Ahad, April 30, 2006
Talqin Mayyit 2
Sabtu, April 29, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 7
- Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-" Adalah roh baginda merupakan satu nur di sisi dua tangan Allah ta'ala (yakni di sisi qudrah dan iradah Allah ta`ala) sebelum diciptakan Nabi Adam 2000 tahun. Nur tersebut bertasbih dan bertasbih bersamanya segala malaikat. Maka apabila Allah mencipta Nabi Adam, disimpankan Nur tersebut ke dalam sulbinya. "
- Selanjutnya Junjungan s.a.w. menyambung: " Maka Allah telah menurunkan aku ke bumi dalam sulbi Nabi Adam, dan dijadikanNya aku dalam sulbi Nabi Nuh, dan diletakkanNya aku dalam sulbi Nabi Ibrahim, kemudian sentiasalah Allah ta`ala memindah-mindahkan aku dari sulbi-sulbi yang mulia ke rahim-rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku daripada kedua ibu bapaku, sedangkan mereka sekali-kali bersekedudukan dalam kekejian (yakni semua leluhur Junjungan s.a.w. tidak pernah melakukan zina, semuanya bernikah secara sah).
Selanjutnya Qadhi Iyyadh menyatakan bahawa antara bukti untuk menguatkan kesahihan khabar ini adalah syair al-Abbas yang masyhur pada memuji Junjungan Nabi s.a.w. Mulla 'Ali al-Qari dalam syarahnya bagi kitab "asy-Syifa`" tersebut pada mukasurat 199, juzuk 1, menyatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Abu 'Amr al-'Adni dalam musnadnya. Beliau juga menyatakan bahawa pada kebanyakkan riwayat lafaz "Inna Quraisyan (Bahawasanya seorang quraisy (yakni Junjungan Nabi s.a.w.)" digunakan. Hadis inilah yang dinukil oleh Syaikh Wajihuddin 'Abdur Rahman ad-Diba`ie, yang juga seorang ahli hadis, dalam mawlidnya yang terkenal itu. Imam al-Haddad juga menukil hadis ini dalam kitabnya "Sabilul Iddikar", maka terserahlah kepada kalian.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Khamis, April 27, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 6
- The Prophet s.a.w. said: "That light turned in the midst of His Power for as long as He wished."
- Allah caused that light to turn (yadurr) around the Essence of the Divine Attribute of Power - Allah's Ocean of Power - just as people circumambulate around the Ka'ba, and just as electrons turn around the nucleus of the atom.
- When something turns, it generates energy, just as a generator produces electricity when it is turned by the turbine in a hydroelectric plant. As the light of the Prophet s.a.w. was turning in the Divine Presence of the Attribute of Power, bahr al-qudra, it was accumulating more and more energy. At some point the Light of the Prophet s.a.w. was overwhelmed by the immense energy accumulated upon it - to the point that it was essential the energy be released. When the accumulated energy could no longer be contained, Allah s.w.t. ordered it to explode in what is known as the Big Bang.
- The expansion of that light and energy of the Big Bang continues even now. And therefore the Prophet Muhammad s.a.w. is the center of light. Allah s.w.t. created the light of the Prophet s.a.w. and endowed him with vast energy from His Ocean of Power. It was through the explosion of that energy that everything in this universe came into existence - all through the agency of the Prophet s.a.w.
Menarik juga tafsiran yang dibuat oleh Tok Syaikh Hisham tersebut yang menghubungkan Nur Muhammad dengan teori Big Bang. Apa-apa pun, Nur Muhammad itu adalah satu hakikat yang hanya Allah ta`ala sahaja mengetahui kejadiannya. Jadi hakikatnya Allahu a'lam.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Selasa, April 25, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 5
- "at-Tasawwuf was Shufiyyah fi daw` al-Quran was Sunnah";
- "Khawatir fis Siyasa wal Mujtama`";
- "Adillatul Qunut fi Sholatil Fajr"; dan
- "Nasihah li Ikhwanina 'Ulama` Najd".
Beliau juga adalah pengarang kitab "Adillatu Ahlis Sunnah wal Jama`ah" atau dikenali juga dengan jodol "ar-Radd al-Muhkam al-Mani' ala munkarat wa syubuhat Ibn Mani' fi tahajjumihi 'ala as-Sayyid Muhammad al-Maliki al-Makki". Kitab ini merupakan pembelaan beliau terhadap Buya Habib Muhammad al-Maliki yang diserang dan ditohmah sebagai sesat oleh Ibnu Mani' al-Wahhabi dan kuncu-kuncunya dari kalangan ulama Wahhabi Saudi. Dalam Fasal ke-2, beliau menulis mengenai Junjungan s.a.w. sebagai asal atau sebab dijadikan segala makhluk yang mana jika bukan kerana Junjungan s.a.w. segala alam dan makhluk tidak dijadikan Allah. Beliau juga menyentuh mengenai Nur Muhammad s.a.w. dan pada mukasurat 22, dinukilkannya hadis Jabir yang diriwayatkan oleh 'Abdur Razzaq. Pada mukasurat 23, beliau menulis antara lain:-
- Dan seawal-awal roh manusia yang diciptakan ialah roh as-Sayyid al-A'dhzam (yakni Junjungan Nabi) s.a.w. sebagaimana diberitakan mengenainya dalam hadis Junjungan s.a.w.: "Adalah aku seawal-awal manusia pada penciptaan dan yang terakhir pada pembangkitan (yakni dibangkitkan/diutuskan sebagai rasul)". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Sa`ad secara mursal dengan sanad yang shohih. Abu Nu`aim, Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya dan ad-Dailami telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sa`id bin Basyir daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Abu Hurairah r.a. dengan lafaz: "Adalah aku seawal-awal nabi pada penciptaan dan yang terakhir pada pengutusan." Dan riwayat ini adalah tafsir kepada riwayat Ibnu Sa`ad tadi, di mana yang dimaksudkan sebagai `manusia' itu adalah para nabi. Maka Junjungan s.a.w. adalah seawal-awal nabi di alam arwah dan penutup mereka pada alam al-asybah. Dan Allah telah menjadikan baginda nabi di alam arwah sebelum para nabi sekaliannya. Dengan bagindalah dibukakan kenabian di alam arwah dan dengan baginda ditutupkan kenabian di alam asybah. Beliaulah al-Faatih dan al-Khaatim.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Selasa, April 18, 2006
Tartib Ziarah Dhorih ash-Sholihin
Ikhwah, rehat sebentar dan atas permintaan yang tidak dapat aku tolak, maka kupaparkan di sini doa-doa yang dibaca sewaktu berziarah ke maqam para awliya yang disusun oleh al-Imam al-'Aarif bIllah al-Habib 'Abdullah bin Husain bin Thohir, yang diamalkan sewaktu ziarah dan sebelum membaca yaasin dan bertahlil. Kepada yang berhajat, bolehlah beramal, sesiapa yang tidak mahu, tiadalah apa-apa paksaan. Ini bukan aku yang punya amalan, jadi janganlah nak marah ngan aku pulak. Mudah-mudahan amalan kita semua diterima Allah, mendapat rahmat daripadaNya serta mendapat syafaat daripada Junjungan s.a.w. dan keberkatan para awliya.
Isnin, April 17, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 4
Syaikh Isma`il bin 'Abdul Qadir al-Fathani menyebut dalam nota no.4 di tepi kitab karangannya yang berjodol "Tabshiratul Adaani bi alhaan Bakurah al-Aamaani" mukasurat 9, antara lain:-
- .... Adapun barang yang termasyhur bahawasanya dijadikan beberapa banyak alam ini daripada Nur Nabi kita s.a.w., maka yang zahir bagi hamba bahawasanya bukanlah dijadikan suku-suku nur itu akan alam, hanya dimulakan dia daripadanya dan dijadikan dia dengan sebabnya.
Ahad, April 16, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 3
- ....(Nur yang bersifat dengan terdahulu) atas segala makhluk (dan pertama-tama) iaitu kejadiannya yang pertama dinisbahkan kepada segala makhluk sebagaimana dinyatakan dalam hadits Jabir yang menyatakan bahawasanya dia telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. mengenai apa yang paling awal diciptakan Allah, lalu dijawab oleh baginda s.a.w.: "Bahawasanya Allah telah mencipta, sebelum adanya sesuatu, nur nabimu, maka dijadikan nur tersebut beredar (berputar/berproses, Allah sahaja yang mengetahui hakikatnya) dengan kekuasaan qudrahNya menurut yang dikehendaki Allah. Dan belum ada pada waktu itu loh, qalam, syurga, neraka, malaikat, manusia, jin, bumi, langit, matahari dan bulan. Atas dasar ini dapatlah difahami bahawa nur tersebut adalah satu jawhar dan bukannya 'aradh (sifat).....:
Pada mukasurat 56, beliau menyebut:-
- "Dengan Haqiqat Muhammadiyyah dan Nur Muhammad yang dimaksudkan adalah suatu hakikat kejadian yang diciptakan oleh Allah dan dinamakan nur dan bukanlah erti nur itu sesuatu yang boleh menerima kegelapan atau menjadi lawan kepada gelapan, bahkan yang dikehendaki ialah suatu hakikat yang tiada mengetahui kejadiannya selain Allah ta`ala.
Jadi Syaikh Nawawi yang merupakan seorang pengarang yang produktif dan menjadi guru dan sanad kepada ramai ulama-ulama kita termasuklah Kiyai Agung Muhammad as-Suhaimi Ba Syaiban, berpegang kepada konsep Nur Muhammad sebagai makhluk yang pertama diciptakan Allah s.w.t. Dan beliau menjelaskan bahawa Nur Muhammad ini adalah satu jawhar (yakni jawhar yang lathif/halus/seni) dan bukannya satu aradh atau sifat yang menumpang pada sesuatu jawhar atau jisim atau dzat. Justru Nur Muhammad ini adalah satu makhluk ciptaan Allah, yang paling awal diciptakan dan ia adalah ruhul a'dhzam, roh Junjungan Nabi s.a.w. yang menjadi sebab bagi diwujudkan Allah segala makhluk lain. Maka hakikat kejadian Nur Muhammad ini tidaklah kita ketahui, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui seperti juga dengan roh yang merupakan jisim lathif kita.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Rabu, April 12, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 2
Ramai yang beranggapan bahawa isu atau konsep Nur Muhammad ini adalah isu khilafiyyah. Ini aku memanglah setuju. Jadi bila dikatakan khilafiyyah, kita berlapang dadalah. Aku di sini bukan nak berhujjah suruh kome pegang dan percaya bab ni, cuma aku nak buktikan bahawa ianya menjadi pegangan sebahagian ulama yang muktabar, supaya pihak-pihak yang tidak bersetuju janganlah terlalu taksub nak menyalahkan yang bersetuju dengannya. Dan yang nak berpegang dengannya kenalah faham betul-betul apa yang dipegangi mengikut tafsiran yang tepat oleh para ulama ini. Bukan ikut tafsiran Syiah atau tafsiran sebahagian orang yang mengaku-ngaku ahli tasawwuf.
Aku nukilkan di sini kalam Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri/al-Baijuri dalam "Haasyiah al-Bajuri 'ala Matnil Burdah" yang juga dikenali sebagai "Syarah al-Bajuri 'alal Burdah" berkenaan Qasidah Burdah yang berkat. Dalam kitabnya ini juga dinyatakan serba sedikit kelebihan beberapa bait Qasidah Burdah tersebut. Pada mukasurat 30, Syaikhul Islam menyatakan, antara lain:-
- Dan setiap mukjizat yang didatangkan oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka, tidak akan terhubung dengan mereka (yakni tidak sampai kepada mereka atau tidak berlaku atas mereka) melainkan daripada mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ataupun daripada nur baginda s.a.w. yang menjadi asal bagi segala sesuatu, maka langit dan bumi adalah daripada nur baginda, syurga dan neraka adalah daripada nur baginda dan mukjizat para nabi adalah daripada nur baginda .......... dan yang dikehendaki dengan nur baginda ialah mukjizat baginda dan dinamakan ianya sebagai nur kerana dia memimpin atau menyuluh (ke arah hidayah) dan boleh juga ditanggung makna nur ini kepada an-Nurul Muhammadiy (Nur Muhammad) yang merupakan asal segala makhluk ........ jika dikatakan kenapa atau bagaimana boleh berlaku mukjizat yang didatangkan oleh para rasul yang mulia kepada umat-umat mereka adalah daripada nur Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan para nabi tersebut adalah lebih dahulu ada ? Maka jawapannya ialah baginda s.a.w. (yakni Junjungan Nabi s.a.w.) adalah terlebih dahulu wujudnya atas segala nabi tersebut diambilkira dari segi kejadian an-Nur al- Muhammadiy (yakni Nur Muhammad telah dahulu adanya sebelum para nabi yang lain).
Syaikh Khalid al-Azhari rhm. dalam syarahnya terhadap Qasidah Burdah yang dicetak dipinggir hasyiah Syaikhul Islam al-Bajuri tersebut pada mukasurat 31 menyatakan:-
- Bahawasanya segala tanda-tanda kenabian (yakni segala mukjizat) yang didatangkan dengannya oleh para rasul sesungguhnya berhubung dengan mereka daripada nur Nabi Muhammad s.a.w. kerana bahawasanya telah dicipta nur baginda terdahulu daripada mereka.
Ikhwah, Nur Muhammad ini makhluk yang paling awal diciptakan dan menjadi asal atau sebab bagi wujudnya sesala sesuatu, yang mana jika Allah tidak berkehendak untuk mewujudkan kekasihNya Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. di alam nyata, maka sudah tentu segala makhluk tidak dijadikanNya. Allah berfirman dalam surah al-Anbiya`, ayat 107 yang kira-kira bermaksud: "Tidak Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam." Berdasarkan kepada ayat ini, dapat kita fahami bahawa Junjungan Nabi s.a.w. adalah rahmat dan rahmat ini bagi sekalian alam, oleh itu demi untuk mewujudkan atau menzahirkan rahmat ini, maka Allah pun menciptakan alam semesta ini.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar
Selasa, April 11, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 1
Tahun Gajah, 12 Rabi`ul Awwal, lahirlah Junjungan s.a.w. ke alam nyata. Kelahiran yang menjadi rahmat bagi sekalian alam. Allah jadikan alam ini semata-mata kerana hendak menzahirkan rahmatNya ini bagi sekalian alam. Jika bukan kerana Junjungan s.a.w. nescaya alam ini tidak diciptakan Allah s.w.t.
Roh Junjungan s.a.w. merupakan seawal-awal makhluk yang diciptakan Allah, menurut keterangan bukan seorang tetapi ramai ulama dari kalangan pemuka Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. bukannya Syiah sebagaimana tuduhan penderhaka Wahhabi). Sebelum itu apa itu roh ? Ianya adalah rahsia Allah, tiada siapa yang tahu hakikatnya selain Allah. Roh inilah yang digelar, disebut dan dipanggil dengan berbagai nama kemuliaan seperti "An-Nurul Muhammadiy", "Nur Muhammad", Haqiqatul Muhammadiyyah" dan sebagainya. Al-Amir 'Abdul Qadir al-Jazaairi dalam kitabnya "al-Mawaqif" pada mawquf yang ke-89 telah menyenaraikan banyak lagi gelar dan nama panggilan tersebut.
Ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang berpegang kepada konsep Nur Muhammad ini telah memberikan tafsiran yang sekali-kali tidak bercanggah dengan 'aqidah dan syariah Islam serta disandarkan kepada dalil-dalil yang boleh dipegangi. Secara ringkasnya mereka berpegang bahawa:-
- Nur Muhammad adalah makhluk yang diciptakan Allah paling awal di alam arwah dan merupakan roh Junjungan s.a.w.
- Nur Muhammad ini dicipta daripada nur yang juga dicipta dan dimiliki Allah, yang mana hakikatnya tidak diketahui kerana ianya merupakan ilmu Allah s.w.t. semata-mata dan bukanlah erti "nur" itu cahaya atau sinar seumpama cahaya matahari atau lampu yang merupakan lawan bagi kegelapan atau sesuatu yang boleh menerima kegelapan.
- Nur Muhammad inilah yang menjadi asal atau benih atau dengan kata lain menjadi sebab bagi kewujudan sekalian makhluk lain.
Antara ulama tersohor lagi muktabar yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah (i.e. Wahhabi tak pakai le) ialah Syaikhul Islam Ibrahim al-Baijuri/al-Bajuri rhm. Ulama besar yang menjadi Syaikhul Azhar, pengarang berbagai kitab pegangan antaranya yang masyhur "Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi" dalam fiqh Syafi`i. Dalam kitab tawhidnya "Tuhfatul Murid 'ala Jawharatit Tawhid", mukasurat 80, beliau menyatakan:-
- "Dan yang tahqiqnya ialah bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. diutuskan kepada sekalian para nabi dan umat-umat terdahulu, akan tetapi dii'tibarkan pada alam arwah kerana sesungguhnya roh baginda telah diciptakan sebelum segala arwah yang lain...."
Jadi roh Junjungan s.a.w. adalah paling awal dicipta di alam arwah dan telah pun mencapai darjat rasul dan nabi di mana segala arwah lain dari segala nabi dan umat-umat mereka dikehendaki untuk mengakui dan menerima kerasulan dan kenabian Junjungan s.a.w. tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan firmanNya : "Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya...." (Surah Saba` : 28).
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Isnin, April 10, 2006
Marhaban Ya Marhaban Jaddal Husaini
Selamat menyambut Mawlidin Nabi s.a.w., mudah-mudahan semua kita dapat mencintai Junjungan s.a.w. sepenuh jiwa raga, menuruti jejak perjalanan baginda dan mendapat pandangan dan syafaat daripada Junjungan yang mulia s.a.w. Kunukilkan di sini fatwa Shohibus Samahah Almarhum Datuk Haji 'Abdul Kadir Hassan berhubung "Zikir Marhaban".
Soalan:- Apa pandangan Islam terhadap zikir marhaban seperti diamalkan masyarakat Islam pada hari ini ?
Jawapan:-
- Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap salawat dan salam kepada Junjungan s.a.w.
- Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini", "Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna.
- Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafiee di Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama-ulama yang menjadi ikutan Ummah. (I`anatuth Tholibin, Juz III halaman 363).
- Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama yang terbesar dalam Mazhab asy-Syafiee (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.
- Pendeknya tiadalah diragu-ragukan bahawa mengadakan Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita tiadalah sekali-kali tertegah dalam syarak malah ianya adalah termasuk di dalam pekerjaan yang baik.
Marhaban Marhaban Ya Nural 'Ain.
Ahad, April 09, 2006
Keharuman Majlis 3
- "Tidak ada satu majlis yang mana diucapkan dalamnya ucapan-ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. melainkan timbul bangkit dari majlis tersebut bau harum semerbak mewangi sehingga menjangkau kolong langit teratas, maka berkatalah para malaikat: "Inilah bau majlis yang mana padanya diucapkan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w."
- "Hiasilah majlis-majlis kamu dengan ucapan-ucapan sholawat ke atasku, maka sesungguhnya sholawat-sholawat kamu ke atasku akan menjadi cahaya (kebajikan) bagi kamu pada hari kiamat."
- "Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kuburan (yang kamu tiada bersholawat kepadaku di dalamnya); dan jangan pula kamu jadikan kuburku sebagai hari raya (yakni hanya hendak bersholawat apabila berada di sana sahaja atau hanya mahu menziarahinya pada masa-masa tertentu sahaja), tetapi bersholawatlah kamu ke atasku kerana sesungguhnya sholawat kamu disampaikan kepadaku di mana sahaja kamu berada."
Begitulah ikhwah, alangkah bahagianya seseorang yang menjadikan rumahnya tempat ibadah dengan mengerjakan sholat nawafil, berzikir, bersholawat, mengadakan majlis-majlis ilmu dan kebaikan seperti majlis zikir dan majlis mawlid di dalamnya. Biarlah rumah kediaman kita tidak hanya menjadi tempat makan, minum, tidur dan gudang serta muzium untuk menyimpan barang sahaja. Jangan marah nooooo. Allahumma sholli 'ala Nuridz Dzalam.
Khamis, April 06, 2006
Keharuman Majlis 2
- Apabila saja sesuatu majlis di mana para hadirin yang menghadirinya tidak bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. di dalamnya, akan menyebabkan mereka berpisah atau bersurai atas bau busuk bangkai himar (keldai), maka tidaklah menghairankan jika majlis yang di dalamnya diucapkan ucapan-ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. akan menyebabkan para hadirin yang menghadirinya mendapat bau wangi yang paling harum dan paling baik. Dan yang sedemikian itu ialah kerana Junjungan Nabi s.a.w. adalah sebaik-baik makhluk daripada makhluk yang baik dan sesuci-suci makhluk daripada makhluk yang suci, yang mana apabila Junjungan s.a.w. berkata-kata dalam sesuatu majlis, nescaya penuhlah majlis tersebut dengan bau harum mewangi semerbak kasturi. Maka demikianlah juga pada majlis yang disebut di dalamnya akan Junjungan Nabi s.a.w. (yakni dengan bersholawat, mendengar hadis-hadis Junjungan s.a.w., mendengar ajaran-ajaran Junjungan s.a.w. dan mendengar kisah-kisah yang berkaitan dengan Junjungan s.a.w.), nescaya akan terbitlah bau harum semerbak mewangi yang menembusi tujuh petala langit sehinggalah ke arasy, yang keharumannya dicium oleh segala makhluk Allah ta`ala yang di bumi selain daripada jin dan manusia. Kalaulah manusia dan jin dapat mencium bau harum tersebut, nescaya lupalah mereka akan segala urusan penghidupan mereka, kerana terlalu sibuk meni'mati kelazatan dan keni'matan bau harum tersebut.Manakala, setiap malaikat dan makhluk Allah ta`ala selain jin dan manusia, yang mencium bau harum tersebut akan berdoa memohon keampunan untuk orang-orang yang hadir dalam majlis tersebut, dan akan dituliskanlah bagi mereka yang hadir itu pahala sebanyak bilangan makhluk Allah ta`ala yang mencium bau harum tersebut serta diangkat darjat mereka menurut bilangan makhluk-makhluk tersebut. Maka setiap seorang masing-masing akan mendapat pahala yang sedemikian tadi tanpa mengira berapa jumlah mereka yang berhimpun dalam majlis tersebut, sama ada hanya seorang ataupun seratus ribu orang, dan apa yang ada di sisi Allah daripada pahala dan ganjaran adalah terlebih banyak lagi.
Dan telah disyairkan oleh orang dengan katanya:-
Sentiasalah mewangi waktu-waktu yang disebutkan;
Khabar-khabar berkenaan Junjungan s.a.w. dalam majlis yang harum;
Maha Suci Tuhan Pencipta baginda;
Suatu cahaya yang dirupakan dengan sebaik-baik rupa.
Begitulah ikhwah, jika semua kita dapat mencium keharuman bau tersebut, semua tak sibuk nak kerja dah, kerana sibuk nak baca mawlid sebab nak meni'mati keharuman bau majlis tersebut. Ini antara hikmah kenapa baunya dihijabkan dulu buat kita.....Allahu....Allah. Jadi toksahlah nak malas-malas hadir majlis-majlis di mana Junjungan s.a.w. disebut-sebut, sholawat dan salam diucapkan, qasidah pujian dilantunkan serta doa dan syafaat dipohonkan. Kalau kome semua tak nak tak apa, bagi kat sesiapa yang nak sahaja. Yang tak nak, pi tidur sudahlah, toksah nak ganggu orang yang nak. Allahumma sholli 'ala Badrit Tamam.
Rabu, April 05, 2006
Keharuman Majlis 1
Ketahuilah, bahawasanya sesuatu majlis perhimpunan yang harus itu akan menjadi cemerlang jika sekiranya ianya diserikan dengan dzikrullah dan ucapan-ucapan sholawat serta salam ke hadrat Junjungan Nabi s.a.w. Hal ini telah disebut dalam beberapa hadits Junjungan Nabi s.a.w. di antaranya:- "Tidak berhimpun sesuatu kaum (yakni dalam majlis perhimpunan) yang kemudiannya mereka bersurai pergi dengan tanpa mengingati Allah azza wa jalla dan bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w., melainkan perginya mereka (dari majlis tersebut) dengan bau busuk bangkai."
Bukan itu sahaja, majlis tersebut juga akan menjadi sesalan kepada orang-orang yang hadir di dalamnya, sebagaimana sabda Junjungan Nabi s.a.w.:- "Tidak duduk sesuatu kaum dalam satu majlis, yang mana mereka tidak berzikir mengingati Allah ta`ala di dalamnya dan tidak bersholawat ke atas Junjungan Nabi mereka, melainkan jadi atas mereka satu penyesalan; Maka jika sekiranya Allah mengkehendaki, diazabkanNya mereka dan jika Dia mengkehendaki, diampunkanNya mereka.
Jika sahaja dalam hadits yang tersebut menyatakan bahawa sesuatu majlis yang kosong daripada zikrullah dan sholawat akan menimbulkan bau busuk bangkai, maka mafhum mukhalafahnya pula ialah, sesuatu majlis yang dipenuhi zikrullah dan sholawat serta salam, akan menimbulkan bau yang harum semerbak mewangi. Dalam majlis mawlid, orang buat apa ? Sahaja suka-suka borak-borak ke ? Tentu tidak, deme berzikir, baca ayat-ayat al-Quran, dengar sirah Junjungan s.a.w., bersholawat dan mengucapkan salam serta melahirkan dan menyatakan kegembiraan dan syukur atas zahirnya rahmat bagi sekalian alam, Junjungan Nabi s.a.w. Cuma hal keadaan bau-bau ini, kemungkinan kita tidak mampu untuk menciumnya kerana deria bau kita mungkin sudah terdinding akibat dosa dan maksiat yang telah berleluasa, dan mungkin juga ianya akan disimpan untuk kita sehingga ke Hari Pembalasan, mungkin jugak ada rahsia lain yang kita tak tahu, nanti aku cite posting akan datang.
Maka jika bau tersebut harum mewangi menjadilah ianya sebagai suatu ni'mat yang tidak dapat digambarkan, atau jika bau tersebut busuk, maka terseksalah kita sekiranya menciumnya nanti. Pikau sahajalah kalu dalam kereta tiba-tiba seseorang melepaskan gas beracunnya, silap-silap boleh muntah, pitam pun boleh berlaku, terseksa oooooo, seksaan di sana nanti lagi le dahsyat, na`udzubillah min dzalik. Aku teringat jugak kata tok guru, Nabi Adam a.s. waktu mula diturunkan ke dunia pengsan 40 tahun sebab tak tahan bau busuk dunia ni. Allahu .... Allah. Berkenaan hal ini tidaklah mustahil berkekalannya bau-bau tersebut sehingga ke Hari Pembalasan kelak. Maka alangkah bahagianya orang yang datang mengadap Qadhi Rabbul Jalil dalam keadaan yang harum mewangi. Allahummaj 'alna minhum.
Selasa, April 04, 2006
Kelebihan Membaca Mawlid 4
- Telah berkata Sulthanul-'Arifin Jalaluddin as-Sayuthi dalam kitabnya berjodol "al-Wasaail fi syarhisy Syamaail":- "Tidak ada sebuah rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan padanya Mawlidin Nabi s.a.w. melainkan akan dikitari/dikelilingi/diselubungi tempat itu oleh para malaikat akan ahli yang hadir di tempat tersebut serta diratai mereka oleh Allah dengan rahmat. Para malaikat yang diselubungi/diliputi/dikalungi cahaya iaitu Jibril, Mikail, Israfil, Qarbail, 'Aynail, ash-Shaafun, al-Haafun dan al-Karubiyyun, maka bahawasanya mereka berdoa bagi sesiapa yang menjadi sebab untuk pembacaan Mawlidin Nabi s.a.w. "
- Imam as-Sayuthi berkata: "Tidak ada seseorang Islam yang diperbacakan dalam rumahnya akan Mawlidin Nabi s.a.w. melainkan diangkat Allah kemarau, wabak, kebakaran, malapetaka, bala bencana, kesengsaraan, permusuhan, hasad dengki, kejahatan 'ain (sihir pandangan) dan kecurian daripada ahli rumah tersebut, maka apabila dia mati, Allah akan mempermudahkan atasnya menjawab soalan Munkar dan Nakir dan adalah dia ditempatkan pada kedudukan as-Shidq di sisi Allah Raja yang Maha Berkuasa."
Mungkin ada yang bertanya kenapa ada orang baca mawlid tetapi masih menerima malapetaka dan bencana. Apa nak kata, hatta para Nabi pun mendapat musibah duniawi sebagai ujian daripada Allah s.w.t., kerana semuanya berlaku atas kehendak Allah semata-mata. Apa jua musibah duniawi adalah ringan berbanding musibah berbentuk maknawi. Keselamatan dari musibah maknawi ini yang diutamakan, biar rumah kita dicuri asalkan iman dan kesabaran serta tawakkal kita pada Allah tidak turut dicuri sama. Mungkin juga Allah belum menerima amalan kita, sehingga ianya tidak menjadi sebab mendapat rahmat Allah tersebut, oleh itu teruskan usaha dan tingkatkan amalan. Yakin kepada kemurahan Allah yang tiada terbatas dan carilah syafaat daripada Junjungan s.a.w.
Ahad, April 02, 2006
Kelebihan Membaca Mawlid 3
- Telah berkata Syaikh as-Sirri as-Saqathi:- "Sesiapa yang mengqasadkan sesuatu tempat yang dibaca padanya Mawlidin Nabi s.a.w., maka telah dia telah mengqasadkan satu taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah dia mengqasadkan tempat demikian selain daripada kecintaannya kepada ar-Rasul s.a.w. Dan telah bersabda Nabi a.s.: "Sesiapa yang mencintaiku adalah dia bersamaku dalam syurga."
Begitulah ikhwah Sunniyyun Syafi`iyyun, qasad itu berupa pemergian ke tempat mawlid atau juga bermaksud membuat mawlid. Kenapa kita buat mawlid ? Jawapan bagi soalan ini adalah qasadnya kita. Ada orang buat mawlid semata-mata menjalankan kebiasaan tradisi, ada yang buat hanya semata-mata hendak membesarkan Junjungan kerana tidakkah Allah telah berfirman: "Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.", maka seseorang itu diganjari berdasarkan kepada niat dan qasadnya. Jom buat mawlid, hadir mawlid, hayati mawlid, demi membesarkan Junjungan s.a.w.
Sabtu, April 01, 2006
Kelebihan Membaca Mawlid 2
- Dan telah berkata al-Imam al-Yafi`i al-Yamani (sesetengah kitab tersilap cetak di mana huruf "ya" berubah kepada "syin" menyebabkan perkataan ini dinisbahkan kepada Imam asy-Syafi`i):- "Sesiapa yang menghimpunkan untuk Mawlidin Nabi s.a.w. saudara-saudaranya, menyediakan makanan dan tempat serta berbuat ihsan sehingga menjadi sebab untuk pembacaan Mawlidir Rasul s.a.w., dia akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat berserta dengan para shiddiqin, syuhada` dan sholihin serta dimasukkan dia ke dalam syurga-syurga yang penuh keni'matan."
Tentu ada ikhwah yang tertanya-tanya, kenapa para ulama ini begitu berani menyatakan kelebihan-kelebihan bermawlid dengan janji-janji nanti akan bersama para anbiya' dan dapat syurga tinggi, sedangkan mereka bukannya Nabi yang diutuskan yang menerima wahyu berhubung perkara ini. Jawapannya ikhwah kena faham kaedah bahasa 'Arab yang dibicarakan dalam ilmu ma`ani bab khabar dan insya`, kerana menurut kaedah ada jumlah yang nampaknya seperti khabariyyah yang membawa erti perkhabaran atau berita tetapi sebenarnya adalah insya-iyyah yakni menyatakan harapan atau keinginan seseorang, bahkan seolah-olah dia berdoa. Jadi makna perkataan ulama tersebut bukannya khabariyyah tetapi lebih kepada insya-iyyah dalam ertikata lain contohnya jika dikatakan "dapat syurga" maka ertinya " aku ingin atau berharap agar dia dimasukkan ke syurga". Hal begini yang menyebabkan ramai yang tak faham perkataan awliya sehingga berani menuduh para awliya` dan ulama memandai-mandai memberi jaminan yang bukan hak mereka. Begitu juga contohnya, Sidi Abdul Qadir al-Jilani pernah berkata: "Tiada orang Islam yang lalu melintasi pintu madrasahku melainkan akan diringankan daripadanya azab pada hari kiamat." - rujuk manaqibnya yang dikarang oleh Sayyidisy-Syaikh Ja'far al-Barzanji dengan jodol "al-Lujainud-Dani fi Manaqib asy-Syaikh 'Abdul Qaadir al-Jiilani". Para ulama memberikan berbagai tafsiran berhubung perkataan ini, dan antaranya ialah ini adalah jumlah insya-iyyah walaupun zahirnya berbentuk khabariyyah, justru ianya merujuk kepada harapan Sulthanul Awliya tersebut agar sesiapa yang pernah melintas pintu madrasahnya diberi keringanan azab pada hari kiamat. Oleh itu fahami betul-betul ilmu sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap para ulama yang 'amilin yang menjadi sandaran umat. Pelajari dan kuasai ilmu-ilmu alat sebaik para ulama dahulu dan mengikut kaedah bahasa yang terpakai pada zaman-zaman awal Islam dan bukannya kaedah bahasa 'Arab Qamus Munjid yang dikarang oleh orientalis. Ilmu nahwu, sharaf, balaghah, bayan, ma`ani, badi' dan lain-lain lagi perlulah betul-betul dikuasai sebelum nak memperlekehkan ulama yang telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk ilmu dan dakwah. Walau apa pun, segala perkataan ulama tersebut adalah endorsement mereka untuk menggalakkan pembacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w. agar lidah dan telinga kita sentiasa menyebut dan mendengar nama Junjungan s.a.w. dan sirah serta kebesaran baginda, dan mudah-mudahan dengan lidah menyebut, telinga mendengar, turun kecintaan dalam hati sanubari kita. Inilah yang dikehendaki oleh ulama agar setiap umat cinta dan kasih serta faham kebesaran dan sirah perjuangan Junjungan s.a.w. untuk diagungkan dan dicontohi. Mudah-mudahan Allah merahmati ulama kita sekaliannya.......al-Fatihah.
Tanbih:
1. Orang membaca al-Quran di kubur hukumnya SUNNAT menurut mazhab kita asy-Syafi`i.
2. Orang membaca al-Quran dikubur hukumnya HARAM ittifaq segala umat. Sebab kalau pun nak dikubur tunggu le si pembaca tu mati dulu, kalau hidup-hidup dikubur kan membunuh namanya.
Ini baru contoh nahwu bahasa Melayu, bahasa Arab lagilah luas. Oleh itu ilmu alat itu amat penting untuk diketahui dan dipelajari, lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang ingin nak jadi mujtahid.