Rabu, November 09, 2005

Hukum Membaca al-Quran di Kubur

Menjadi kebiasaan orang kita, apabila menziarahi kubur akan membaca ayat-ayat suci al-Quran, setidak-tidaknya surah al-Fatihah. Dan biasa juga yang duduk seketika di sisi kubur insan tersayang untuk membaca surah Yaasin. Zaman berzaman hal ini dilakukan, dari generasi moyang ke datuk seterusnya ke bapa dan akhirnya ke anak. Tanpa ada tegahan dan larangan atau sindiran daripada mana-mana pihak. Cuma akhir - akhir ini, ada yang membid`ahkan amalan membaca al-Quran di kuburan. Untuk pengetahuan, hal ini memang ada khilaf, bila ada khilaf terpulang untuk pihak mengikut mana pendapat yang hendak dipegang. Kita di rantau sini yang telah sekian lama mengikut mazhab Syafi`i yang berpegang kepada kesunnahan membaca al-Quran di kuburan. Imam an-Nawawi dalam "al-Adzkar" menyatakan:-
  • Imam asy-Syafi`i dan sahabat-sahabatnya (yakni ulama-ulama mazhab Syafi`i) menyukai (dihukumkan mustahab) agar dibacakan sesuatu dari al-Quran di sisinya (di sisi perkuburan), bahkan mereka menyatakan jika sekiranya dikhatamkan sekalian al-Quran itu adalah baik.

Dalam kitab "ad-Dzakhiratuts-Tsaminah" dinyatakan :-

  • Dan sesungguhnya terdapat riwayat mutawatir bahawasanya Imam asy-Syafi`i telah menziarahi kubur Imam Laits bin Sa`ad dan beliau telah memujinya dengan pujian yang baik dan telah membaca di sisi kuburnya al-Quran sekali khatam. Seterusnya beliau berkata: " Aku berharap agar berterusan perbuatan ini", dan begitulah berterusan perkara tersebut seperti demikian.

Dalam kitab yang sama juga dinyatakan:-

  • Imam al-Khallal telah meriwayatkan Imam asy-Sya'bi sebagai berkata:- "Adalah orang-orang Anshar, jika ada yang meninggal dunia di antara mereka, maka mereka secara bergantian datang ke kuburnya untuk membacakan al-Quran.

Akhir kalam, buat kali ini, insya-Allah, Syaikh Abdur Rahman al-Jaziri dalam kitab "al-Fiqh 'ala Madzahibil Arba`ah" menyatakan:-

  • Dan sewajarnya bagi orang yang menziarahi tanah perkuburan untuk menyibukan dirinya dengan doa dan tadharru` (merendah diri) dan mengambil iktibar dengan orang-orang mati serta membacakan al-Quran untuk si mati. Maka yang sedemikian tadi bermanfaat untuk si mati atas qawl yang asah.

Yang tak nak baca, tok sahlah baca, duduk diam-diam, bertafakkur ke, ikut style Samy Velu. Kita yang bermazhab Syafi`i, bacalah al-Quran dan diakhiri dengan doa dan istighfar.

11 ulasan:

Lokman berkata...

Saya tertarik dengan terma "Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab", satahu saya (yang tak berapa arif nih) biasanya cuma ada golongan dalam kumpulan "Ahlus Sunnah wal Jama`ah" sahaja. Di zaman Nabi s.a.w pun tak de mazhab, yang ada ahli-ahli sunnah iaitu orang2 yang mengikut ajaran Nabi s.a.w (sunnah). Pada pendapat saya adalah lebih baik mengikut ajaran sunnah tanpa mengira mazhab. Kalau sesuatu itu ada hadis yang sahih maka kita ikutlah. Kalau tak ada hadisnya kita tinggalkanlah... ini adalah usaha kita sedikit sebanyak untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w, kita sebagai ahli "Ahlus Sunnah wal Jama`ah". Janganlah kita memandang serong pada wahabbi, mazhab itu, mazhab ini, yang penting kita mengikut ajaran sunnah (iaitu perkara2 yang Nabi s.a.w ajarkan dan buat).

wassalam.

Abu Muhammad berkata...

Sebenarnya istilah Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab yang ambo guna dalam blog ambo ini adalah sebagai sarana agar kita tidak mudah menghukum puak-puak yang tidak sealiran sebagai keluar dari ruang lingkup Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Ambo tidak ingin menghukum puak-puak la mazhabiyyah sebagai keluar dari kelompok Ahlus Sunnah wal Jama`ah, walau pun ambo tidak bersetuju dengan mereka.

Di zaman Junjungan memanglah lah tidak ada mazhab seperti yang kita ketahui kerana semuanya akan berpandukan kepada Junjungan. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa mazahib yang ada sekarang tidak berasal daripada ajaran Junjungan Nabi s.a.w. Semuanya adalah bersumber kepada baginda. Ahlus Sunnah bermazhab adalah kelompok terbesar umat ini (as-sawadul a'dhzam), dan Junjungan memerintahkan kita agar bersama kelompok terbesar ini.

Dalam ramainya sahabat Junjungan s.a.w., maka bukan semua mereka menjadi mujtahid selepas peninggalan Junjungan, hanya sebilangan kecil sahaja spt sahabat-sahabat besar, manakala yang lain mengikut kepada mereka. Maka timbulkan mazhab Ibnu Abbas, Ibnu Mas`ud dan sebagainya yang dikenali sebagai mazhab sahabi. Silalah tuan mentelaah kitab-kitab usul fiqh untuk mengetahui akan hal ini dengan selanjutnya.

Berkenaan dengan hadis yang shahih, maka ketahuilah semata-mata mengetahui sesuatu hadis shahih tidaklah melayakkan kita untuk mengistinbathkan hukum darinya. Dalam perundangan Islam, ada kaedah yang diguna dalam proses pengistinbathan hukum. Ianya tidaklah semudah yang dikatakan oleh KAUM MUDAH spt MAZA dan orang yang sewaktu dengannya. Makan nasik pun ada proses yang perlu dilakukan sebelum padi menjadi nasik. Jika seruan MAZA diikut, maka punahlah kesarjanaan Islam.

Berhubung dengan perkara yang tidak ada hadis yang sahih seperti yang tuan katakan itu, maka tidak semestinya ianya ditinggalkan. Kerana kalau tidak ada perintah atau anjuran hadis tidaklah bererti perkara itu HARAM dan perlu ditinggalkan. Apa yang diajar oleh al-Quran ialah APA YANG DITEGAH itulah yang disuruh kita meninggalkannya.

Mengetahui kesahihan sesuatu hadis juga tidak cukup untuk dijadikan hadis tersebut sebagai hujjah, kerana hadis juga melalui proses nasikh dan mansukh. Ada banyak hadis yang shohih, tetapi ianya telah dinasakh oleh hadis lain yang datang kemudian. Perlu juga diingat bahawa sumber hukum Islam yang disepakati oleh AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH ada 4 iaitu al-Quran, al-hadis, al-ijma` dan al-qiyas. Maka bukannya al-Quran dan al-hadis sahaja.

Janganlah kita bermudah-mudah mengatakan para ulama mujtahidin mazhab 4 tidak mengikut hadis.

Kalau tuan baca betul-betul segala tulisan ambo di blog ini, tuan akan ketahui bahawa ambo mengajak agar kita berlapang dada dalam soal khilafiyyah. Sebenarnya yang memandang serong kepada umat ini adalah puak-puak wahhabi, lihat sahaja perlakuan mereka yang sering membid`ahkan orang sana - sini. Bermazhab bukan ertinya kita taksub buta dan rigid. Kalau tuan mengaji betul-betul fiqh, tuan akan melihat konsep-konsep keterbukaan seperti 'taqlid ba'dal amal" dan sebagainya.

Maka rasanya elok tuan nasihatkan kepada golongan yang mungkin tuan cenderung kepada mereka spt wahhabi untuk menutup soal khilafiah ini.

Kami mempunyai ulama yang berakhlak mulia. Tapi kami yang bukan ulama ini, sering hilang sabar apabila ulama kami dipertikaikan seolah-olah tidak ikut hadis dan sebagainya. Kami akan mempertahankan ulama kami jika mereka diserang.

shahrul berkata...

salam..

al quran tu diturunkan untuk semua (bkn ulama sahaja) dan al quran tu boleh difahami sume org ( wpun fahamanye berbeza2)..tak kira ulama' mane skali pun kita bkan berpegang pada kata atau hukum yang mereka keluarkan tp hujah yang menyebabkan hukum tersebut dikeluarkan..mereka pun manusia yg boleh tersalah..so selagi dalil berpandukan al quran & sunnah..kita terima..kalau berasakan pandangan mereka..itu kita boleh berbeza..

Abu Muhammad berkata...

Salam, betullah al-quran itu diturunkan untuk semua, tapi adakah dibenarkan semua orang untuk mentafsirkannya menurut pemahamannya semata-mata? Bukankan Junjungan telah meletakkan garis panduannya?

Ghalibnya para ulama apabila mengeluarkan pandangan mereka mestilah berpandu kepada sumber-sumber hukum dalam syarak.

Janganlah berburuk sangka dan mudah-mudah sahaja mengatakan para ulama membuat pandai-pandai mereka sahaja. Pastinya yang kita bicarakan di sini adalah ulama yang menjadi waris para nabi, bukan self-proclaim ulama masa ini seperti Asri dan Juanda.

Abu Muhammad berkata...

Ingat-ingat sikit pada sabdaan Junjungan Nabi s.a.w.:-

من فسر القرآن برأيه
فليتبؤ مقعده من النار

Sesiapa yang tafsir al-quran ikut pendapatnya semata-mata (yakni ikut kefahamannya semata-mata) maka dia telah menyediakan tempatnya di neraka.

faizal berkata...

Assalamua'laikum

Ana sangat bersetuju dengan segala pandangan akhi ustaz abu muhammad...sedarlah wahai saudara-saudaraku yang semata-mata berpegang kepada zahir Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W dalam menentukan hukum agama, janganlah kita berasa diri kita ini hebat sampai boleh memahami 2 sumber hukum Islam ini dengan mengikut aqal kita sahaja...Sedarlah saudaraku, ulama mengistinbathkan hukum bukanla mengambil kira satu dua ayat Al-Quran atau matan hadis malah beribu-ribu hadis..kita orang mutakhirin ni ikutla jalan yang dah disediakan oleh para ulama yang mu'tabar dalam memudahkan kita menjalani amal ibadah dan mengetahui hukum agama secara jelas...arwah guru bagi guru saya (Tuan Guru Haji Cik)pernah berkata, "orang akhir-akhir ini berlagak nak jadi ulama seperti tin kosong, bunyi sahaja yang kuat tetapi isinya tiada ya'ni ilmu tak banyak mana.baru 8-10 mengaji dah mengaku jadi ulama.orang tua kita dahulu 30 tahun mengaji pun tak berani nak keluar fatwa". para ulama terdahulu sangat berhati-hati dalam mengeluarkan hukum, tapi ada di kalangan kita pada akhir-akhir ini mudah sahaja mengeluarkan hukum tanpa menimbang dengan segala ilmu alat, kaedah fiqh, usul tafsir, mustalah hadis etc...ilmu sikit tapi nak tafsir quran hadis macam mana...insaflah saudara-saudaraku, betapa jauhnya ilmu kita berbanding dengan para ulama umpama langit dengan bumi....nahu saraf pun tak faham macam mana kita nak tafsir quran & hadis...akhirnya jadilah golongan dhallun mudhillun...Khulasahnya, ikutlah apa yang telah disarihkan oleh para ulama yang mu'tabar dalam amal ibadah seharian melalui kitab-kitab yang telah mereka warisi kepada kita....semua yang mereka karangkan dalam kitab mereka itulah tafsiran sebenar dari Al-Quran dan Sunnah....tak perlu kita nak buat tafsiran lain lagi yang boleh menjadi punca kepada kekeliruan kepada ummah...

wassalam

shahrul berkata...

salam..
pendapat saya...

1- Saya setuju ulama' mengeluarkan hukum bkn sewenang wenangnya..pd saya sesiapapun yg mngeluarkan hukum kita bleh ambil dan lihat tetapi sebelum terima kita perlu lihat pada dalil dan nas2 nye.X kira la besar mane pn ulama' tu or proclaim ulama'...yg penting teliti sblm terima...

2-salah satu punca kenape manusia menjauhi al quran ye la kerna ade segolongan manusia ni apabila ade org ingin ckp mengenai isi/hukum al quran mereka cepat menyanggah..bkn ahli la ape la x layak la...yg penting terangkan & jgn cepat menuduh....al quran tu diturunkan utk semua bkn sebhgn manusia shj...br timbul minat golongan muda utk blajo..

3- pasal isu wirid or any other bidaah...asalkan baek saya setuju...tetapi perlu dijelaskan bhw asal usulnya,sejarah or dalil..supaya umat islam x terkeliru yg amalan tu berasal drp nabi...ini perlu supaya tiada campur aduk dlm agama..

4- lamanye blajo x menggambarkan byknye ilmu..Allah berhak mengurnianye pada sesape pn..jgn persoalkan ilmu org tp lihat pd hujah...jgn taksub pd manusia tetapi pegang pd dalil yg diberi..

Abu Muhammad berkata...

Salam.

Renungkanlah:-

1. "Teliti dalil dan hujjah" adalah kata-kata yang amat mudah diucapkan kerana lidah itu tidak bertulang, tetapi persoalannya:- (i) Adakah kita telah mempunyai ilmu yang cukup untuk melakukan penelitian tersebut? Adakah kita sudah punya kepakaran untuk membahas dalil dan wajhul istidlal tersebut? (ii) Adakah setiap umat perlu melakukan penelitian tersebut, tidak cukupkah bagi orang awam hanya mengikut hukum yang dinyatakan oleh ulama muktabar tanpa perlu menyelidik dalil dan hujjah mereka? (iii) Adakah kita mesti menanam rasa "tidak percaya" atau "kurang percaya" kepada para ulama yang telah diiktiraf oleh umat?

2. Jika seseorang itu menjauhi al-quran kerana adanya orang yang menyanggah mereka seperti yang saudara katakan, maka jelas bahawa orang itu mendekati al-quran semata-mata ingin menjadikan al-quran sebagai alat untuk menarik perhatian manusia kepada dirinya dan bukannya mencari kebenaran. Allahu ... Allah, amat malang manusia yang seperti ini, bertaubatlah sebelum terlambat.

3. Soal "campur aduk dalam agama", maka adakah Islam itu agama yang sempit? Adakah mashadir Islam itu hanya sebatas al-quran dan hadits? Adakah ijmak dan qiyas tidak diambilkira? Macam mana pulak istihsan, masalih mursalah dan sebagainya? Tidakkah Junjungan Nabi s.a.w. telah memperluaskan definasi sunnah?

4. Lama atau sekejap belajo memang tidak semestinya menggambarkan ilmu seseorang, tetapi setiap bidang ilmu itu punya disiplinnya. Takkan saudara hanya iktiraf disiplin ilmu-ilmu duniawi sahaja, sedangkan bagi disiplin ilmu-ilmu agama saudara Shahrul nak main cincai - cincai sahaja? Adakah saudara setuju jika pembedahan jantung itu dilakukan oleh seseorang yang tidak pernah mengikuti latihan dan disiplin ilmu kedoktoran?

NA_SR berkata...

salam ustaz..
baru saya tahu skarang yg baca quran kat kubur tak salah..
sebab saya dulu pun ada terikut fatwa berbau wahhabi yg mengatakan haram baca quran kat kubur..
tq..

faizal berkata...

Assalamualaikum,

1. Ulama' yang menjadi pewaris nabi adalah ulama' yang mu'tabar ya'ni ulama yang kita boleh berpegang dengan segala ijtihad mereka...para ulama' yang mu'tabar ada sandaran / sanad dalam mewarisi segala ilmu mereka...kalau mereka berbahas tentang ilmu hadis, sanad hadisnya mereka tahu secara lengkap sampai kepada junjungan kite Rasulullah S.A.W...bukan setakat tau matan hadis sahaja...kalau berbicara tentang al-Quran lengkap dengan qura'nya...kalau betul-betul kita nak memainkan peranan kite untuk MENELITI dalis/nas sesuatu hukum, semua hadis nabi kite tau @ hafal ker...para ulama mujtahid mutlak seperti Imam Ahmad hafal jutaan hadis, kite ? hadis mana nasakh mansukh kite tau ker..martabat hadis tau semua ker...kalau kite nak TELITI quran, tau ker ayat mana nasakh mansukhnya...tau khilaf perawinya ker (khilaf pada i'rabnya pun dah lain muradnya)...setakat baca terjemahan Al-Quran, lalu memahami murad @ maksud al-quran baru boleh TERIMA HUKUM, itu belum MENELITI namanya...istiqra', melayu kate periksa/teliti bukan setakat tau ambil hadis dari satu dua buah kitab hadis sahaja, @ satu dua ayat Quran sahaja malah lebih daripada itu...bila kite renung balik, tugas meneliti ni tugas sape sebenarnya...itu lah tugas ulama'...tak cukup ker nusus & dalil yang mereka sampaikan dalam kitab-kitab mereka...percayalah kepada ulama-ulama mu'tabar...siapa la kita nak mempertikaikan nas dan dalil Imam Syafie...Imam Malik...Imam Hanafi...Imam Ahmad...mereka ni buat hukum tak ikut quran / hadis ker...jangan kate quran dan hadis sahaja, banyak lagi sumber lain yang dijadikan mekanisme untuk menentukan hukum... sepatutnya kita harus bersyukur dengan apa yang mereka wariskan kepada kite...setaraf ker ilmu kite dengan mereka....bila tuan shahrul mendalami sebenar-benarya ilmu agama ini, insya-Allah saya yakin tuan akan tahu apa yang dimaksudkan dengan MENELITI ini...

2.Al-Quran memang diturunkan untuk semua tetapi bukan semua orang yang boleh menerangkan isi kandungan al-Quran yang muafakat dengan pengertian sebenar.Orang kafir seperti para cendiakawan yahudi dan kristian ada yang tahu tentang al-Quran, tapi mentafsirkan al-Quran yang melencong daripada pengertian sebenar...Allah memilih Malaikat Jibril sebagai guru yang paling layak mengajar nabi tentang al-Quran, tidak pula disuruh guru yang lain,kerana tingginya maqam Kalamullah itu...Jadi, untuk membahaskan al-Quran mesti lah orang yang layak (layak disini tak semestinya ada degree@master@Phd )...Oleh itu, sudah pasti orang yang layak membahaskan isi al-Quran itu orang yang betul-betul menguasai ilmu agama...supaya hujah yang dikeluarkan adalah berdasarkan kaedah agama yang sebenar, bukan mengikut aqalnya sahaja...

3.Adakah tuan sharil membuat amal ibadah seharian semuanya 100% ikut cara nabi...berjalan ikut cara nabi ker...senyum ikut cara nabi ker...makan guna jari seperti yang nabi tunjukkan ker...kalau tuan buat begitu Alhamdulillah...tapi orang awam seperti kami ni, makan dengan menggunakan kelima-lima jari yang tak ikut cara nabi ni kira CAMPUR ADUK DALAM AGAMA ker yer...sedihnya kalau tuan berfikiran begitu...sempitnya Islam dalam fikiran tuan...

4.Memang benar LAMENYA BLAJO X MENGGAMBARKAN BANYAKNYE ILMU tetapi takdela kite dengar para ulama mutaqaddimin @ mutakhirin yang belajar 1-3 tahun then dah jadi ulama'...rata-ratanya mengambil tempoh yang lama dalam mendalami ilmu agama dan faktor yang tidak kurang penting adalah tuan guru mereka itu orang yang mursyid. tuan kate Allah berhak mengurnianye pada sesape pn...betul la itu hak Allah...tapi pada ghalibnya orang yang menjalani pengajian ilmu agama dalam tempoh yang panjang insya-Allah akan lebih memahami dalil-dalil agama secara mendalam dan jelas dengan berkat kesungguhan mengaji dalam tempoh yang panjang tu...dan semakin banyak perkara yang dipelajari makin tahqidlah ilmu yang dipelajari...dan menambah keyakinan bagi orang yang mendengar hujahnya...

VENDETTA berkata...

Assalamualaikum..sewaktu zaman hidupnya Rasulullah s.a.w telah ada mazhab sebenarnya yang dinamakan Mazhab Muadz kerana Muadz pernah bertanya persoalan fiqh bg menyelesaikan permasalahan ibadah di tempat dakwahnya kepada Baginda S.A.W dan Rasulullah memerintahkan Muadz mewujudkan mazhab dengan menamakan Mazhab Muadz. WaAllahualam.