalam beliau masih terdengar dan membekas di hati para pendengarnya. Akhlak-akhlak beliau masih menggoreskan kesan mendalam di mata orang-orang yang melihatnya. Di antara muridnya yang masyhur ialah Habib Sholeh al-Hamid (Habib Sholeh Tanggul) yang terkenal dengan kewaliannya, Syaikh 'Umar bin Ahmad Ba Raja', Kiyai Habib Ahmad bin Sahl Ba Syaiban dan ramai lagi. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau dan memberkati kita sekalian dengan keberkatan dan keikhlasan belian. Aaamiiin....al-Fatihah.

Isnin, Julai 25, 2005

Zikir Berjamaah

Kutelaah akan kitab "Miftahul Falah wa Mishbahul Arwah" karangan panutanku Imam Ibnu Athoillah as-Sakandari yang merupakan khalifah Imam Abul 'Abbas al-Mursi yang merupakan khalifah Imam Abul Hasan 'Ali asy-Syadzili di mana termaktub antara lain:-

"Sebahagian orang berpendapat bahawa zikir yang dilakukan oleh satu orang dan zikir yang dilakukan secara berjemaah ibarat muadzdzin (tukang azan) yang tunggal dan muadzdzin jamaah. Sebagaimana muadzdzin jamaah suara-suara mereka lebih lantang dan lebih kuat sehingga boleh menembusi ruang udara yang tidak mungkin dijangkau oleh suara muadzdzin tunggal, demikian pula dengan zikir jamaah, ianya lebih banyak memberikan pengaruh ke dalam qalbu dan lebih memiliki kekuatan untuk mengangkat hijab qalbu berbanding zikir yang dilakukan secara sendirian. Selain itu, setiap orang akan mendapatkan pahala zikirnya sendiri dan pahala mendengar zikir orang lain."

Allahummaj 'alna minadz dzakiriin.

Tasbih 1000 Imam al-Haddad

Ini adalah seutas tasbih yang mengandungi 1000 bijian yang dinisbahkan kepada Imam Quthubul Irsyad al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad r.a. Bid`ah atau tidaknya menggunakan tasbih, bukan persoalanku, tetapi aku yakin para ulama tidak menyimpang dari jalan salafus sholeh yang tentunya berteraskan kepada jalan Junjungan Nabi s.a.w. Sekian ramai ulama yang a'laam yang tasbih sentiasa berada di tangan mereka untuk membantu mereka berzikir kepada Allah dan untuk menjalankan zikrullah pada tangan dan jari jemari mereka. Antaranya Imam Hasan al-Bashri, Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani, Imam as-Sayuthi dan banyak lagi. Renung sejenak, bukankah mereka-mereka ini layak untuk dijadikan ikutan (worthy to be followed), bukankah mereka-mereka ini warisnya Rasulullah s.a.w. ? Kalau bukan mereka, maka siapakah lagi yang layak ? Penggunaan tasbih telah merata di kalangan umat ini zaman berzaman berkurun-kurun sejak dahulu sehingga kini. Justru itu kenapa baru kini dipermasalahkan ? Bukankah atsar telah jelas menyatakan "ma ra ahu muslimuna hasanan fa huwa 'inda Allahi hasan" [Apa-apa yang dipandang baik oleh orang-orang Islam, maka ianya juga baik di sisi Allah]. Tidak cukupkah endorsement yang telah diberikan oleh para ulama tersebut baik secara senyap atau secara terang melalui tulisan dan amalan ? Kalau pun khilafiyyah, maka ianya persoalan pegangan pribadi, tidak pernah terdengar pihak yang mewajibkan penggunaannya, maka kenapa ada pihak yang mengharamkan penggunaannya ? Kalau khilafiyyah, hendaknya berlapang dada. Allahumma faqqihna fid din.


Sabtu, Julai 23, 2005

Ni'al al-Musthofa s.a.w.

Sandal/Capal Junjungan menjadi simbol kepada para pencinta baginda bahawasanya segala tindak-tanduk, amal-perbuatan, bahkan apa saja hendaklah sentiasa atas jalan dan di bawah qadam Junjungan s.a.w. agar tidak tersimpang perjalanan menuju keredhaan Allah. Kemuliaan Junjungan SAW tiada tara, sehingga, menurut sebahagian ulama ahli tasawwuf, Junjungan SAW tidak diperkenankan Rabbul 'Izzah untuk menanggalkan sandal baginda tatkala pertemuan di tempat pertemuan "qaba qawsaini aw adna", sandal masih berada di tapak kaki Junjungan. Sehebat-hebat mahkota para raja dan pemerintah tidak dapat melawan kemuliaan yang telah dicapai oleh sandal Junjungan s.a.w. Alfu alfi sholaatin wa alfu alfi salaamin 'alaika Ya Shohiban Na'lain. (Gambar sekadar hiasan)

Lautan Kesucian

Alhamdulillah. Sholawat dan Salam atas Rasul Junjungan. "Bahrus Shofa" yang bererti "Lautan Kesucian" aku bertafa'ul agar dalamnya dapat dicari kesucian dan hanya yang suci untuk membersihkan diri dari segala kekotoran aghyar dan akdar bersandarkan kepada syariat terang gilang gemilang (asy-Syari'atul - Ghorro') dan thoriqat yang putih bersih dari penyimpangan (ath-Thoriqatul-Baidho'). Kupohon aga Ilahi Rabbiy memperkenankan ianya menjadi washilah untuk tujuan ilmu bermanfaat dan dakwah berpandukan jejak para salafush-sholeh bersendikan 'aqidah Imam Abul Hasan 'Ali al-Asy'ari, fiqh Sulthonul Aimmah asy-Syafi`i dan jalan tasawwuf Imam al-Ghozali dan para pemuka Bani 'Alawi. Moga Allah menjadikan niatku suci tulus ikhlas semata-mata mencari keredhoaanNya. "Rabbana taqabbal minna bi sirril - Fatihah.