Ahad, April 30, 2006

Talqin Mayyit 2


Ikhwah, dalam masyarakat kita amalan membaca talqin telah sedia serap. Hanya kaum mudah sahaja yang mempertikaikan amalan yang diakui sunnat hukumnya dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah. Ulama-ulama kita dari sejak dahulu lagi beramal dan mengajar kita supaya membaca talqin. Jadi kalau ada orang yang tak nak bertalqin atau ditalqin sekarang, janganlah bermudah-mudah menyalahkan mereka-mereka yang berpegang dan beramal dengannya. Siapa kata orang mati tak boleh dengar, bukankah telah sabit dalam hadis shohih riwayat Imam al-Bukhari bahawa orang mati yang di kubur boleh mendengar derapan kaki orang yang menghantarnya ke kubur. Kalau derapan kaki pun boleh didengar, apa lagi suara Tok Lebai yang khusyuk membaca talqin. Ada faedah ke idak, itu bukan urusan kita, sama jugak macam sampai ke idak pahala amalan kepada si mati. Itu semua urusan Allah s.w.t., jadi jangan dok semangat nak campuri urusan Allah. Lihat foto gambar Mufti Tuan Guru Haji Nor tengah baca talqin atas kubur Tuan Guru Haji Ahmad, anak almarhum Tok Kenali al-Kelantani. Apa semua ulama ini ahli bid`ahkah ? Adakah hanya kita sahaja ahli sunnah ?

2 ulasan:

Pakcik Tua berkata...

Ini gambar tahun bila? Ambil dari mana?

Abu Muhammad berkata...

Tuan Guru Haji Ahmad @ Tok Bakok @ Tok Bangkok kembali ke rahmatUllah dalam tahun 1979.Gambar ini diambil dari buku cenderamata Tok Kenali yang dikeluarkan dan diedar oleh Nazir Dewan Tok Kenali, cetakan kedua 2005.