Jumaat, September 24, 2021
Selasa, Januari 02, 2018
Nabi Khidhir - Imam an-Nawawi
Menurut kebanyakan ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah, al-Khadhir atau al-Khadhr atau al-Khidhr atau yang biasa dan mudah di lidah kita Nabi Khidhir `alaihis salam adalah seorang nabi yang dianugerahkan Allah ta`ala dengan umur yang panjang sehingga dikatakan baginda hanya akan diwafatkan ketika al-Quran diangkat ke langit, iaitu ketika kiamat hampir tiba. Imam an-Nawawi rahimahullah dalam karya beliau Shahih Muslim bi syarhi an-Nawawi, syarah bagi Shahih Muslim turut menyentuh tentang Nabi Khidhir alaihis salam dalam juzuk ke-15, halaman 135 - 136, pada Bab Min Fadhail al-Khidhr shallaAllahu `alaihi wa sallam, di mana beliau rahimahullah antara lain menjelaskan sebagai berikut:- Jumhur ulama (yakni majoriti ulama) berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir 'alaihis salam) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud, berada di kalangan kita, yakni masih hidup pada masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma'rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma'rifah). Kisah-kisah mereka melihat dan berjumpa dengannya serta mengambil pelajaran dan bersoal-jawab dengannya, juga kehadirannya di tempat-tempat mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak untuk dihitung dan terlalu masyhur untuk disembunyikan.
Dan telah berkata Syaikh Abu 'Umar bin ash-Sholah: "Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah bersama mereka dalam perkara ini". Dia juga berkata: "Bahawasanya pendapat sebahagian ahli hadis yang mengingkari hidupnya Nabi Khidhir sehingga masa kini adalah satu pendapat yang syadz (yakni pendapat yang ganjil lagi lemah dibandingkan pendapat jumhur ulama tadi).......
Imam ats-Tsa'labi al-Mufassir menyatakan bahawa menurut pendapat kebanyakan ulama Nabi Khidhir adalah seorang nabi yang diberi umur panjang dan baginda dilindung daripada pandangan mata yakni daripada pandangan mata kebanyakan manusia sehingga mereka tidak dapat melihatnya. Dikatakan bahawa baginda tidak diwafatkan melainkan pada akhir zaman ketika al-Quran diangkat.
Imam ats-Tsa'labi juga menyatakan bahawa ada tiga pendapat mengenai permulaan hidup Nabi Khidhir. Pendapat yang pertama menyatakan bahawa baginda hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim al-Khalil shallaAllahu 'alaihi wa sallam; Pendapat kedua pula menyatakan bahawa baginda dilahirkan tidak lama selepas zaman Nabi Ibrahim; Manakala pendapat ketiga menyatakan baginda dilahirkan setelah jarak masa yang panjang selepas zaman Nabi Ibrahim.
Kunyah Nabi Khidhir adalah Abul 'Abbas, nama baginda Balya ibnu Malkan atau menurut pendapat yang lemah nama bapanya adalah Kalyan. Imam Ibnu Qutaibah dalam al-Ma`arif menukil perkataan Wahb bin Munabbih menyatakan bahawa nama penuh Nabi Khidhir adalah Balya ibnu Malkan ibnu Faaligh ibnu 'Aabir ibnu Syaalikh ibnu Arfakhasyad ibnu Saam ibnu Nuh. Dikatakan bahawa ayahanda baginda adalah daripada kalangan raja-raja.
Jumaat, Mei 16, 2014
Ya Lathifan bi khalqih
Ini adalah antara zikir yang diulang sebanyak 3 kali dalam Ratib al-`Aththas yang masyhur. Diceritakan bahawa kalimah zikir ini berasal daripada Nabi Khidir `alaihis salam sebagaimana masyhur kisahnya diceritakan oleh para ulama kita. Imam al-Yafi`i rahimahullah menceritakannya dalam "Raudhur Riyahin" yang kemudian dinukilkan oleh Habib `Ali bin Hasan al-`Aththas rahimahullah dalam "al-Qirthaas". Di sini ese datangkan cuplikan kisah tersebut sebagaimana dinukilkan oleh Maulana Zakaria al-Kandahlawi rahimahullah dalam karya beliau yang diterjemahkan dengan jodol "Fadhilat Haji", sebagai berikut:-Salah seorang daripada wali Allah meriwayatkan: " Satu ketika daku berada di dalam keadaan yang sangat dukacita dan susah hati. Sekujur tubuhku diseliputi dengan ketakutan. Dalam keadaan yang susah hati ini, daku membuat perjalanan ke Mekah; tanpa binatang untuk dikenderai dan tanpa makanan. Demikianlah daku berjalan selama tiga hari di padang pasir. Pada hari yang keempat daku berasa dahaga yang amat sangat sehinggakan maut hampir-hampir menjelang. Di padang pasir itu daku berada dan di sekelilingku tidak ada sebatang pohon pun yang kelihatan yang dapat daku duduk berteduh di bawahnya. Merasakan akan kedatangan maut, daku duduk mengarah ke Qiblat. Apabila daku duduk di sana, kantuk mengatasiku dan di dalam mimpi daku melihat seseorang datang ke arahku dengan tangannya terhulur ke arahku sambil berkata: "Ambil tanganku ini." Daku menghulurkan tanganku dan dia bersalam denganku. Kemudian dia berkata: "Daku datang untuk memberikan berita gembira kepadamu, kamu akan melakukan haji dan akan kembali dengan selamat sejahtera, dan kamu juga akan menziarahi kuburan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam". Daku bertanya: "Siapakah kamu ?" Dia menjawab: "Daku Khidir." Daku berkata: "Doakan untukku." Dia menjawab: "Baca ayat ini tiga kali:-
Kemudian Khidir `alaihis salam berkata: " Ini ialah hadiah untuk mu - satu ubat yang akan dapat mencukupimu dan akan menjadi manfaat. Bilamana kamu di dalam keadaan kesukaran, bacalah ini, kesukaranmu akan lenyap.
Isnin, November 08, 2010
Berkat Berbakti Kepada Ibu
Kisah-kisah pertemuan seseorang, terutamanya kaum sholihin, dengan Nabi Khidhir 'alaihis salam banyak dikisahkan dalam karya-karya besar karangan tokoh-tokoh ulama Islam. Imam al-Qusyairi rahimahUllah tidak ketinggalan menulis kisah-kisah tersebut dalam karya-karya beliau. Antara yang dibawanya adalah sebuah kisah mengenai bagaimana pertemuan seorang lelaki saleh bernama Bilal al-Khawwash dengan Sayyidina Khidhir AS. Kisah ini tercatat pada halaman 405 dalam karya agung Imam al-Qusyairi yang berjodol "ar-Risalah al-Qusyairiyyah"..jpg)
"... Aku telah mendengar Bilal al-Khawwash berkata: " Adalah satu waktu, ketika aku berada di padang Tih Bani Israil (yakni padang pasir tempat Bani Israil berkeliaran apabila terhalang memasuki bumi Palestin), tiba-tiba muncul seorang lelaki berjalan bersamaku. Kemunculannya secara tiba-tiba tersebut amat menghairankan aku, lalu aku diilhamkan bahawa lelaki tersebut adalah Nabi Khidhir AS. Aku pun bertanya kepadanya: "Demi Allah, siapakah engkau?" Baginda menjawab: "Saudaramu al-Khidhir." Maka aku berkata lagi kepadanya: "Aku mohon untuk bertanya kepadamu". Nabi Khidhir berkata: "Tanyalah". Maka aku bertanya: " Apa yang engkau kata mengenai Imam asy-Syafi`i rahimahUllah ta`ala?" Baginda menjawab: "Dia tergolong dalam kalangan wali awtad (yang menjadi pasaknya agama)." Aku bertanya lagi: " Bagaimana pula dengan Imam Ahmad bin Hanbal?" Baginda menjawab: "Dia seorang lelaki yang shiddiq." Aku bertanya lagi: " Bagaimana pula dengan Bisyr bin al-Harits al-Haafi?" Baginda menjawab: " Allah belum lagi mencipta seseorang seumpamanya setelah dia meninggal dunia. Kemudian aku bertanya lagi: "Apakah penyebabnya sehingga aku dapat bertemu denganmu?" Baginda menjawab: "Dengan sebab kebaktianmu kepada ibumu."Allahu ... Allah, tidak dimungkiri lagi bahawa kedua orang tua kita, teristimewanya ibu, adalah manusia - manusia penting dalam kehidupan kita. Mereka itu adalah antara sebab bagi kebahagiaan kita dunia dan akhirat. Betapa tidak, jika Allah SWT memerintahkan kita agar sentiasa berbakti kepada mereka dan Junjungan Nabi SAW telah menggandengkan keredhaan Allah SWT dengan keredhaan mereka berdua. Sebahagian fuqaha` menghukumkan wajib bagi seseorang memutuskan sholat sunnatnya apabila ibunya memanggilnya berulang-ulang. Benarlah kata sebahagian bijakpandai bahawa ibubapa itu adalah seumpama wali-wali keramat bagi anak-anak mereka. Malang sekali jika kita mendurhakai mereka, baik sewaktu hayat mereka maupun setelah mereka berpulang ke rahmat Allah. Kita disuruh berbakti kepada mereka sewaktu mereka hidup di alam dunia, juga setelah mereka berpindah ke alam baqa. Ketaatan kepada mereka juga mempunyai andil besar dalam melancarkan perjalanan kerohanian seseorang untuk menuju keredhaan Allah dan ma'rifatUllah. Dengan berbakti kepada mereka, nescaya perjalanan yang dijalani seseorang akan dimudahkan Allah SWT dan menghasilkan kejayaan. Moga Allah menjadikan kita anak-anak yang sentiasa berbakti kepada dua ibubapa kita, ketika hayat mereka dan setelah kewafatan mereka.
Doa Untuk Ayah Ibu
Khamis, Julai 22, 2010
Takziah Nabi Khidhir
Kisah takziah yang disampaikan oleh Nabi Khidhir AS kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabat Junjungan Nabi SAW, bukanlah satu cerita rekaan semata-mata. Kisah tersebut mempunyai sumber asalnya daripada khazanah ilmu Islam, walaupun kesahihannya dipertikaikan. Imam al-Baihaqi rahimahUllah menyebutkan 2 hadits mursal yang membawa kisah takziah tersebut, dan beliau menyatakan:- "Kedua-dua sanad ini walaupun dho`if tetapi saling kuat menguatkan satu sama lain dan menjadi bukti bahawa kisah tersebut mempunyai asal (sumber) daripada hadits Ja'far". Perkataan Imam al-Baihaqi ini ese petik dari notakaki Syaikhul Azhar al-Imam ad-Duktur asy-Syaikh Abdul Halim Mahmud rahimahUllah pada tahqiq beliau bagi kitab "Lathaaiful Minan" halaman 97. Tuan-tuan juga bolehlah rujuk pada karya Imam al-Baihaqi yang masyhur "ad-Dalaailun Nubuwwah", nescaya akan berjumpa dengan riwayat kisah tersebut. Oleh itu, janganlah dihairankan sangat atau terus dikarutkan akan kisah takziah tersebut. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya, tetapi apa yang kita tidak tahu tidak semestinya salah atau karut. Ilmu itu amat luas dan tiadalah ilmu itu terbatas kepada 4 orang sahaja, iaitu Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah, Bin Wahab dan Ibnul Qayyim pegangan segelintir puak. Jangan miskinkan umat ini daripada ilmu dan ulama.Kita lihat kisah takziah tersebut yang dikisahkan oleh seorang ulama besar yang antara gurunya ialah Imam Ibnu Daqiqil 'Eid rahimahUllah. Beliau yang kumaksudkan adalah asy-Syaikh al-Imam al-`Allaamah al-Muhaqqiq al-Mutqin al-Hafiz al-Faqih al-Adib an-Nahwi Fathuddin Abul Fathi Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ya'muri ar-Rab`i al-Andalusi al-Mishri rahimahUllah. Beliau masyhur dengan gelaran Ibnu Sayyidin Naas, nisbah kepada datuknya yang ke-12 iaitu Imam Sayyidin Naas bin Abul Walid. Beliau ini dilahirkan pada bulan Dzul Qa`idah tahun 671H di Kaherah, Mesir dan dibesarkan dalam keluarga ulama. Ayahanda beliau adalah salah seorang ulama besar ketika itu. Selain belajar daripada ayahandanya, pada usia 4 tahun lagi, beliau dibawa ayahanda menghadiri pengajian-pengajian ilmu dan majlis-majlis dzikir. Sikap mencintai ilmu ini yang disemai sedari kecil menyebabkan beliau amat bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan walaupun hadir sendirian walaupun usianya masih kecil. Keghairahannya menuntut ilmu menyebabkan beliau sanggup berpergian ke berbagai tempat demi mencari ilmu sehingga jumlah guru-gurunya hampir 1,000 orang ... Allahu ... Allah. Ibnu Sayyidin Naas menguasai berbagai disiplin ilmu pengetahuan seperti fiqh, hadits, sejarah dan bahasa.
Selain meninggalkan anak-anak murid yang ramai, Imam Ibnu Sayyidin Naas, turut meninggalkan berbagai karya, antaranya:-
- `Uyuun al-Atsar fi funuun al-maghaazi wasy-syamaail was-siyar;
- Nurul 'Uyuun fi Talkhish Siratil Amiinil Ma`muun SAW;
- Tahshilul Ishaabah fi Tafdhiil ash-Shahaabah;
- Busyral Labiib bi dzikril Habiib;
- Minahul Midah
- al-Maqaamaatul 'Aliyyah fil Karaamaatil Jaliyyah;
- an-Nafhusy Syadzi fi Syarhi Jaami`it Tirmidzi.
Maka kemudian daripada itu, tercatatlah dalam karya ulama ini yang berjodol "Nurul 'Uyuun fi Talkhish Siratil Amiinil Ma`muun SAW" halaman 133 sebagai berikut:-

.... Kemudian para sahabat mendengar satu suara dari arah pintu rumah Junjungan SAW berkata: "Jangan kamu mandikan dia, sesungguhnya dia suci dan disucikan. Kemudian mendengar pula mereka satu suara lain yang menyatakan: "Kamu mandikanlah baginda, sesungguhnya suara tadi adalah Iblis dan aku adalah al-Khidhir," dan dia memberikan ucapan takziah kepada mereka dengan katanya:- "Sesungguhnya pada Allahlah ketenangan atas setiap musibah (yakni carilah ketenangan/kesabaran tatkala menghadapi musibah dengan kembali kepada Allah), penggantian segala apa yang punah, pemerolehan segala apa yang luput, maka berpeganglah kamu dengan Allah dan hendaklah kamu berharap kepadaNya. Sesungguhnya yang mendapat musibah yang sebenar adalah orang yang ditegah daripada memperolehi pahala (yakni dia tidak mendapat pahala daripada musibahnya kerana dia tidak sabar atau redha tatkala mendapat musibah).Allahu Allah, moga Allah jadikan kita insan bertaqwa yang sabar dan redha atas segala ujian, dugaan dan musibah. Moga dakwaan kita sebagai hamba Allah itu benar, bukan hamba yang berlagak tuan yang bebas merdeka mendurhakai tuannya.
Ahad, Februari 18, 2007
Doa Nabi al-Khidhr a.s.
Syaikh Muhammad Amin Kurdi dalam "Tanwirul Qulub" pada halaman 422 menulis satu faedah seperti berikut:- Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam "Luqtul Marjaan" daripada Sayyidina Ibnu 'Abbas r.`anhuma sebagai berkata:-Doa ini juga dinukil oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dalam "Ihya` 'Ulumiddin" jilid 1 halaman 374 dengan sedikit perbezaan lafaz.Maka sewajarnya bagi seseorang murid untuk mengamalkan doa ini, kerana ianya akan menjadi sebab yang membawa kepada tawakkal.
- "Nabi al-Khidhr dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: "Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap keni'matan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah". Ibnu 'Abbas berkata: "Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan mengamankan (yakni menyelamatkan) dia dari tenggelam (lemas), kebakaran, kecurian, dari (kejahatan) syaitan, penguasa, ular dan kala jengking."
Tawakkal itu amatlah penting dalam kehidupan seseorang muslim. Walau bagaimana hebatnya kita, selaku hamba kita hendaklah sentiasa bertawakkal kepada Allah, sejak permulaan setiap sesuatu pekerjaan berkekalan sehingga mencapai tujuan atau sebaliknya. Allah pula menyukai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana difirmankanNya dalam surah Ali 'Imraan ayat 159 yang kira-kira bererti: "Bahawasanya Allah ta`ala itu kasih akan orang-orang yang bertawakkal." Manakala dalam surah ath-Tholaaq ayat 3, Allah berfirman yang kira-kira bererti: "Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah itu mencukupi baginya.
Rabu, September 27, 2006
Nabi Khidhir - 4
Satu lagi posting berhubung NabiyUllah Khidhir a.s., mudah-mudahan dengan menyebut nama baginda a.s. dalam bulan yang mulia ini kita akan dapat keberkatannya. Kebetulan aku baru dapat sebuah buku karangan Allamah Syaikh Muhammad al-Jazri dengan jodol "al-Hisnul Hasin" ( الحصن الحصين ) yang diterjemah oleh Maulana Muhammad Rafeeq ibni Maulana Ahmed Hathurani dan diberi kata pengantar oleh Maulana Muhammad Taqi Usmani. Kitab asalnya memang aku kenali, tetapi aku tidak pernah memiliki dan mentelaahnya secara terperinci kerana aku merasakan bahawa ianya karangan berisikan doa dan zikir semata-mata. Rupa-rupanya tentang NabiyUllah Khidhir a.s. pun ada disebut pengarangnya pada halaman 228 di mana dinyatakan bahawa pada hari kewafatan Junjungan Nabi s.a.w., Nabi Khidhir a.s. telah menziarahi jenazah baginda yang mulia serta mengucapkan kata-kata takziah dan nasihat kepada para sahabat. Untuk lebih jelas, biar aku nukilkan semula apa yang disebut dalam buku itu, di bawah subtitle "Condolence of Sayyidona Khidr a.s.":- According to the Hadeeth, the day Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) passed away, a powerful-looking, beautiful and handsome man with a white beard came leaping across the necks of people till he reached where the sacred body of Rasoolullah (Sallallaahu-alayhi-wasallam) lay. He wept bitterly and turned towards the Sahabah (RA) and said the undermentioned words. Aboo Bakr (RA) and Ali (RA) said that he was Khidr (AS). The words are as follows:- "Surely, Allah alone grants patience in every misfortune and compensation for anything lost and substitute for anything destroyed. Return to Allah alone and flee towards Him only. In times of difficulty, His gaze is set on you (and He does not forsake you). Understand this because a genuinely unfortunate and miserable person is one who is not given any compensation for his misfortune."
Sebagaimana yang aku jelaskan dalam posting-posting terdahulu berhubungan, isu berterusan hayat NabiyUllah Khidhir sehingga masa ini adalah masalah khilafiyyah ulama. Jika ada ulama yang menafikan hayatnya sekarang, maka ada ulama lain yang mensabitkannya. Jadi tidak perlulah isu ini dijadikan punca perbalahan yang tidak berkesudahan, dan yang lebih parah lagi perbalahan yang membawa kepada kutuk-mengutuk dan keji-mengeji. Berhubung hadits mengenai ziarah dan takziah Nabi Khidhir ini, insya-Allah di lain posting aku akan nukilkan kalam ulama berhubung dengannya. Allahu a'laam.
Jumaat, Julai 07, 2006
Nabi Khidhir a.s. - 3

Ikhwah Fadhilatul Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya "Usul al-Wushul" mukasurat 165 - 166 menyatakan:-
- Berkata Ibnul Jawzi, Ibnu Abi Ziyad, Abul Hasan ar-Rumaani, Muhammad bin Ishaq dan lainnya bahawasanya Nabi al-Khidhir adalah Nabi dan Rasul.
- Dan dinaqal al-Qurthubi, Abu Hayyan, al-Baghawi, Ibnu 'Athiyyah dan ats-Tsa'labi dalam kitab-kitab tafsir mereka bahawasanya dia Nabi sahaja, dan mereka berkata bahawa inilah pegangan kebanyakan ahli ilmu dan inilah pandangan Sayyidina Ibnu 'Abbas dan sebahagian sahabat.
- Adapun Abul Qaasim al-Qusyairi, Abu Bakar bin al-Anbaari, Abu 'Ali bin Abi Musa dan jumhur ahli sufi atas pendapat bahawa dia adalah Wali iaitu seorang hamba yang sholeh, sebagaimana dinash dalam al-Quran.
- Dan dinaqalkan al-Maawardi bahawa dia adalah malaikat (yang berjasad dalam rupa bentuk manusia), akan tetapi al-Hafiz bin Abi Dihyah menyerahkan sahaja perkara ini dengan katanya: "Kami tidak mengetahui adakah baginda malaikat atau nabi atau hamba yang sholeh (yakni wali). Dan inilah pendapat jumhur ahli sufi.
- Dan yang ashah ialah bahawasanya baginda adalah nabi, wa Allahu a'laam.
Selasa, Jun 27, 2006
Nabi Khidhir 2
Kali ini aku nukil pulak tulisan Syaikh Badi`uz-Zaman Sa`id an-Nursi yang diterjemah dalam bahasa omputih di bawah jodol "The Letters", jilid 1, mukasurat 1 - 2. Buku ini kome boleh cari kat Saba Islamic Media. - First question:- Is Khadr (peace be upon him) still alive ? If so, why do some serious scholars reject his being alive ?
- Answer:- He is still alive. But there are five degrees of life, of which Khadr has the second. It is because of this that those scholars have doubted his being alive.
- ....The second degree of life is manifested in the lives of Khadr and Elijah. This second degree is to some certain extent free in that those who have it can be present in different places at the same time, and their life is not bound by the necessities that bind ordinary human life. Like us, they may eat and drink at times but, unlike us, they do not have to. The experiences that some godly persons who are able to discern the hidden truths have had with Khadr are enough to illuminate and prove this degree of life. Further, one of the spiritual degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is called the 'station of Khadr'. A saint who has attained this degree may meet Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even happens that one who holds this station is mistaken for Khadr himself.
Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi'uz-Zaman an-Nursi. Terpulanglah kepada kalian, nak terima sila, nak tolak gasak kome le, kan Syaikh an-Nursi tak maksum, sama jugak macam Syaikh Qardhawi dan Dr. Solah al-Khalidi. Tergelak den bila tengok hujah geng Ahkam, syabas kepada THTL, alitantawi & Zain Y.S. Typical hujjah geng Ahkam bila tersandat .... ulama tak maksum ....... ulama bias ........ macamlah depa kat Ahkam Online maksum, tak bias ....... lagi sekali gua cakap sama lu:-
TUAN HASAN TUAN LAH,
ZAIN Y. S
TUAN HASAN PIIIIIRAAAAAH.
ZAIN SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
Syarah Muslim - Fadhail al-Khidhir s.a.w.

Buat masa ini, malas aku nak komen panjang terhadap tuduhan dan tohmahan budak-budak kat forum al-Ahkam especially buat yang dikasihi THTL yang kononnya aku anti sunnah sebab anti wahhabi lalu anti salafi lalu anti sunnah. Inilah dakyah geng puak tu, mudahnya disinonimkan salafi gadungan puak depa dengan kaum salafus saleh terdahulu. Muka tak malu mengaku salaf. Kalau kat Pulau Jawa, istilah Salafi digunakan untuk penyokong Ahlus Sunnah wal Jamaah yang bermazhab, bukan salafi gadungan macam THTL. Buat THTL komen aku buat masa ini:-Jangan marah, karang cepat mampus tak sempat pulak jadi imam mujtahid.
Khamis, Jun 22, 2006
Nabi Khidhir a.s. - 1
- JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma'rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma'rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh Abu 'Umar bin ash-Sholah: "Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini". Dia juga berkata: "Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah sangat men'claim' telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu'amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal 'Abidin di mana dia berpesan : "Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir". Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu'amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu 'alam.




