Rabu, Januari 15, 2025
Isnin, April 29, 2024
Tahlil Jaami` Sidi Ahmad
Mengkhatam Dengan Tahlil Yang Jaami`Disukai kita mengkhatam atau menutup tahlil kita itu dengan lafaz tahlil yang jaami`:-"La ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah, fi kulli lamhatin wa nafasin `adada maa wasi`ahu `ilmUllah", artinya: "Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah, pada tiap - tiap kelipan mata dan hembusan nafas, sebanyak - banyak bilangan barang yang diliputi oleh ilmu Allah.Tahlil yang jaami` ini berasal daripada al-`Arif biLlah al-Imam as-Sayyid Ahmad bin Idris radhiyaAllahu `anhu. Ia menerimanya di dalam suatu pengalaman rohaniahnya, di dalam mana ia berjumpa dengan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam beserta dengan Nabi al-Khidhr `alaihis salam. Tahlil yang jaami` ini ditalqinkan kepadanya, mula - mulanya oleh Nabi al-Khidhr `alaihis salam atas suruhan daripada Nabi kita shallaAllahu `alaihi wa sallam, bersekali dengan talqin shalawat dan istighfar yang jaami`. Kemudian Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sendiri mentalqinkannya kepada as-Sayyid Ahmad radhiyaAllahu `anhu. Di dalam pengalaman itu Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam mengatakan kepadanya, bahawa ia telah dikurniakan anak - anak kunci langit dan bumi, iaitu tahlil yang khusus itu, beserta dengan shalawat yang `adzimah dan istighfar yang kabir. Barangsiapa mengucap tiap - tiap suatu daripadanya sekali, maka ganjarannya adalah kadar dunia dan akhirat dan barang yang di dalam keduanya, berlipat - lipat kali ganda banyaknya.......
Habib Muhammad al-Maliki
Guru Kapuh
Khamis, Februari 29, 2024
Ayatul Kursi & Wirid
- Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi, tiadalah diwakilkan untuk mencabut nyawanya (ketika ajalnya) selain Allah ta`ala.
- Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi selepas setiap shalat, yang mencabut rohnya (nanti) adalah Tuhan Dzul Jalali wal Ikram dan adalah dia seperti orang yang berperang di pihak para nabi dan rasul sehingga dia gugur syahid.
- Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi selepas setiap shalat fardhu, maka Tuhan yang mencabut rohnya dengan tanganNya (yakni qudrahNya) dan dia diberi kedudukan (seumpama) kedudukan orang yang berperang bagi para nabi dan rasul sehingga gugur syahid.
- Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi selepas setiap shalat, maka tiada yang mencegahnya dari memasuki syurga selain kematian (yakni, dia tidak dapat masuk syurga hanya kerana dia belum mati). Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, maka diamankan Allah ta`ala rumahnya, rumah jirannya dan rumah - rumah di sekitarnya (yakni dijaga dari sebarang musibah dan bencana).
- Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi selepas setiap shalat fardhu, maka tiada penghalang di antara dia dengan masuk syurga kecuali mati.
- Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi selepas setiap shalat, tiadalah di antara dia dengan masuk syurga selain kematiannya, maka apabila dia mati, masuklah dia syurga.
Isnin, November 06, 2023
Qunut Di Luar Shalat
Rabu, November 01, 2023
Doa Nashiri
Bacaan Doa Nashiri [Langgam Maghrib].
Selasa, Mei 30, 2023
Wirid Mudah
Selain Imam at-Tirmidzi, beberapa ahli hadis juga meriwayatkannya dengan lafaz yang hampir sama, antaranya Imam Ahmad dan Imam Abu Daud. In sya Allah, dengan rahmatNya, mudah - mudahan amalan yang ringkas ini menjadi sebab untuk mengkaffarahkan dosa kesalahan kita dan menjadikan akhir usia kita husnul khatimah yang melayakkan kita menjadi penghuni syurga.
Khamis, Mei 18, 2023
Doa Hari Panas & Sejuk
Isnin, Mei 01, 2023
Wirdul Lathif
- ditolak daripadanya sekalian kejahatan; dan
- dipeliharakan daripada was - was syaitan; dan
- dipeliharakan daripada kejahatan seteru; dan
- jikalau dibaca pagi - pagi nescaya menyuruh Allah ta`ala akan 70,000 malaikat memintakan ampun baginya hingga petang dan jika mati ia pada itu hari nescaya ia mati syahid dan jika dibaca ia pada petang - petang nescaya hasil seperti demikian itu juga; dan
- tiada mudarat akan dia oleh sesuatu; dan
- tiada mengenai akan dia oleh terkejut bala;
- nescaya Allah ta`ala sempurnakan nikmat atasnya; dan
- Allah ta`ala merdekakan sekalian tubuhnya daripada api neraka; dan
- nescaya telah syukur ia akan sekalian nikmat Allah ta`ala dengan sebab memuji ia akan Allah ta`ala dengan yang paling afdhal puji; dan
- tiada kuasa sekalian jin dan syaitan memberi mudarat atasnya; dan
- nescaya redha Allah ta`ala daripadanya; dan
- Allah ta`ala padakan sekalian kesusahannya dalam dunia dan akhirat; dan
- nescaya mendapat ia akan syafaat Rasulullah pada hari kiamat; dan
- jika dibaca petang dan mati ia pada itu malam nescaya masuk syurga; dan
- jika dibaca siang hari dan mati ia pada itu hari nescaya masuk syurga; dan
- dipeliharakan daripada kebakaran dan kecurian dan sekalian bala; dan
- dipeliharakan daripada siksa Allah ta`ala; dan
- dibaikkan segala kelakuannya; dan
- dipeliharakan daripada kejahatan nafsunya; dan
- dihilangkan kesusahannya; dan
- dibayarkan hutangnya; dan
- dipeliharakan daripada lemah dan segan daripada ibadat; dan
- dipeliharakan daripada penakut dan kikir; dan
- ditutupkan aibnya; dan
- diberi permintaannya; dan
- digugur sekalian dosanya sekalipun seperti buih di laut; dan
- tiada datang oleh seorang pada hari kiamat dengan yang terlebih afdhal daripada amalnya melainkan orang beramal dengan yang lebih daripada amalnya; dan
- telah beramal ia dengan amal yang terlebih kasih kepada Rasulullah daripada barang yang terbit atasnya matahari; dan
- diberi pahala seperti memerdekakan 10 hamba; dan
- disuratkan baginya 100 kebaikan; dan
- dapat bisyarah dengan mati atas Islam dan husnul khatimah; dan
- barangsiapa membaca akan dia kemudian sembahyang Subuh nescaya diampuni baginya 1000 dosa dan diampuni bagi ibubapanya 124,000 dosa; dan
- barangsiapa membaca akan dia pada setinggalan hari nescaya disuratkan baginya 100,000 kebajikan dan diampunkan baginya 100,000 kejahatan dan dinaikkan 100,000 darjat.
- barangsiapa mengamal akan dia nescaya ditolak daripadanya sekalian kejahatan; dan
- jika dibaca siang hari dan mati ia pada hari itu nescaya masuk syurga; dan
- dipeliharakan daripada kebakaran dan kecurian; dan
- dibayarkan hutangnya; dan
- dipeliharakan segan daripada ibadat; dan
- digugurkan sekalian dosa seperti buih di laut sekalipun; dan
- meluaskan kehidupan; dan
- diberikan permintaannya;
- tiada kuasa sekalian jin dan syaitan memberi mudarat atasnya.
Isnin, Disember 05, 2022
Sayyidul Istighfar Penyertu Hati
Telah berkata Syaikhul Islam Sirajuddin al-Bulqini: Syaitan itu umpama anjing bagi orang mukmin. Ia senantiasa mengintai - ngintai kesempatan untuk menerpa hati sanubarinya. Selagi mana hati si mukmin tadi sibuk dengan mengingati Allah (dzikrullah), maka si syaitan akan menjauhkan dirinya. Tatkala mana hati tadi alpa dan lalai daripada mengingati Allah, syaitan akan menerkam hatinya dengan lahap lalu mengotorinya. Apabila engkau terkena najis anjing (yakni najis mughallazah), untuk mensucikannya engkau perlu membasuh 7 kali. Sayyidul Istighfar itu mempunyai 7 kalimah (yakni pengertian maknanya), maka apabila seseorang mukmin membacanya bersihlah hatinya daripada jilatan syaitan tersebut. Ketika anak beliau, Syaikh Jalaluddin, mendengar perkataan ayahandanya, beliau pun bersyair:
Tika syaitan menerpa hatimu yang alpa;
Lalu si durjana menjilat sekotor - kotornya;
Bersegeralah engkau sucikan dia;
Berpandukan ajaran sunnah sebaik - baik riwayatnya;
Tujuh rangkaian kalimah daripada Sebaik - baik Pemberi Ingatan adanya;
Mentauhidkan Tuhan dan bahawasanya kita hambaNya;
Atas perjanjian patuh mentaati, tiada kita langgar, tidak pula mengubahnya;
Demikian perlindungan dari kejahatan perbuatanmu mohon akan Dia;
Lalu akuilah segala nikmat yang banyak kepadamu dikurniakanNya;
Juga akuilah segala dosa kesalahanmu terhadapNya;
Seraya merendah diri bermunajat kepadaNya;
Katakanlah: Wahai Tuhanku maafkan dosa kesalahanku ampunilah ia;
Ketika itu, dengan taubatmu, engkau mencampak debu ke hidungnya;
Maka itulah sebenar - benar penghinaan baginya;
Dan bagimu satu penyucian adanya.
Yang dimaksudkan 7 rangkaian kalimah yang terkandung dalam Sayyidul Istighfar adalah intipati yang terkandung dalam Sayyidul Istighfar ada 7 sebagaimana berikut:- (i) Pengakuan rububiyyah dan uluhiyyah hanya bagi Allah; (ii) Pengakuan bahawa kita adalah hamba yang dicipta Allah; (iii) Pengakuan bahawa kita akan tunduk dan patuh atas segala hukum - hakam yang ditetapkan Allah semampu - mampunya; (iv) Kita memohon perlindungan Allah dari segala kesalahan yang telah kita lakukan (v) Pengiktirafan kita bahawa segala nikmat yang telah kita perolehi adalah anugerah kurniaan Allah (vi) Pengakuan atas segala dosa kesalahan yang telah kita lakukan (vii) Permohonan keampunan daripada Allah kerana hanya Dialah berhak mengampunkan segala dosa.
Maka, hendaklah kita sentiasa bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Penerima Taubat. Amalkanlah Sayyidul Istighfar ini dengan tulus ikhlas dan penuh penghayatan. Mudah - mudahan segala dosa kesalahan kita diampuniNya.....Allahumma aamiin.
Rabu, Oktober 26, 2022
Tika al-Haddad Masuk Neraka ...
Jumaat, Oktober 07, 2022
Wirid Jumaat - Ibnus Sunni
Selasa, September 13, 2022
Adab Zikir - Sidi `Abdullah
Sebagai penutup, diingatkan lagi bahawa tujuan berzikir adalah untuk mengingati Allah, dengan tunduk dan patuh kepada segala titah perintahNya, penuh kerelaan dan keikhlasan. Hadirnya hati ketika berzikir itulah adab yang utama dalam berzikir. Imam al-Haddad rahimahullah dalam an-Nashoih ad-Diniyyah menerangkan sebagai berikut:-