Isnin, Januari 26, 2015

Unta Ben Wahab

Aku telah memperolehi sebuah buku terjemahan berbahasa Inggeris bagi karya berbahasa Urdu Moulana Muhammad Rahmatullah Kashmiri yang diambil beliau daripada ajaran dan nasihat Hadhrat Mufti Mahmood Hasan Gangohi rahimahullah. Karya terjemahan tersebut berjodol "The Deoband Ulama and their Love for Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam". Pada halaman 48 diceritakan Ben Wahab sebagai seorang yang mempunyai semangat untuk mengikut sunnah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, namun sayangnya dia tidak memiliki ilmu dan kemampuan untuk memahami sunnah dengan sewajarnya. Contohnya, ketika Ben Wahab mendengar riwayat bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam pernah melakukan tawaf dengan menaiki unta, maka dia juga hendak melakukan hal yang sama kerana untuk mengikut sunnah kononnya. Namun, Ben Wahab gagal memahami bahawa unta Junjungan Nabi tidak seperti unta tunggangannya. Ini adalah kerana ketika Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam melakukan tawaf, maka sebagai suatu mukjizat, unta baginda tidak mengotori masjid dengan kekotorannya. Sebaliknya, unta Ben Wahab ketika digunakannya untuk tawaf telah mencemari kesucian Masjidil Haram dengan kekotorannya. Kurangnya ilmu dan pemahaman telah menyebabkan Ben Wahab melakukan kesalahan ketika melaksanakan sesuatu. Untuk lebih jelas, sila tuan - tuan baca sendiriseperti berikut:-
He began following the Sunnah but his knowledge was limited. He read that Nabi-e-Kareem shallaAllahu `alaihi wa sallam had made Tawaaf of Baitullah (the Ka'bah) on camelback so he said,"I will also make Tawaaf upon a camel as this is Sunnah." However, it was the Mu'jizah (miracle) of Nabi-e-Kareem shallaAllahu `alaihi wa sallam that the camel neither urinated nor did it drop its dung or saliva as long as it was in the Masjid. When Muhammad Bin Abdul Wahab made Tawaaf on a camel, it polluted the Masjid with urine and dung. He had less knowledge but a lot of zeal for following the Sunnah."
Lihat juga kepada komen Maulana Anwar Shah tentang Ben Wahab. Maulana Anwar Shah Kashmiri yang nama penuhnya Sayyid Muhammad Anwar Shah ibn Mu`adzdzam Shah Kashmiri adalah salah seorang muhaddits besar benua kecil India yang menjadi rujukan. Dalam karya beliau yang monumental mensyarahkan Shahih al-Bukhari, "Faidhul Baari `ala Shahih al-Bukhari", jilid 1, halaman 244, beliau rahimahullah menulis, antara lain, sebagai berikut:-
"..... Adapun Muhammad bin Abdul Wahhab an-Najdi, maka sesungguhnya dia adalah seorang lelaki dungu yang sedikit ilmunya. Dia amat cepat untuk menjatuhkan hukuman kafir..........."
Allahu .... Allah, jika ada yang nak marah, maka janganlah marah kat aku yang sekadar menukil daripada karangan ulama. Janganlah bersikap taksub dan fanatik sehingga ke tahap mendewa-dewakan Ben Wahab dan beranggapan bahawa dia manusia sempurna yang tidak boleh dikritik. Sesungguhnya Ben Wahab telah ditolak oleh ramai ulama yang sezaman dan juga yang datang kemudian.  Maka hati - hatilah kita daripada ajaran - ajaran yang datang daripadanya atau daripada para pengikutnya yang telah terbukti bahawa ianya adalah antara ajaran yang menyemaikan bibit - bibit ekstremisme di kalangan umat. Bukankah telah nyata bahawa mereka - mereka inilah yang mudah sekali untuk menghukumkan orang lain sebagai bid`ah, quburi, syirik dan seumpamanya. Allahu ... Allah, mudah-mudahan Allah menyelamatkan umat ini daripada fitnah besar dari Nejd.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tergelak pun ada...nak ikut nabi tak kena gaya