Rabu, April 05, 2006

Keharuman Majlis 1

Ketahuilah, bahawasanya sesuatu majlis perhimpunan yang harus itu akan menjadi cemerlang jika sekiranya ianya diserikan dengan dzikrullah dan ucapan-ucapan sholawat serta salam ke hadrat Junjungan Nabi s.a.w. Hal ini telah disebut dalam beberapa hadits Junjungan Nabi s.a.w. di antaranya:- "Tidak berhimpun sesuatu kaum (yakni dalam majlis perhimpunan) yang kemudiannya mereka bersurai pergi dengan tanpa mengingati Allah azza wa jalla dan bersholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w., melainkan perginya mereka (dari majlis tersebut) dengan bau busuk bangkai."

Bukan itu sahaja, majlis tersebut juga akan menjadi sesalan kepada orang-orang yang hadir di dalamnya, sebagaimana sabda Junjungan Nabi s.a.w.:- "Tidak duduk sesuatu kaum dalam satu majlis, yang mana mereka tidak berzikir mengingati Allah ta`ala di dalamnya dan tidak bersholawat ke atas Junjungan Nabi mereka, melainkan jadi atas mereka satu penyesalan; Maka jika sekiranya Allah mengkehendaki, diazabkanNya mereka dan jika Dia mengkehendaki, diampunkanNya mereka.

Jika sahaja dalam hadits yang tersebut menyatakan bahawa sesuatu majlis yang kosong daripada zikrullah dan sholawat akan menimbulkan bau busuk bangkai, maka mafhum mukhalafahnya pula ialah, sesuatu majlis yang dipenuhi zikrullah dan sholawat serta salam, akan menimbulkan bau yang harum semerbak mewangi. Dalam majlis mawlid, orang buat apa ? Sahaja suka-suka borak-borak ke ? Tentu tidak, deme berzikir, baca ayat-ayat al-Quran, dengar sirah Junjungan s.a.w., bersholawat dan mengucapkan salam serta melahirkan dan menyatakan kegembiraan dan syukur atas zahirnya rahmat bagi sekalian alam, Junjungan Nabi s.a.w. Cuma hal keadaan bau-bau ini, kemungkinan kita tidak mampu untuk menciumnya kerana deria bau kita mungkin sudah terdinding akibat dosa dan maksiat yang telah berleluasa, dan mungkin juga ianya akan disimpan untuk kita sehingga ke Hari Pembalasan, mungkin jugak ada rahsia lain yang kita tak tahu, nanti aku cite posting akan datang.

Maka jika bau tersebut harum mewangi menjadilah ianya sebagai suatu ni'mat yang tidak dapat digambarkan, atau jika bau tersebut busuk, maka terseksalah kita sekiranya menciumnya nanti. Pikau sahajalah kalu dalam kereta tiba-tiba seseorang melepaskan gas beracunnya, silap-silap boleh muntah, pitam pun boleh berlaku, terseksa oooooo, seksaan di sana nanti lagi le dahsyat, na`udzubillah min dzalik. Aku teringat jugak kata tok guru, Nabi Adam a.s. waktu mula diturunkan ke dunia pengsan 40 tahun sebab tak tahan bau busuk dunia ni. Allahu .... Allah. Berkenaan hal ini tidaklah mustahil berkekalannya bau-bau tersebut sehingga ke Hari Pembalasan kelak. Maka alangkah bahagianya orang yang datang mengadap Qadhi Rabbul Jalil dalam keadaan yang harum mewangi. Allahummaj 'alna minhum.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umat Islam sekarang ini dalam satu pasukan tentera yang sedang berperang, dengan bilangan yang sedikit, tentera yang lemah dan senjata yang serba kekurangan, mereka menghadapi serangan yang bertubi-tubi dari pihak kafir dari setiap sudut, dengan senjata mereka yang serba moden dan cangih. Dalam keadaan itu, lebih separuh dari tentera muslim sakit dan luka-luka, maka sebahagian tentera terpaksa merawat tentera-tentera tersebut agar mereka tidak mati. Tiba-tiba datang satu golongan dari pasukan tentera muslim tadi serang saudara2 mereka dari belakang, dengan alasan saudara2 mereka ini bukan muslim sejati. Sudah tentu perkara ini satu kezaliman yang terlalu besar, bagi mereka yang berakal sudah tentu lihat perkara ini satu kezaliman...

Mungkin seperti itu lah umat islam sekarang ini, kita sedang menghadapi serangan dari puak kufar dari perbagai sudut dan pemikiran, seperti athies, dakyah kristian, sekularisme, materialisme dari perbagai wasilah, seperti tv, radio, film, internet. Dalam keadaan iman kita yang lemah, ibarat senjata kita untuk mempertahankan islam kita, di sana ada saudara-saudara kita yang sakit yang perlu kita bantu, yakni mereka-mereka yang tidak solat, tidak melaksanakan tanggungjawab muslim, tidak benar2 mengenal Allah, kita terpaksa mengorbankan tenaga yang banyak untuk menyelamatkan diri kita dan saudara2 kita. Tiba-tiba datang golongan wahhabi ini mempecah belahkan saf-saf muslimim, mengkafirkan saudara-saudara mereka, membid'ahkan amalan-amalan rohani, sudah tentu mereka ini memberi ruang yang besar bagi golongan kufar dalam menghancurkan benteng umat islam. Adapun saudara-saudara muslim, sudah tentu mereka tidak tergamak unutk menyerang semula saudara2 seislam mereka ini. Ini lah fitnah yang masih berterusan hingga hari ini, insyaAllah sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada alhi Haq...petikan dr Nizam

tokapi berkata...

Qasidah Burdah

Sejarah Qasidah Burdah..
besar jugak khasiat kalo ikut dr cerita nih.. apa pendapat kalian?

Abu Muhammad berkata...

Tok Syaikh Wan Ali Kutan ada karang kitab cite khasiat Burdah, sabo....nanti kite cite.