15 Ramadhan 1430, sudah 5 tahun Prof. Dr. Habib Muhammad bin 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki al-Hasani rahimahumUllah meninggalkan kita. Sungguhpun begitu, ribuan muridnya yang bertebar ke seluruh pelosok dunia tetap gigih menyambung usaha beliau untuk meninggikan kalimah Allah. Biografi beliau telah banyak ditulis orang, antara oleh al-Fadhil Sidi Abu Zahrah kat blog beliau al-Fanshuri. Maka di sini kawan tak nak menulis biografi beliau, cuma nak kongsi sikit tulisan beliau dalam karya beliau yang masyhur "Mafaahim Yajibu An Tushahah" pada halaman 45 dinyatakan:-
Allah ta`ala berfirman: "Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah untuk menuju kepadaNya", (al-Maidah: 35). Al-Wasilah itu adalah setiap apa yang dijadikan Allah sebagai sebab untuk mendekatkan diri seseorang kepadaNya dan penyampai kepada menunaikan segala hajat olehNya. Maka yang jadi perkara utama dalam bertawassul ialah sesuatu atau seseorang yang dijadikan wasilah itu hendaklah mempunyai kedudukan dan kehormatan di sisi Allah SWT.Wahai ikhwah yang budiman, beri perhatian bagaimana Buya al-Maliki menjelaskan keumuman makna "al-wasilah" dalam ayat yang mulia tersebut. Jadi tidaklah "al-wasilah" itu terbatas dengan amalan sholeh semata-mata, bahkan umum meliputi berwasilah dengan sebaik-baik ciptaan Allah dari kalangan para anbiya` dan awliya`, yang teratas, dengan mahkotanya segala ciptaan, Baginda Muhammad SAW. Moga rahmat, kasih-sayang, keredhaan Allah atas Buya al-Maliki sentiasa ..... al-Fatihah.
Lafaz "al-wasilah" dalam ayat tadi adalah bersifat umum, ianya mencakup bertawassul dengan pribadi-pribadi yang mempunyai keutamaan daripada kalangan pada nabi dan orang - orang sholeh, sewaktu mereka hidup dan selepas kewafatan mereka. Juga ianya mencakup bertawassul dengan amal-amal yang sholeh atas jalan yang diperintah dan boleh bertawassul dengannya walaupun setelah ianya dilakukan (yakni dengan amalan-amalan yang telah dilakukan terdahulu).
*******************************************
Wawancara Buya al-Maliki
Wawancara Buya al-Maliki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan