Selasa, Julai 26, 2005

Sandal Junjungan Mahkota Kemegahan


Ulama membuat lakaran atau imej sandal Junjungan s.a.w. demi kecintaan kepada Junjungan s.a.w. sehingga merasakan sandal di telapak kaki Junjungan s.a.w. lebih mulia dan lebih bertuah daripada diri mereka. Hal ini amat payah untuk difahami oleh orang - orang yang tidak mengenal cinta dan orang yang tidak pernah mengecap fana-ur-rasul. Perhatian diberikan hatta ke sandal Kekasih s.a.w. bukan kerana sandal tetapi kerana yang empunyanya. Tulusnya cinta pada Sang Kekasih telah menyebabkan keberkatan. Berbagai ulama telah mengarang berbagai kitab mengenai lakaran sandal atau ni`al al-Mustafa s.a.w. ini. Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani memperkatakannya serta membawa nukilan berbagai ulama dalam kitabnya "Jawahirul Bihar" jilid ke-3, Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam "Zadus Sa`id", Imam Ibnu 'Asakir dalam kitabnya "Timtsalu Na'l an-Nabiy", Imam Ibnu Muqri dalam kitabnya "Qurratul Aynayn fi Tahqiq Amr an-Na'layn", Imam Abul Abbas al-Maqqari dalam kitabnya "Fathul Muta`al fi Madhin-Ni`al", Imam al-Qashthalani dalam kitabnya "Mawahibul Laduniyyah" dan ramai lagi. Insya-Allah, jika diizinkan Rabbul Jalil kan kucuba mengutarakan serba sedikit mengenai keberkatannya buat renung sahabat yang berhajat. (Gambar sekadar hiasan)

Tiada ulasan: