Selasa, Mei 16, 2006

Nur Muhammad s.a.w. 12

Tuan-tuan mungkin sudah tahu bahawa Ustaz Uthman el-Muhammady telah menulis satu kertaskerja yang berjodol "Konsep Nur Muhammad di Dunia Melayu dalam konteks wacana Sunni - Satu Pengamatan Awal". Kertaskerja tersebut telah dijadikan kertaskerja sisipan dalam Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsaan 2004 anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus pada 12 -14 Ogos 2004. Sebelumnya Tuan Guru Haji Wan Shoghir telah membahaskan konsep Nur Muhammad ini dalam bukunya "Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu". Kertaskerja Ustaz Uthman boleh tuan-tuan perolehi daripada internet dan buku Tuan Guru Haji Wan Shoghir di lain posting kita bicarakan. Ada budak-budak nakal yang cuba memperlekehkan Ustaz Uthman sebab pegangannya, bahkan samseng Wahhabi siap kejar Ustaz Uthman kat mana-mana beliau membentang kertaskerjanya untuk didebat kononnya. Bagi akulah, lekeh-lekeh Ustaz Uthman boleh karang kertaskerja dan buku-buku yang ilmiyyah dan bermutu (i.e. bukan cut & paste atau pilih-pilih ikut selera.) dan boleh karang pula terjemahan "Fathul Mu`in". Tapi kalau dah tak suka, nak buat macam mana. Baiklah kat sini aku nak nukil sikit kesimpulan yang Ustaz Uthman buat dalam kertaskerjanya itu:-
  • Daripada pembentangan riwayat-riwayat di atas berdasarkan dokumentasi para mufassirin dan muhaddithin yang merupakan imam-imam dalam bidangnya, ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat. Antaranya ialah: bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sudah ada hakikatnya, nurnya, sebelum sekelian makhluk dijadikan. Bahkan nurnyalah yang merupakan makhluk pertama yang dijadikan oleh Tuhan, sebagai kekasihNya. Ia juga punca bagi sekelian makhluk yang lain, baik alam tinggi atau alam bawah atau alam rendahnya, alam yang boleh dipandang dengan mata atau alam yang tidak boleh dipandang dengan mata. Ia makhluk yang terawal dicipta dan yang terkemudian sekali dibangkit dengan jasad dan rohnya dalam sejarah alam ini. Namun kewujudannya sebagai nabi dan rasul diketahui oleh sekalian nabi dan rasul dalam seluruh sejarah umat manusia, antaranya, khususnya jelas daripada hadith-hadith berkenaan dengan Isra' dan Mi'raj yang banyak dinukil oleh ibn Kathir dalam Tafsirnya berkenaan dengan ayat awal Surah bani Israil.
  • Nampaknya tidak timbul keperluan untuk sesiapa terlintas pada mindanya dan terfikir bahawa ulama tafsir, hadith, sirah, syama`il dan lainnya yang berbicara berkenaan dengan Nabi, meminjam idea itu daripada mana-mana punca lain; tidak ada tercatit dalam sejarah berlaku "peminjaman" idea ini dalam ulama kita, kecuali ada penyelidikan kemudian yang mengikuti kaedah yang boleh diterima oleh ahli ilmu kita. Nampaknya ia timbul daripada sumber Ahlis-Sunnah sendiri. Ini jelas sampai para nabi dan rasul membuat perjanjian dengan Tuhan untuk beriman kepadanya dan membantunya bila ia zahir dalam sejarah perjuangannya. Riwayat tentangnya berada dalam generasi-generasi anbia dalam sejarah nampaknya diterima oleh ulama yang berotoritas dalam ilmunya dalam umat ini.
  • Kalau terlintas di minda bahawa ini adalah tidak munasabah pada akal, maka banyak perkara yang boleh dikatakan tidak munasabah pada akal yang berfikir secara 'biasa', misalnya teori quantum tentang dunia yang ada ini dengan benda-bendanya tidak 'pejal' bahkan ia sama ada bersifat sebagai gelombang atau zarrah yang tidak menentu sifatnya, samaada gelombang atau zarrah. Yang kelihatan pejal, keras pada pandangan mata, pada neraca teori quantum adalah tidak demikian. Kalau mengikut fikiran secara'biasa' e = mc2 adalah tidak munasabah; tetapi pada ahlinya ia bukan sahaja 'munasabah' tetapi ada kebenarannya yang sangat nyata. Atau lihat sahaja benih manusia yang terpancar ke dalam rahim, kemudian selepas sembilan bulan lebih kurang ia menjadi manusia kecil yang bergerak, hidup, demikian seterusnya, kemudian berkata-kata dalam beberapa bulan. Orang boleh berkata sekarang: itu memang demikian. Ya, memang demikian yang berlaku dalam sunnah Tuhan. Demikian pula kita boleh sebutkan demikian sunnah Tuhan dalam hubungan dengan kejadian alam daripada nur Nabi kita s.a.w.

Kalau nak artikel penuh http://www.geocities.com/traditionalislam/Nur_Muhammad.htm . Jadi masuk akal ke semua ulama kat Negeri Sembilan termasuk Shohibus Samahahnya semua sesat sebab dok sokong Konsep Nur Muhammad. Jangan jang, karang ekau plak yang terojun norako sebab menyosatkan orang yang tak sosat. Ingat jang, jangan tak ingat.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.

8 ulasan:

Tankian berkata...

Tuan Abu Muhammad, dalam Munaqashah Sufi tersebut, Ustaz Uthman el-Muhammady membentangkan kertas kerja bertajuk "Martabat Tujuh", bukan berkenaan Nur Muhammad. Kertas kerja bertajuk "Nur Muhammad" dibentangkan oleh Prof. Dr. Umar Hasyim, mantan Rektor al-Azhar. Boleh dapatkan buku Munaqashah ini di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Bangunan SUK Lama, Jalan Dato' Hamzah, Seremban.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Uthman Muhammady ????

Setelah saya melihatnya menghuraikan Islam Hadhari di al-Kulliah TV3, saya dah tak hingin membaca lagi semua tulisan ustaz ni.. Terlalu banyak dia perlekehkan orang yang tak nak terima Islam Hadhari...

Kesimpulan yang saya buat... Ustaz Uthman al-Muhammady ini seorang yang tidak teliti baik dari percakapan atau penulisan...

Abu Muhammad berkata...

Tima kacih Syaikh Tankian. Aku tersilap tengok kulit kertaskerja tu, ianya kertaskerja sisipan. Pembetulan sudah dibuat, jazakAllahu ahsanal jaza`.

Cik Nony, aku pun tak 100% setuju ngan Ustaz Uthman, tapi dalam kertaskerjanya itu dia hanya menukilkan kata-kata ulama lain. Jadi kalaulah kita nak berbalah pasal Nur Muhammad ni, perbalahan kita bukan semata-mata ngan Ustaz Uthman tetapi dengan ramai ulama-ulama yang dinukilkannya itu.

Bab Islam Hadari ni, memang memoningkan kopalo eden. Islam Islamlah, sudah. Yang eden terpikirlah, Islam Hadari ni lawannya mesti Islam Badawi...i.e. Islam bertamaddun dengan Islam tak bertamaddun ('arabi ngan a'rabi). Gamaknya, geng-geng Wahhabi yang kasar dan biadap serta bunuh orang Islam yang tak sefaham dengan mereka macam tak kelakuan orang tak bertamaddun tak leh kita nak kata tak Islam lagi, tapi Islamnya mungkin boleh dikategorikan dalam Islam Badawi kot......Entahlah, bahagi-bahagi Islam ni bid`ah.

Radhitu biIllahi rabba, wa bil Islami dina, wa bi sayyidina Muhammadin nabiyyan wa rasula.

Hidup Parti Ahli Syurga. Parti Barang Naik jangan marah noo.

Tanpa Nama berkata...

Rasul Dahri si tokoh Wahabi Malaya pun sokong Islam Hadhari juga.

Tanpa Nama berkata...

Saya memandang Islam Hadari ni hanyalah macam rukun negara. Lebih kepada berslogan ttp penghayatannya hancusss...sebab tu kalau nak promote Islam Hadari ni ianya tidak akan kesampaian. Tapi kalu bermatlamatkan tiap perlaksanaan berlandaskan syariat, InsyaAllah akan berjaya...

Maaf cakap...kedua2 parti org Islam skrg di Malaysia ni lebih menjurus kepada kebendaan. Dua2 dikelilingi dgn Wahabi skrg...wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Cik Noni, lu punya cakap ada banyaek motol. Virus Wahhabi mana-mana ada masuk, sama macam itu virus Syiah, virus Ayah Pin pun ada.

Itu Rasul Dahri kata, tatak boleh tentang kelajaan sikalang. Lia cakap, kalu sikalang punye olang mauk tentang sikalang punye kelajaan aaa, itu orang sama itu khawarij. Aiya banyak minggong punye olang.

Tankian berkata...

al-Ustadz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin juga menyokong Islam Hadhari. Pernah keluar artikelnya di Majalah I tentang Islam Hadhari. al-Ustadz Rasul Dahri dan al-Ustadz Dr. Asri Zainul Abidin menyokong Islam Hadhari mungkin kerana menganggap adalah haram menentang kerajaan kerana ia adalah bughah. Tapi mereka tidak pula menegur kerajaan sekarang yang melakukan kekorupan.

Pakcik Tua berkata...

Kesimpulannya, Nur Muhammad tidaklah boleh kita kata sesat hanya krn ia dibentangkan Dr Uthman el-Muhammady yang menyokong Islam Hadhari. Ramai para ulama terbilang yang memegang konsep Nur Muhammad ni.