Sabtu, Julai 23, 2005

Lautan Kesucian

Alhamdulillah. Sholawat dan Salam atas Rasul Junjungan. "Bahrus Shofa" yang bererti "Lautan Kesucian" aku bertafa'ul agar dalamnya dapat dicari kesucian dan hanya yang suci untuk membersihkan diri dari segala kekotoran aghyar dan akdar bersandarkan kepada syariat terang gilang gemilang (asy-Syari'atul - Ghorro') dan thoriqat yang putih bersih dari penyimpangan (ath-Thoriqatul-Baidho'). Kupohon aga Ilahi Rabbiy memperkenankan ianya menjadi washilah untuk tujuan ilmu bermanfaat dan dakwah berpandukan jejak para salafush-sholeh bersendikan 'aqidah Imam Abul Hasan 'Ali al-Asy'ari, fiqh Sulthonul Aimmah asy-Syafi`i dan jalan tasawwuf Imam al-Ghozali dan para pemuka Bani 'Alawi. Moga Allah menjadikan niatku suci tulus ikhlas semata-mata mencari keredhoaanNya. "Rabbana taqabbal minna bi sirril - Fatihah.

2 ulasan:

Ben Hamed berkata...

Assalamu'alaikum Abu Muhammad,
Boleh tak saya tau alamat email contact dengan Abu Muhammad?
Jazakallah khair.
Wassalam,
Muhammad Hamed
benhamed@net-zap.com

Tanpa Nama berkata...

saya nie salah seorang pengikut zikir Aurad Muhd...boleh saya tahu selain aurad ada tak dimana yg ada mengajar makrifatullah