Selasa, September 19, 2006

Tidur lagi

Satu lagi posting mengenai amalan sebelum tidur, harap ikhwah jangan pulak tertidur, bukan apa dah terlanjur kitab ada di tangan, apa lagi habaq mai le, kalau dah tahu jadi ingatan, kalau tak tahu, jadi tahu, betui tak, jangan jadi togey sudah. Hidup tahu, jangan hidup tak tahu.

Baiklah, kita semua sedia maklum bahawa beristighfar memohon keampunan Allah merupakan amalan yang mesti bagi kita hamba yang banyak dosa ini. Lidah hendaklah dibiasakan mengucapkan ucapan "Aku mintak keampunan Allah yang Maha Agung", mudah-mudahan dari lidah terus ke hati, tapi ada gak ulama habaq yang lidah itu cuma dalil bagi apa yang ada dalam hati. Apa-apa pun yang penting betul-betul mintak keampunan Allah s.w.t. Selain beristighfar selepas sholat, kita juga dianjurkan untuk beristighfar sebelum tidur, bahkan benar-benarlah kita mohon keampunan Allah sebelum kita tidur kerana tidur itu saudaranya mati. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadits berdarjat hasan gharib dalam Sunannya pada kitab ad-Da`awaat daripada Sholeh bin 'Abdullah daripada Abu Mu`aawiyah daripada al-Washshaafi daripada 'Athiyyah daripada Sayyidina Abu Sa`id r.a. daripada Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:- "Sesiapa yang ketika merebahkan dirinya ke tempat tidur mengucapkan istighfar 3 kali, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun seumpama buih lautan, sebanyak bilangan daun pokok, sebanyak bilangan pasir halus dan sebanyak bilangan hari-hari dunia."

Selain beristighfar, Imam at-Tirmidzi juga meriwayatkan satu doa ringkas yang sayogia kita amalkan sewaktu hendak melelapkan mata kita. Doanya اللهم قني عذابك يوم تبعث عبادك (Allahumma qinii 'adzaabaka yawma tab`atsu 'ibaadak) atau setengah riwayat "tab`atsu" diganti dengan "tajma'u" yang membawa erti permohonan agar diselamatkan Allah daripada azabnya pada hari kebangkitan atau hari perhimpunan di padang Mahsyar kelak. Haditsnya diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Ibnu Abu 'Umar daripada Sufyan daripada 'Abdul Malik bin 'Umair daripada Rabi`iy bin Haraasy daripada Sayyidina Hudzaiifah al-Yamaani yang mengkhabarkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. apabila hendak tidur baginda meletakkan tangannya dibawah kepala baginda dan mengucapkan doa tersebut. Darjat haditsnya ialah hasan shohih. Jadi geng anak Pak Wahab tentu tak dak masalah nak amalkan...kan..kan...kan.... lainlah kalau dah tak caya sama Imam at-Tirmidzi.

2 ulasan:

Tawel Sensei berkata...

Allahu akbar! Sini pun tidur jugak ke? Hehe :)

Tanpa Nama berkata...

Teringat ambo masa zaman sekolah menengah dahulu, ada seorang ustaz namanya Ramli, suci bersih wajahnya, berpesan agar anak2 muridnya berzikir sebelum tidur sampai terlelap. Masa tu takde terfikir la plak nak minta dalil/berhujah/berjidal. Kalau rajin buat, kalau tak rajin tak buat. Bila dah besar sikit, belajar kat obersea, orang dok ajar cari dalil sebelum beramal, terpengaruhlah ambo, pi la cari buku fiqh sunnah, tapi akhirnya hati ini mencari2 di mana al Ghazali dan di mana Al Shafi'e.. oh..