Ahad, April 02, 2006

Kelebihan Membaca Mawlid 3

Seterusnya:-

  • Telah berkata Syaikh as-Sirri as-Saqathi:- "Sesiapa yang mengqasadkan sesuatu tempat yang dibaca padanya Mawlidin Nabi s.a.w., maka telah dia telah mengqasadkan satu taman dari taman-taman syurga kerana tidaklah dia mengqasadkan tempat demikian selain daripada kecintaannya kepada ar-Rasul s.a.w. Dan telah bersabda Nabi a.s.: "Sesiapa yang mencintaiku adalah dia bersamaku dalam syurga."

Begitulah ikhwah Sunniyyun Syafi`iyyun, qasad itu berupa pemergian ke tempat mawlid atau juga bermaksud membuat mawlid. Kenapa kita buat mawlid ? Jawapan bagi soalan ini adalah qasadnya kita. Ada orang buat mawlid semata-mata menjalankan kebiasaan tradisi, ada yang buat hanya semata-mata hendak membesarkan Junjungan kerana tidakkah Allah telah berfirman: "Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.", maka seseorang itu diganjari berdasarkan kepada niat dan qasadnya. Jom buat mawlid, hadir mawlid, hayati mawlid, demi membesarkan Junjungan s.a.w.

3 ulasan:

Abukajang berkata...

Tuan Abu Muhd minta maaf kerana lari dari topik sikit, minta tuan dapatkan fatwa Ulama berkenaan hukum kahwin dengan JIN .... padhol ya sheikh ... pissss Ulama Wahabi ada ke sentuh bab JIN nie ?

Abu Muhammad berkata...

Mende ni, syaikh Abukajang, ini bukan lari sehun dua hun ni, ni lari dua tiga tanjung. Kamu nak kawin ngan Jin ke ? Jangan karang kamu jadi bapa anak jin, tak ke naya....melawak je....jangan marah nooooo. Baiklah untuk tidak menghampakan permintaan sedara aku yang macam-macam ni, dan sebab aku masih dok belek kitab "I`anatuth Tholibin", maka pada mukasurat 341 jilid 3 jugak, dinyatakan bahawa TIDAK SAH NIKAH MANUSIA LAKI-LAKI DENGAN JIN PEREMPUAN DAN BEGITU JUGAK SEBALIKNYA MENURUT KEBANYAKAN ULAMA MUTAAKHIRIN. Kalau tak silap ada sorang ulama sahaja yang membolehkannya iaitu al-Qamuli. Ini qaul yang muktamad dalam mazhab kita, jadi hukumnya haram dan tidak sah kawin manusia dengan jin, bahkan Ibnu Abid Dunya telah meriwayatkan secara marfu` tegahan Junjungan s.a.w. dari berkahwin dengan jin. Allahu a'laam. Fatwa Wahhabi aku tak tahu sebab aku bukan wahhabi...kah...kah...kah, nak gak tanye le kat Ustaz Wahhabi.

Abu Muhammad berkata...

Tapi mungkin gak ulama Wahhabi kata boleh sebab deme pun serupa ngan Jin, kacau orang tak sudah-sudah, tak suka orang baca yaasin malam jumaat, tak suka orang bersedekah beri makan, tak suka bertahlil berzikir, tak suka mawlid, tak suka itu, tak suka ini, banyak macam le yang tidak disukainya, aku ingat Jin pun bukan semua macam tu. Jangan marah noooo.....