Pernah dalam sejarah moden Malaysia, ada "ustaz" mempertikaikan amalan bermunajat dengan dua bait syair masyhur yang diperturunkan zaman berzaman oleh para ulama kita. Rupa-rupanya "ustaz" tersebut gagal memahami makna bait-bait tersebut mungkin akibat bahasa Arab ustaz tersebut yang terlalu amat amat amat habis tinggi gamaknya. Itu sekadar selingan pembuka bicara, faqir tidak mahu menulis mengenai asal usul syair ini kerana ia perlu kepada penelitian lanjut, samada ianya daripada Imam Syafi`i radhiyaAllahu `anhu atau Abu Nuwas atau daripada seorang sahabat Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Di sini faqir hanya ingin menukil apa kata ulama kita mengenai faedah dua bait ini. Cukuplah kita menyebut beberapa ulama yang menukilkan faedah dua bait ini sebagai tabarrukan, yang penting adalah diamal dengan penuh penghayatan dan keinsafan.
Kelebihan dua bait tersebut sudah masyhur di sisi para ulama kita. Mereka menukilkannya dan menganjur agar ianya dibaca dan diamalkan menjadi wirid. Di antara yang menukilkannya daripada kalangan ulama Melayu adalah Syaikh Abdul Qadir al-Mandili rahimahullah yang menukil kelebihan dua bait tersebut dalam kitab amalan dan doa susunan beliau yang berjodol Senjata Tok Haji & Tok Lebai pada halaman 79. Beliau menulis: (Faedah) tersebut di dalam I`aanatuth Thaalibin dinukil daripada Sayyidi 'Abdul Wahhab asy-Sya`raani bahawasa mereka yang mengekalkan membaca dua bait ini pada tiap-tiap hari Jumaat nescaya mematikan akan dia oleh Allah ta`ala atas Ugama Islam daripada ketiadaan syak ...... Dan dinukil daripada setengah ulama bahawasanya dibaca 5 kali kemudian daripada Jumaat.

KH Husein Qadri rahimahullah pula dalam Senjata Mukmin pada halaman 94 menukil sebagai berikut: Dua bait syair dibaca Hari Jumaat. Telah berkata asy-Syaikh 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani rahimahullahu ta`ala: "Barangsiapa mengekali membaca dua bait syair ini tiap-tiap hari Jumaat, lima kali, nescaya dimatikan ia atas Agama Islam dengan tiada syak."
Manakala di kalangan ulama kita di Timur Tengah, kita nukil daripada Syaikhul Islam, Imam Ibrahim al-Bajuri rahimahullah yang menyebutnya dalam karya fiqh beliau yang masyhur, Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi. Pada juz 2 halaman 223-224 dinyatakan: (Faedah) daripada Sayyidi 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani nafa`anallahu bihi bahawa sesiapa yang mengekali membaca dua bait ini pada setiap hari Jumaat, nescaya dimatikan Allah akan dia atas Islam tanpa syak ........ Dan dinukil daripada sebahagian ulama bahawasanya dibaca 5 kali selepas shalat Jumaat.
Dan faqir akhiri dengan menukil daripada gurunya para ulama kita, Sidi Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi rahimahullah dalam I`aanatuth Thaalibin, jilid 2, halaman 106, di mana dinyatakan sebagai berikut:-
Manakala di kalangan ulama kita di Timur Tengah, kita nukil daripada Syaikhul Islam, Imam Ibrahim al-Bajuri rahimahullah yang menyebutnya dalam karya fiqh beliau yang masyhur, Hasyiah al-Bajuri 'ala Ibni Qasim al-Ghazi. Pada juz 2 halaman 223-224 dinyatakan: (Faedah) daripada Sayyidi 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani nafa`anallahu bihi bahawa sesiapa yang mengekali membaca dua bait ini pada setiap hari Jumaat, nescaya dimatikan Allah akan dia atas Islam tanpa syak ........ Dan dinukil daripada sebahagian ulama bahawasanya dibaca 5 kali selepas shalat Jumaat.
Daripada Sayyidi 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani - nafa`anaAllahu bihi - bahawa sesiapa yang mengekali membaca dua bait ini pada setiap hari Jumaat, nescaya dimatikan Allah akan dia atas Islam tanpa syak ........ Dan dinukil daripada sebahagian ulama bahawasanya dibaca 5 kali selepas shalat Jumaat.
Masyhurnya dua bait ini sehingga perkataan Sidi Abdul Wahhab asy-Sya'raani ini telah dinukil oleh ramai lagi ulama kita dalam karya-karya mereka. Oleh itu, janganlah syak dan ragu, sesungguhnya dua bait tersebut tidak mengandungi kata-kata yang menyalahi aqidah dan syarak. Bahkan ianya selari dengan ajaran Islam yang mengajar kita agar tidak sombong, merendah diri dan merasa terlalu hina dan kotor serta tak layak untuk menjejakkan kaki dalam Jannatul Firdaus yang mulia. Maka hanya rahmat dan kemurahan Allah sahaja yang kita harapkan memasukkan kita ke dalam syurga FirdausNya. Ini sudah tentu berbeza dengan senikata: "ku tunggu engkau di pintu syurga". Sembahyang pun macam kata orang kampung ese takat lap-lap kambin, ada hati nak tunggu di pintu syurga..... Allahu ... Allah. Mudah-mudahan dua bait tadi dapat kita jadikan wirid kita untuk memohon keampunan Allah 'azza wa jalla sehingga dipelihara iman kita sehingga ke akhir hayat mendapat husnul khatimah, aamiin ya Rabbal 'Aalamiin.