Syaikh Husein Nasir al-Mas`udi al-Banjari atau lebih dikenali dengan panggilan Tuan Husein Kedah rahimahullah adalah seorang tokoh ulama Tanah Air yang amat terkenal. Beliau mempunyai karya - karya tulis yang bernilai dan menjadi panduan serta rujukan umat beragama. Di antara karya beliau berkaitan dengan kisah mawlid Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah Tafrihush Shibyaan.
Pada halaman 2 kitab tersebut, Tuan Husein menukilkan dan menyatakan sebagai berikut:- (Ketahui olehmu) bahawasanya mengamat-amati dengan perbuat Maulud Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, iaitu daripada sebesar - besar qurubat yang mendamping akan dirinya kepada Allah ta`ala. Bermula yang demikian itu hasil ia dengan perbuat jamu makanan akan muslimin atau membaca Quran atau dzikrullah atau membaca shalawat atas Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam atau membaca kisah bagi Maulud Nabi seperti barang yang sudah masyhur dengan yang diamal akan dia. (Maka tak dapat tiada) daripada niat dengan sebagai perbuatan yang tersebut itu membesarkan dan menyukakan bagi beranak Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam serta qashad ia akan hari peranaknya atau malamnya dan bulannya dengan `ainnya."
Apa yang dinukil oleh Tuan Husein tersebut adalah sebagaimana nukilan para ulama kita terdahulu. Ulama kita amat mengambil berat dan memberikan perhatian khusus kepada Maulud Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Mereka menyatakan bahawa ianya merupakan sebesar - sebesar jalan untuk kita bertaqarrub dengan Allah `azza wa jalla dengan mengasihi, mencintai, membesar dan mengagungkan wasilah terbesar untuk kita meraih keredhaan Allah. Pandangan ini semestinya berbeza dengan ulama Wahabi - Najdi, penjilat keluarga Saud, yang membid`ahsesatkan bahkan mensyirikkan maulud nabi. Maka hendaklah kita tetap berpegang teguh dengan ulama kita, bakulsampahkanlah fatwa songsang puak Najdi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan