Selasa, Jun 06, 2006

Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi



Ikhwah, itu Rasul Dahri SSP (Perlis) dalam risalah "Hukum Berzanji, Maulid & Nur Muhammad" menghentam, membid`ah, mengkhurafat, mensyirik, mensyiahkan perkara-perkara tersebut. Dalam risalah tersebut, semua ulama besar kita termasuk Mufti Syafi`i Madinah diperlekehkan oleh si Rasul bekas murid Madrasah al-Juneid ini, bukan setakat diperlekeh bahkan dikhurafat dan disyirikkannya......keribang rebus sungguh si Rasul SSP ini. Tak terkecuali dari dikurangajarkan oleh si Rasul ialah Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi, ulama kenamaan Mesir, yang diperlekeh dan disyirikkan oleh si keribang rebus tersebut dengan katanya:- "Antara orang yang terus menyebar dan giat menghidupkan semula teori khurafat dan sesat ini (yakni Nur Muhammad) secara tulisan ialah seorang lelaki Mesir bernama "Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi". Teori syirik ini dikembangkan oleh beliau melalui tulisannya yang dipenuhi kebatilan ("Anta tas-al wal Islam yajib")....." Waduh, Wak Rasul ngapain kamu mudah-mudah mensyirikkan Syaikh asy-Sya'raawi. Waduh Wak, sedangkan Qardhawi mengakui kealiman dan kewarakan Syaikh asy-Sya'raawi bahkan mengaku beliau sebagai gurunya, betah kamu menuduh beliau syirik pulak. Aku ingatlah, tok-tok guru Wak Rasul kat al-Juneid dari kalangan habaib yang mengajar wak mengenal anta-antuma-antum, dikkun dajajatun sehinggalah wak bisa melanjut pelajaran ke Madinah, semuanya ngak ada yang anti mawlidan, anti tahlilan dan Nur Muhammad. Waduh Wak Rasul jaga-jaga kamu, nanti kuwalat ...... jangan marah Wak, sekedar ingat mengingat. Maaf le sedara, melalut pulak aku melayan geram kat Wak Rasul.....ah biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya........Sebenarnya apa yang aku nak postkan di sini ialah sekelumit pribadi Syaikhul Imam Mutawalli asy-Sya'raawi nukilan dari buku "Mendekati Ulama' Dan Para Wali Allah Di Mesir" karangan Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al-Idrisi al-Linggi":-
  • Beliau (yakni Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi) dilahirkan pada 15 April 1911 bersamaan 12 Rabi`ul Akhir 1328 di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.
  • Syeikh Sya'rawi adalah merupakan Sayyidul 'Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah s.w.t.
  • Sahabat akrabnya pernah mengintip perbuatannya di waktu malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang tahajjud kepada Allah s.w.t.
  • Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Mekah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 c kerana memuliakan tempat tersebut. Maha Besar Allah s.w.t. sewaktu di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya seperti orang lain yang pada kebiasaannya bertawaf sebanyak 7 kali. Rasa cintanya dengan Allah terlalu mendalam, walaupun dalam keadaan panas yang amat terik beliau mampu bertawaf sehingga 14, 21 dan 28 kali.
  • Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih daripada anak-anaknya sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah s.a.w. terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan berselawat kepadanya. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi s.a.w.
  • Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Masjid Sayyidina Husain r.a. dan sentiasa menziarahi maqam Sayyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Sayyidina Husain r.a.
  • Kesufiannya juga amat tinggi...Beliau merupakan imam yang sufi dan zuhud.
  • Beliau telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna.
  • Syeikh Sya'rawi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus di kampung beliau.
  • Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta junaih (lebih kurang 73 juta dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 junaih (lebih kurang 146,000 dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.
  • Sebelum Syeikh Sya'rawi meninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk bernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematiannya, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Husain! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gembira dengan kedatanganmu." Kemudiannya beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
  • Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasar wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pecinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.

Allahu Akbar, inilah orang yang disyirikkan oleh Wak Rasul Dahri. Sudahlah Wak, jangan jadi wak-wak. Tobat Wak, kembalilah ke jalan yang benar, jalan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Mari ikhwah kita baca al-Fatihah untuk Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi dan kita doakan agar Allah beri hidayah dan taufiq kepada umat ini ke arah jalan yang benar, Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

4 ulasan:

al_ghumari berkata...

http://sunnah.org/arabic/qardawi/qardawi_on_sharawi.htm

munirah berkata...

Assalamualikum, saya ingin bertanya sekiranya ada sheikh traditional di sabah dan kalau boleh di kota kinabalu

Aljoofre berkata...

Wah.. Rasul Dahri ni kata gitu je kat Imamuddu'at AsSyaikh Sya'rawi? Ana teringat dulu di Perlis, Rasul ni salah i'rab ayat alyauma akmaltu lakum dinakum, dengan mengatakan akmaltu tu ism tafdhil.. hahaha.. orang gini boleh mengatakan Syaikh Sya'rawi dengan panggilan seorang lelaki mesir yg menyebarkan kesesatan? wah.. gawat ini macam

Abu Muhammad berkata...

Sidi Ghumari syukran lak.

Siti Munirah, maaf kurang arif keadaan di Bawah Bayu sana bah.

Habib al-Joofre, Sayyid Ja'far al-Barzanji, mufti Syafi`i pun disesatkannya. Wak Rasul ini dulu murid habaib kat al-Juneid, kemedian mengaji kat Saudi, entah lulus ke idak, sebab ada saing yang mengaji sama dulu kata dia tak lulus pun kat sana. Entahlah. Kalau Tuan Habib nak baca artikel penuhnya ini addressnya dan ianya sudahpun dibuat kutaib dan dijual kat pasaran.
http://members.tripod.com/rasuldahri/articles/kka1_enam.htm