Sabtu, Mei 06, 2006

Imam Nawawi tidak usolli ?

Tajuk posting aku kali ini merupakan nukilan tajuk soal-jawab yang dipostkan kat laman web al-Firdaus.com, nak penuh addressnya sini http://www.al-firdaus.com/index.php?module=ContentExpress&func=display&btitle=CE&mid=&ceid=135 dinyatakan jugak komen THTL (Tuan Hasan Tuan Lah, mufti siber yang protaz (istilah geng Majalah I, nasib baik bukan prostat) yang menyatakan:-
  • Komen THTL: Setelah memerhati isu ini sekian lama, maka saya telah membuat kajian sedikit sebanyak dalam hal ini dan inilah rumusan saya: Isu lafaz usyalli ini tercetus dari satu ucapan al-Imam Syafi'iy ra: "Jika seorang berniat haji atau umrah, ia mendapat pahala walaupun tidak melafazkannya, sedangkan solat seseorang itu tidak sah kecuali dengan mengucapkan." Ulama' Syafi'iyah, iaitu Syaikh Abu Abdillah az-Zubairy dalam mentafsir ucapan Imam Syafi'iy ini telah mentafsirkan: "Solat itu tidak sah kecuali dengan mengucap lafaz niat." Aliran dan fahaman azZubairy inilah yg tersibar luas di nusantara. Sedangkan Imam syaraf an-Nawawi menjelaskan maksud `mengucapkan' itu ialah lafaz takbiratul ihram dan bukannya Usyalli. Ini disahkan oleh Imam Jalaluddin asSyuyuti dan alQadhi Abu Rabi' Umar as-Syafi'iy. Yang sebenarnya isu usyalli ini tidak ujud dalam madzhab Syafi'iy hinggalah ia disibarkan oleh azZubairy.

Betul ke komen Protaz kita ni ? Betul ke ulama Syafi`i tak mengajar berlafaz niat ushalli ? Betul ke Imam an-Nawawi tak ushalli ? Atau Protaz kita ni dah buang tabiat nak jadi prostat, sampai mencarut tak faham ibarat kitab fiqh kita. Sebenarnya aku malas nak bahas dengan geng-geng mufti siber dan protaz-protaz ni. Dulu puas gak aku layan karenah depa kat ahkam online, sampai wa kena ban, kena block tak leh nak masuk dan post lagi kat dunia depa...ha....ha...ha...ha.

Geng-geng ni terutama 2 tokoh utama depa, THTL dan Hafiz Firdaus memang terkenal memandai-mandai menokok tambah dan mengubah-ubah aqwal mazhab kita. Seolah-olah mereka lebih alim daripada ulama-ulama kita yang betul-betul berpegang dengan mazhab, seolah-olah hanya mereka yang faham aqwal mazhab Syafi`i. Aku nasihatkan kat Sunniyun Syafi`iyyun, kalau kamu nak tahu aqwal Syafi`iyyah, kamu tanyalah ulama-ulama kita yang betul-betul pegang mazhab, bukan kepada mereka-mereka yang bebas mazhab.

Berbalik kepada persoalan talaffuz bin niyyah ini, sebenarnya yang ditolak oleh ulama - ulama kita adalah perkataan az-Zubairy yang MEWAJIBKAN talaffuz bin niyyah. Faham betul-betul, mereka bukan menolak talaffuz bin niyyah, tetapi menolak qaul yang MEWAJIBKANnya. Dan qaul yang muktamad dalam mazhab talaffuz bin niyyah itu hukumnya SUNNAT / MANDUB / MUSTAHAB. Pendapat yang mewajibkan itu hanyalah qil dalam mazhab. Imam an-Nawawi sendiri dalam kitab karangannya "Minhajuth - Tholibin" mukasurat 9, Bab Sifat ash-Sholah, menyatakan:-

  • Niat itu dengan hati dan DIMANDUBKAN bertutur (i.e. berlafaz) sebelum takbiratul ihram.

Kat mana pulak, THTL dapat fatwa songsang yang isu ushalli tidak ada dalam mazhab Syafi`i ? Elok rasanya THTL buat kajian lagi.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih.. Pakcik nak tumpang tanya, apa maksud mandub dan mustahab? Pakcik ni tak reti sgt bhs Arab.

Tanpa Nama berkata...

oh ya, bahaya jadi protaz ni..nak jadi profesional takpe. Tapi kalau nak jadi ustaz, kena la ngaji betul-betul..dan bukan ngaji dengan buku. pakcik dengar hafiz firdaus tu tak berguru. betul ke?

Abu Muhammad berkata...

Pok Cik, mandub = mustahab = sunnat. Hafiz Firdaus ada gurunya tapi ilmu hisab, bahasa english dll, bab agama ngaji kat ustaz dia kat sekolah VI kot.

Tanpa Nama berkata...

Kena ban dlm 'ahkam'..pakai nick lain plak syaikh.Bior depa tue baca ibarat betol2 sket.Mandai2 nak review kitab ulama plak.Depa ingat.. kitab2 ulama' kita ditulis mcm depa hntar artikel agaknya.. type n post. Yg tulis kitab tue ulama ler... bukan protaz atau pilotaz. tak sedar diri lagi depa tue..!Naqal kalam syaikh2 depa leh tahan lagi.. tp kata "...rumusan saya" yg tak tahan tue. Rumus mana dia pakai ntah.

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi staz baru dlm al-ahkam tu yg skrg ni dok belasah aliran sufi ni. Kondem kandungan ihya' yg membahagikan taraf puasa kepada 3 tu. Nampaknya bumi Jawi yg tercintanya semakin menerima bala dlm keilmuan dari org2 yg hanya belajar 3 atau 4 tahun diluar negara. Sedangkan dulu2 ulama belajar sampai puluhan tahun pun tak kondem fahaman umat2 Islam di Jawi ni...

Tanpa Nama berkata...

as'kum sheikh...

ana confuse sket...pertamanya, ana nampak THTL kata lafaz niat dimulakan oleh az-Zubairy. Kemudian THTL mengatakan bahawa Imama anNawawi mengkritik pendpt ini. Dan ini mmg betul. Cumanya THTL taklah menjelaskan bhw kritikan anNawawi itu pd bab wajib, bukannya mandub. Dan beliau juga mengatakan lafaz niat dipopularkan oleh az-Zubairy. Soalan ana, apa yg salahnya kata2 THTL tu?

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya THTL menganggap seolah-olah soal lafaz niat solat ini hanya satu dongengan yang hanya dipopularkan oleh al-Zubairi dan ulama'-ulama' Nusantara. Dan pemuda-pemudi yang hanya mahu berguru dengan internet dengan semangat untuk menuntut ilmu agama dan membuat blog da'wah yang hanya copy and paste banyak terpengaruh pendapat mereka sampai ada yang sangsi bahawa membaca Qunut adakah terdapat dalam madzhab Syafi'i atau dibincangkan oleh Imam Syafi'i sendiri! Dan mereka kemudian menganggap membaca Qunut adalah dongengan ulama'-ulama' Nusantara.

Sedangkan imam-imam madzhab Syafi'i banyak mengatakan bahawa lafaz niat ini sunat, contohnya Imam Nawawi sendiri, Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam al-Ramli, Imam Khatib al-Syarbini, Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari, Syeikh Zainuddin al-Malibari dan Imam al-Qastalani. Dan THTL memang memandang rendah pendapat-pendapat imam-imam Syafi'iyah ini.

Dan sememangnya banyak pemuda-pemudi yang tidak belajar fiqh Syafi'i terpengaruh kerana sememangnya pendapat-pendapat seperti THTL ini 'menentang arus' masyarakat Malaysia, dan ini sesuai dengan jiwa remaja yang ingin selalu menentang arus.

Ini semakin parah kerana kekurangan laman web yang menerangkan fiqh Syafi'i di dalam bahasa Melayu.

Abu Muhammad berkata...

Teng Kiu Tankian.

THTL beranggapan bahawa isu ushalli ini tidak ada dalam mazhab hanya diada-adakan oleh az-Zubairy sahaja. Ini yang menunjukkan kebangapan dirinya terhadap aqwal dalam mazhab Syafi`i.

Tanpa Nama berkata...

Sy terbaca benda ni ada dibincangkan di tranungkite.met
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=612&start=0