Ya Allah, jadikanlah shalawat yang paling afdhal, barakah yang paling tinggi, tahiyyah yang paling baik, pada keseluruhan waktu, bagi sebaik-baik makhluk, Sayyidina wa Mawlana Muhammad, penghuni bumi dan langit yang paling sempurna; Juga atas baginda wahai Tuhan kami, salam tahiyyah yang terbaik, pada setiap detik dan ketika.
Ini adalah shalawat yang ke-31 dalam "Sa`adatud Daarain" karya al-`Alim al-`Allaamah asy-Syaikh Yusuf an-Nabhani rahimahullah. Shalawat ini dinisbahkan kepada asy-Syaikh as-Sayyid Abul Hasan `Ali asy-Syaadzili rahimahullah. Di mana beliau rahimahullah telah memulakan Hizbul Luthf dengannya. Di hari Jumaat yang mulia ini, eloklah kita memperbanyakkan bershalawat ke atas Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam antaranya dengan shalawat yang mulia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan