Puasa 6
- Pendapat Imam an-Nawawi :- bahawa menyertakan niat puasa qadha dengan puasa sunnat tidak boleh dan tidak sah kedua-duanya. Maka hendaklah niat puasa qadha sahaja atau puasa sunnat sahaja. Pendapat ini lebih ihtiyat (lebih berhati-hati) untuk diamalkan.
- Pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami:- bahawa boleh dan sah menyertakan niat puasa qadha dengan puasa sunnat dan dapat pahala ganda. Pendapat ini masyhur diamalkan.
- Pendapat Imam ar-Ramli:- bahawa seseorang yang berpuasa qadha jika bertepatan hari puasanya dengan hari yang disunnatkan berpuasa akan mendapat pahala puasa sunnat juga walaupun tidak diniatkan puasa sunnat.
- Pendapat Imam Abul Hasan as-Samhudy:- bahawa seseorang yang menyertakan niat puasa qadha dan puasa sunnat, hanya sah salah satunya sahaja.
Inilah 4 pendapat ulama dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah. Yang banyak diamalkan ialah pendapat Imam Ibnu Hajar dan Imam ar-Ramli, tetapi yang lebih ihtiyat dan lebih rajih ialah pendapat Imam an-Nawawi. Oleh itu, eloklah dipegang pendapat Imam an-Nawawi tersebut kerana takut-takut nak untung jadi rugi pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan