Kiyai Haji 'Abdullah Faqih hafizahUllah, ulama besar yang memimpin Pondok Pesantren Langitan, Tuban, sebagaimana diberitakan dalam Warta NU, Edisi Mei 2001, halaman 15, menyatakan:-" Warga Nahdliyyin diwajibkan secara rutin membaca Ratib al-Haddad secara berjamaah, baik di rumah maupun di mushalla." Anjuran beliau turut disokong oleh seorang lagi ulama terkenal iaitu Kiyai Haji Muhammad Subadar hafizahUllah dari Pasuruan yang menyatakan:- "Hendaknya semua warga NU selalu istiqamah membaca Ratibul Haddad."
Manakala Habib Luthfi BinYahya hafizahUllah, Ra’is ‘Am Jam`iyah Ahlu Thariqah al-Mu’tabarah an-Nahdiyah, pula menegaskan bahawa: "Ratib al-Haddad ini sudah menjadi amalan umum di kalangan warga Nahdliyyin sejak zaman Hadhratusy Syaikh KH. Hasyim Asy`ari Jombang. Pengamalan Ratib al-Haddad ini sebelumnya sudah disetujui al-`Allaamah asy-Syaikh Kholil Bangkalan Madura, yang ternyata salah satu thariqah beliau adalah Thariqah Haddadiyyah."
Maka sewajarnyalah kita mengambil berat akan pesanan para ulama kita ini untuk menjadikan Ratibul Haddad sebagai pakaian kita. Sungguh masa yang diambil untuk membaca ratib ini tidaklah panjang serta bacaan-bacaannya adalah warid dan iqtibas daripada firman Allah SWT dan sabdaan Junjungan Nabi SAW. Tiada keraguan pada keberkatannya, cuma perlu diingat bahawa Imam al-Haddad rahimahUllah, shohibur ratib, menyatakan:-
الأذكار و الأوراد لا تنفع إلا مع المداومة
و لا يظهر تأثيرها إلا مع الحضور و الخشوع
Segala zikir dan wirid tidak bermanfaat melainkan jika diamalkan secara dawam (berkekalan);Tapi bagaimana hendak mencapai zikir dengan dawam dan hudur serta khusyu`, jika ianya belum mula diamal. Jadi mulailah beramal, biar deh dengan malas dan ghaflah dahulu, insya-Allah, dengan inayah Allah ta`ala, moga-moga diberikan istiqamah, hudur dan khusyu`.
Dan tidak zahir kesannya melainkan jika diamalkan dengan hadir hati dan khusyu`.