Khamis, Mei 25, 2006

Nur Muhammad s.a.w. 13

Syaikh 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani dalam "al-Yawaaqiit wal Jawaahir" menyebut:-

  • ... Maka sekiranya ditanya: Apakah yang terawal dizahirkan (diwujudkan) selepas dibelah/dipecah mega/tabir ketidakwujudan (yakni selepas Allah berkehendak untuk mewujudkan makhluk dengan menamatkan 'adamnya makhluk) ? Jawapannya adalah seperti kata Syaikh Taqiyuddin bin Abu Mansur, bahawasanya seawal-awal makhluk yang diwujudkan selepas dirobek mega ketidakwujudan adalah Junjungan Nabi s.a.w., maka dengan demikian berhaklah Junjungan Nabi s.a.w. sebagai yang terawal daripada segala yang awal (daripada sekalian makhluk), maka Junjunganlah bapa bagi segala ruhaniyyah sebagaimana Adam a.s. menjadi bapa bagi segala jisim jasmaniyyah.

Perlu diingat bahawa walaupun ada 'alaqah antara ruh kita dengan ruh Junjungan s.a.w. seperti wujudnya 'alaqah antara jisim kita dengan jisim Nabi Adam a.s., ruh dan jasad kita tetap menjadi tanggungan kita semata-mata. Bahkan kerana kita mengkhianati kemuliaan asal kejadian kita dengan mencemarinya serta menjerumuskan diri dalam berbagai dosa dan maksiat, maka kita diazab oleh Allah s.w.t. Sewajarnya apabila kita mengetahui asal muasal kejadian diri kita, maka bersungguh-sungguh kita memelihara diri sebagai sebaik-baik ciptaan (ahsanu taqwim) jangan sampai terjatuh ke tempat yang serendah-rendahnya (asfala saafiliin).

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.

3 ulasan:

abukajang berkata...

Sebagai menyokong hujjah Tuan Abu, kitalah sebenarnya yang akan disoal dan dipertanggungjawabkan akan segala perbuatan yang telah kita lakukan, bukannya Nabi Muhd saw atau juga Allah swt, firmanNya:
"Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuatNya, dan merekalah yang akan ditanya." (Q.s. Al-Anbiya':23)
Manakala menurut ...
Asy-Syeikh Muhd Shaleh Bin 'Abdullah Mengkabauw pada kitab "Kasyfu Al-Asrar"
Asal kejadian anggota badan (jasad) Adam, Adapun awal asal kejadian anak Adam itu, iaitu drp anasir yang empat, tanah, air, api dan angin. dari tanah itu jadi daging, air jadi tulang, angin jadi urat dan api jadi darah.
Manakala asal kejadian diri yang batin, iaitu kejadian drp anasir yg 4 yg batin iaitu
1. wujud 2. ilmu 3. nur dan 4. syuhud

Wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, bertambah-tambah bukti utk menyokong pegangan kita. Mantan Rektor Al-Azhar Syeikh Ahmad Umar Hasyim juga menzahirkan fahaman dan pegangan beliau tentang Nur Muhammad ni pada majlis maulid di Masjid Wilayah pada 14hb May 2006 yg lalu.

Abu Muhammad berkata...

Alhamdulillah.