- Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan mengingatkan umat Islam di negara ini agar berhati-hati terhadap golongan yang tidak mahu kita menghormati Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam terlalu tinggi. Golongan ini mempersoalkan sanjungan dan penghormatan yang kita berikan kepada Baginda. Mereka beranggapan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah sama sahaja dengan kita manusia biasa. Ini hujjah orang-orang yang menyuruh kita membuang zikir Dibaie dan Syarafil Anam, kerana zikir-zikir itu sangat memuliakan dan sangat memuji Nabi. Perkara ini disentuh oleh Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dalam rancangan Bersama Mufti sempena memperingati hari keputeraan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang telah dirakam di Darulifta Brunei Darussalam, pada hari Sabtu, 2 Rabiulawwal, 1424 bersamaan 3 Mei, 2003. Menurut Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin, adalah benar bahawa kejadian Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam itu sama dengan kita manusia, tetapi pangkat dan kemuliaannya adalah tidak sama. "Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam adalah seorang yang berpangkat, bukan calang-calang pangkat, mengapa kita tidak mahu mengakuinya? Bukankah memuji Baginda di dalam selawat dan zikir itu bermakna menghormati Baginda? Mengapa kita tidak mahu sedangkan Allah dan malaikat lagi menghormati Baginda?" Tegas Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin.
Rabu, September 28, 2005
Pesan Pehin Mufti Brunei
Marhaban Ya Ramadhan
- Kiyai Agung puasa ikut falak, kerana tak nak miss satu haripun dalam bulan Ramadhan, tak ada pula ulama di zamannya yang berani membantah secara terang-terangan mungkin kerana mereka tahu ada khilaf, bila ada khilaf tok sahlah nak berbalah sampai bid`ah-membid`ah, kafir mengkafir. Kalau ada yang membantah pun, tak berani secara terang-terangan kerana mereka tahu darjat kedudukan serta ilmu Kiyai Agung yang telah belajar di merata tempat, bahkan belajar di Makkah dan Timur Tengah selama 12 tahun. Meraka tahu yang Kiyai Agung ni murid Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, murid Imam Nawawi Banten, murid Imam az-Zawawi dan lain-lain lagi ulama besar. Jadi yang membantah mengadu dengan Setiausaha Tanah Jajahan British kerana Singapura zaman tu bawah takluk omputih. Omputih tu namanya Tuan Farrer, jadi omputih ni pun bawak Kiyai Agung ke laut, campak batu dan mintak Kiayai Agung kira bila batu tersebut sampai ke dasar laut dan berapa dalam air laut di situ. Kiyai Agung pun kira, dan ternyata kiraan Kiyai Agung tepat, omputih tu bawak lagi ke beberapa tempat, campak batu dan suruh kira bila sampai dan berapa dalam, semuanya Kiyai Agung jawab dengan tepat. Akhirnya surrender omputih tu dan dia kata sama Kiyai Agung : " Saya rasa Tuan Haji boleh dapat tahu awal bulan puasa dengan betul. Cuma saya harap jika Tuan Haji dan murid-murid Tuan Haji berhari raya lebih dahulu daripada orang ramai, janganlah nampak-nampakkan hal itu kepada mereka."
Isnin, September 26, 2005
Kelebihan Ayatul Kursiy.
- Sebahagian ulama berkata: "Sesungguhnya Ayatul Kursiy itu sebanding ganjarannya dengan sepertiga al-Quran, iaitu ia terdiri dari 50 kalimah, dan setiap kalimah mengandungi 50 keberkatan. Ianya diturunkan di malam hari."
- Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: "Ketika Ayatul Kursiy diturunkan, tersungkur menyembah bumi segala berhala yang ada di dunia, dan berguguran mahkota yang dipakaikan di kepala berhala-berhala tersebut; segala syaithan lari ketakutan dan saling berpukulan sesama mereka."
- Diriwayatkan daripada al-Hakim al-Turmudzi daripda Nauf al-Bukaali bahawasanya dia berkata: "Ayatul Kursiy itu disebut dalam kitab Taurat sebagai 'Waliyyatul Allah (Kekuasaan/Penjagaan Allah)' dan orang yang membacanya dikenali sebagai orang yang mulia dalam kerajaan langit. Dan adalah Sayyidina 'Abdur Rahman bin 'Auf apabila memasuki rumahnya membaca Ayatul Kursiy pada keempat-empat penjuru rumahnya."
- Sayyidina Anas meriwayatkan sebuah hadits secara marfu' bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: " Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.: "Sesiapa yang melazimi atas pembacaan Ayatul Kursiy setiap lepas sholat, Aku kurniakan kepadanya hati-hati orang yang syukur, pahala (amalan) para nabi dan amalan-amalan para shiddiqin."
Khamis, September 22, 2005
Falsafah Pakaian Habib Abu Bakar Gersik
Antara Tulisan Ulama Kita Tentang Mawlid.
Rabu, September 21, 2005
Pesan Tuan Guru
Sabar Dengan Karenah Isteri
Isnin, September 19, 2005
Pujian Terhadap Junjungan s.a.w.
Imam Malik & 18 Soalan
- Imam Malik r.a. adalah seorang ulama besar dan pemimpin mazhab, dan beliau dijuluki "Imam Dar al-Hijrah". Akan tetapi sekalipun beliau seorang muhaddits dan faqih, beliau sangat berhati-hati dalam berfatwa. Sehingga satu masa seseorang datang dari Baghdad ke Madinah khusus untuk bertanya kepada Imam Malik akan beberapa masalah (lihatlah semangatnya orang dulu, jalan jauh-jauh dari Baghdad hanya untuk beberapa masalah. Orang sekarang kadang majlis di depan rumahnya akan tetapi tidak hadir). Maka orang tersebut mengajukan lebih kurang 18 masalah. Tiga di antaranya dijawab oleh Imam Malik, sedangkan yang lain beliau hanya mengucapkan, "Aku tidak tahu. Aku tidak tahu." (lihatlah bagaimana beliau berhati hati di dalam berfatwa, dan tidak malu untuk mengucapkan sesuatu yang belum pasti dengan kalimat, "Aku tidak tahu"). Maka orang tersebut berkata, "Ya Imam Malik, aku datang jauh-jauh hanya untuk menanyakan kepadamu masalah ini, sedangkan engkau hanya mengucapkan tidak tahu?" Berkata Imam Malik, "Dari mana engkau datang?" Jawabnya, "Aku datang dari Baghdad." Imam Malik, "Masjid mana yang menaranya paling tinggi di Baghdad?" Lalu ia menjawabnya seraya menyebutkan nama suatu masjid yang paling tinggi menaranya di Baghdad. Lantas berkata Imam Malik berkata, "Bila engkau pulang ke Baghdad, pergilah ke masjid tersebut dan naiklah kepuncak menaranya, lantas berteriaklah dengan sekuat suaramu agar semua orang mendengar bahwa Malik bin Anas adalah orang yang paling bodoh."
Puasa Sunnat Setelah Pertengahan Sya'baan
Ahad, September 18, 2005
Malam Nishfu Sya'baan
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:
- Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
- Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.
Sabtu, September 17, 2005
Kelebihan Membaca Yaasiin.
- Bahawasanya bagi tiap-tiap suatu itu hati, dan hati Quran itu Yaasiin. Dan barangsiapa membaca Yaasiin sekali nescaya disuratkan Allah ta`ala baginya dengan membaca akan dia seperti membaca Quran 10 kali.
- Barangsiapa membaca Yaasiin berkehendak kerana Allah ta`ala nescaya diampun baginya yang terdahulu daripada dosanya, maka baca olehmu akan dia pada mayat (orang mati) kamu.
- Barangsiapa membaca Yaasiin nescaya diampun baginya dosanya dan barangsiapa membaca akan dia pada hal ia lapar nescaya kenyang ia; dan barangsiapa membaca akan dia pada hal sesat nescaya dapat pertunjuk; dan barangsiapa membaca akan dia pada hal ada baginya suatu yang hilang nescaya dapat akan dia; dan barangsiapa membaca akan dia pada makanan yang ditakut akan kurangnya nescaya memadai; dan barangsiapa membaca pada orang yang hendak mati nescaya dimudahkan atasnya; dan barangsiapa membaca akan dia pada orang perempuan yang susah atasnya beranak nescaya dimudahkan atasnya; dan barangsiapa membaca akan dia maka seolah-olah membaca Quran 11 kali; dan bagi tiap-tiap suatu ada hati dan hati Quran itu Yaasiin.
Nisfu Sya'baan
Ahad, September 11, 2005
Malam Nishfu Sya'baan
Rabu, September 07, 2005
Ni`al al-Musthofa s.a.w. 4
- Menurut Kiyai Haji Abdul Jalil Bakri, Mudir Pesantren Darut Tauhid, Brongkal, Pagelaran, Malang, Jawa Timur, sebahagian ulama menyatakan bahawa antara kelebihan timtsal / lakaran / gambaran / mitsal ni`al Junjungan s.a.w. adalah:-
- Apabila timtsal ni`al ini disimpan dalam rumah, maka rumah tersebut selalu mendapat perlindungan Allah dari berbagai marabahaya seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya, serta penghuni-penghuni rumah tersebut akan memperolehi rahmat, barakah, keamanan, selama di rumah tersebut tiada suatu apapun yang menjadi pantangan masuk malaikat rahmat ke dalamnya.
- Apabila timtsal ini dibawa berpergian, maka perjalanannya diberkati dengan keamanan dan selamat serta berhasil.
- Apabila timtsal ini ditaruh di badan orang sakit, maka insya-Allah cepat disembuhkan Allah dengan keberkatan Sayyidina Empunya Ni`al.
Ahad, September 04, 2005
Surah al-Ahzab ayat 56
Artinya: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".
Imam asy-Syafi`i
- Beliau adalah Muhammad bin Idris Asy-Syafi'iy Al-Mutholliby. Nasab beliau bertemu dengan Nabi SAW pada nenda beliau Abdu Manaf. Beliau dilahirkan di kota Ghazzah pada tahun 150 H dan kemudian dibawa pindah ke kota Makkah. Di sana beliau menuntut ilmu pada guru-gurunya yaitu pada Al-Imam Khalid Muslim Az-Zanji, Fudhail bin 'Iyadh, Sufyan bin Uyainah dan lain-lain. Pada saat umur beliau menginjak 18 tahun, beliau pergi menuju kota Madinah. Untuk mempersiapkan diri berguru pada Al-Imam Malik, beliau menghafalkan seluruh isi kitab Al-Muwaththo' dalam jangka waktu 9 hari. Baru setelah itu beliau berguru pada Al-Imam Malik sampai akhirnya beliau menjadi murid yang paling pandai. Selain itu, beliau juga berguru kepada ulama Madinah dan Makkah. Pada saat usia beliau masih 15 tahun, beliau sudah menjadi seorang mufti. Disaat itu beliau juga sudah menguasai syair-syair arab dan ilmu-ilmu bahasa Arab sampai-sampai Al-Asma'iy (seorang periwayat syair-syair Arab) mendapat manfaat dari beliau dan mengambil dari beliau syair-syair kabilah Bani Hudzail. Kemudian berpindahlah beliau ke kota Iraq. Disana beliau berguru kepada Al-Imam Muhammad bin Hasan Asy-Syaibany (murid Al-Imam Abu Hanifah). Dari gurunya itu, beliau Al-Imam Asy-Syafi'iy mendapatkan ilmu dan membacakan kitab-kitabnya. Beliau juga sempat berguru kepada beberapa teman gurunya tersebut. Disinilah beliau Al-Imam Asy-Syafi'iy menulis sebuah kitab yang berjudul Al-Hujjah yang menghimpun madzhab beliau yang pertama (al-madzhab al-qodim). Banyak para ulama besar yang mengambil madzhab beliau itu, di antaranya adalah Al-Imam Ahmad dan Al-Imam Abu Tsur. Dari Iraq beliau kemudian pindah ke kota Mesir. Disini seringkali ijtihad beliau berbeda dari sebelumnya pada banyak masalah. Hal itulah yang menyebabkan beliau akhirnya menarik madzhabnya yang pertama (al-madzhab al-qodim) dan mengokohkan madzhabnya yang baru (al-madzhab al-jadid). Di kota Mesir, beliau mendiktekan kitabnya yang bernama Al-Um. Beliau juga mengarang sebuah kitab dalam ilmu ushul fiqih yang berjudul Ar-Risalah. Kitab inilah yang menjadi peletak dasar ilmu ushul fiqih dan kunci pembuka kesulitan-kesulitan di dalamnya. Al-Imam Asy-Syafi'iy dianggap sebagai pembaharu (mujaddid) abad kedua. Hal ini tidak lain disebabkan oleh karena beliau mampu menggabungkan ilmu hadits dan ilmu logika. Beliau telah mengokohkan kaidah-kaidah ilmu ushul figih. Selain itu beliau juga seorang pakar hadits, riwayat-riwayat dan perawi-perawinya. Beliau juga menguasai Al-Qur'an dan ilmu-ilmunya. Ditambah lagi beliau adalah seorang ahli sejarah, penyair, sastrawan dan pakar bahasa. Dan yang tak kalah pentingnya beliau adalah seorang yang sangat wara', takwa dan zuhud di dunia. Sampai akhirnya beliau menghembuskan napas yang terakhir di kota Kairo pada tahun 204 H. Berkata Al-Imam Ahmad tentang Al-Imam Asy-Syafi'iy, "Keberadaan Al-Imam Asy-Syafi'iy bagaikan keberadaan matahari bagi dunia, dan bagaikan keberadaan kesehatan bagi tubuh." Beliau Al-Imam Ahmad juga berkata, "Dahulu ilmu fiqih ini sudah tertutup bagi manusia, sampai akhirnya Allah membukanya kembali dengan Asy-Syafi'iy." Berkata Al-Imam Abu Zur'ah, "Tidak ada orang alim yang sangat diagung-agungkan oleh umat Islam seperti Asy-Syafi'iy, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semua dan merestuinya."
Radhiyallohu anhu wa ardhah..........al-Fatihah