Selasa, April 25, 2006

Nur Muhammad s.a.w. 5



Sayyid Yusuf bin Sayyid Hashim ar-Rifa`ie yang dilahirkan pada 1351H/1932M di Kuwait adalah seorang ulama Syafi`i dan sufi yang menjalani Thoriqat nendanya Sayyid Ahmad ar-Rifa`ie. Beliau juga pernah dilantik menjadi ahli parlimen dan menteri di Kuwait. Beliau ada mengarang beberapa kitab antaranya:-
  • "at-Tasawwuf was Shufiyyah fi daw` al-Quran was Sunnah";
  • "Khawatir fis Siyasa wal Mujtama`";
  • "Adillatul Qunut fi Sholatil Fajr"; dan
  • "Nasihah li Ikhwanina 'Ulama` Najd".

Beliau juga adalah pengarang kitab "Adillatu Ahlis Sunnah wal Jama`ah" atau dikenali juga dengan jodol "ar-Radd al-Muhkam al-Mani' ala munkarat wa syubuhat Ibn Mani' fi tahajjumihi 'ala as-Sayyid Muhammad al-Maliki al-Makki". Kitab ini merupakan pembelaan beliau terhadap Buya Habib Muhammad al-Maliki yang diserang dan ditohmah sebagai sesat oleh Ibnu Mani' al-Wahhabi dan kuncu-kuncunya dari kalangan ulama Wahhabi Saudi. Dalam Fasal ke-2, beliau menulis mengenai Junjungan s.a.w. sebagai asal atau sebab dijadikan segala makhluk yang mana jika bukan kerana Junjungan s.a.w. segala alam dan makhluk tidak dijadikan Allah. Beliau juga menyentuh mengenai Nur Muhammad s.a.w. dan pada mukasurat 22, dinukilkannya hadis Jabir yang diriwayatkan oleh 'Abdur Razzaq. Pada mukasurat 23, beliau menulis antara lain:-

  • Dan seawal-awal roh manusia yang diciptakan ialah roh as-Sayyid al-A'dhzam (yakni Junjungan Nabi) s.a.w. sebagaimana diberitakan mengenainya dalam hadis Junjungan s.a.w.: "Adalah aku seawal-awal manusia pada penciptaan dan yang terakhir pada pembangkitan (yakni dibangkitkan/diutuskan sebagai rasul)". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Sa`ad secara mursal dengan sanad yang shohih. Abu Nu`aim, Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya dan ad-Dailami telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Sa`id bin Basyir daripada Qatadah daripada al-Hasan daripada Abu Hurairah r.a. dengan lafaz: "Adalah aku seawal-awal nabi pada penciptaan dan yang terakhir pada pengutusan." Dan riwayat ini adalah tafsir kepada riwayat Ibnu Sa`ad tadi, di mana yang dimaksudkan sebagai `manusia' itu adalah para nabi. Maka Junjungan s.a.w. adalah seawal-awal nabi di alam arwah dan penutup mereka pada alam al-asybah. Dan Allah telah menjadikan baginda nabi di alam arwah sebelum para nabi sekaliannya. Dengan bagindalah dibukakan kenabian di alam arwah dan dengan baginda ditutupkan kenabian di alam asybah. Beliaulah al-Faatih dan al-Khaatim.

Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Syeikh,

Seandainya tuan ada kelapangan dan tak keberatan, saya nak minta tuan keluarkan dari kitab2 tentangan mengamalkan hadis2 dhoif ni. Wahabi selalu dok kondem org mengamalkan hadis dhoif ni. Pakar depa yg pilot tu, bukan main lagi menukil dan mengeluarkan fatwa. terima kasih Syeikh.

Tanpa Nama berkata...

Saya sarankan saudara pergi ke blog sahabat saya ini
http://www.geocities.com/pondok_tampin/permasalahan/wazifah_hadis_dhoif.html

Juga disertakan dalam teks arabnya. Insyaallah mudah-mudahan bermanfaat.
Memang golongan Wahabi yang mempertikaikannya. Saya ada terbaca dalam buletin keluaran an-Nida [NGo Wahabi] tentang pendapat Imam Nawawi rahimahullah tentang keharusan beramal dengan hadith dhoif ini boleh dipertikaikan. Mereka dah lebih hebat dari Imam Nawawi rahimahullah ataupun tidak faham akan kata-katannya atau buat-buat tidak faham ?????!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Cari tajuk 'Wazifah Hadith Dhoif'

Tanpa Nama berkata...

Sambungan dari tulisanku diatas ...
Cari tajuk 'Wazifah Hadith Dhoif' di blog berkenaan.

Abu Muhammad berkata...

Dhoif-dhoif pun hadis, kan...kan...kan. Imam Ahmad ada kata: "Hadis dhoif lebih aku suka daripada semata-mata perkataan orang lain."

Atsar sahabat pun boleh pakai dengan beberapa syarat. Tok sah kata hadis dhoif, atsar, kata Pak Lah ngan Tok Det pun boleh pakai dengan beberapa syarat. Yang marah sangat ngan orang yang beramal dengan hadis dhoif nape. Yang orang beramal ngan hadis Pak Lah, hadis Tok Det dan lain-lain kenape tak marah.

Insya-Allah, nanti kita posting.

abukajang berkata...

Pada Bab Fadhi'ulAmal nie tak jadik masalah nak pakai hadith dhoif, cume bab nak jatuh hukum nie kene la pakai hadith hassan atau sahih ....

Tanpa Nama berkata...

al-Allamah Ibn A'llan dalam syarah "Azkar" menyatakan hadith dhoif yang dimaksudkan oleh Imam Ahmad r.a adalah lawan kepada hadith shohih. Kerana bagi ulama mutaqaddim, hadith itu terbahagi kepada shohih dan dhoif sahaja. Maka istilah dhoif yg diucapkannya bukan seperti yang difahami oleh ulama mutaakhirin. Namun benar kata syaikh Abu Muhammad. Hadith, tetap hadith. Nak marah buat aper..kan..kan..
Posting syaikh tajuk hadith dhoif...bior cerdik sket puak-puak depa.

nai berkata...

hadith dhoif pun kita tau boleh ternagkat menjadi Hadith Hassan Lighorih kerana beerapa sebab..

Antaranya

1) Muwafaqah Li dzhohiril Quran
2) Am'amal Ummah bih..

dan beberapa sebab lagi..

entahlah nai sedih lihat Ummah sekarang.. adab dan akhlak sangat kurang dengan ulama2 silam

Abu Muhammad berkata...

Apa-apa pun, dhoif dan shohih semuanya ijtihad muhadditsin yang berkelayakan. Sebab tu tak hairan jika ada hadis yang didhoifkan oleh sebahagian, tetapi dishohihkan oleh sebahagian. Itu belum cerita pasal turuq yang berbeza, come on lah, ini ilmunya para ulama.

Ada jugak hadis yang shahih tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujjah, kerana sudah mansukh dan sebagainya. Hatta ayat al-Quran pun ada yang cuma dibaca tetapi tidak berlaku lagi hukumnya seperti ayat wasiat kepada ibubapa yang hukumnya dinasakhkan oleh ayat faraidh.

Bukan senang nak keluarkan hukum. Setakat tahu shohih dhoif belum memadai. IKUT SAJA ULAMA, sudah.