Nur Muhammad s.a.w. 15
- ......Telah sampai kepada kami dalam hadits-hadits yang masyhur, bahawa sesuatu yang mula pertama dicipta Allah ialah nur yang tersimpan dalam pribadi ini (yakni Junjungan Nabi s.a.w.). Maka nur insan tercinta inilah makhluk pertama muncul di alam semesta, daripadanya bercabang seluruh wujud ini, ciptaan demi ciptaan, yang baru datangnya ataupun yang sebelumnya (yang yang terlebih dahulu datangnya dari yang kemudian).
- Sebagaimana diriwayatkan Abdur Razzaaq dengan sanadnya sampai kepada Jaabir bin 'Abdullah al-Anshaari (semoga ridha Allah atas keduanya): "Bahawasanya ia pernah bertanya: "Demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah, Beritahukanlah kepadaku tentang suatu yang dicipta Allah sebelum segalanya yang lain (yakni sebelum segala makhluk yang lain). Jawab baginda: "Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan nur nabimu Muhammad s.a.w. dari nurNya sebelum sesuatu yang lain."
Ikhwah, jika dikatakan bahawa Allah menciptakan nur Muhammad ini daripada nurNya, maka yang dimaksudkan di sini adalah nur yang menjadi milik Allah, bukannya sebahagian daripada zat Allah yang Maha Suci dan Maha Esa daripada berjuzuk-juzuk dan berpisah-pisah. Inilah yang dikatakan idhafah tasyrifiyyah iaitu suatu sandaran untuk memuliakan sesuatu. Sama seperti kita sandarkan bait (rumah) kepada Allah seperti BaitUllah (rumah Allah) atau ka'baatUllah (ka'bah Allah) dan sebagainya. Sebahagian golongan tersesat kerana beranggapan bahawa nur Muhammad ini asalnya adalah sebahagian dari zat Allah kerana beranggapan bahawa nur itu adalah sebahagian daripada zat Allah. Ini menjadikan pegangan mereka seumpama pegangan nasrani terhadap ketuhanan Nabi Isa a.s. Jelas ini bukanlah pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Kita berpegang bahawa Nur Muhammad ini adalah makhluk yang diciptakan Allah dan tidak lebih daripada itu walau betapa hebat dan agungnya ciptaan ini.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
2 ulasan:
Assalamualaikum.. mintak tlg bro lihat artikel ni...
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
nmpk gaya, dlm artikel ni, ust nih kate nur muhammad ni satu yg x betul.. hairan yer.. camne plak pandangan ust uthman el-muhammady. alangkah bagus kalo utusan mesia follow up mende ni ngan ust uthman el-muhammady..
Wa alaikum, Cik Nony. Ingatkan artikel apa, rupanya artikel Dr. Fatah. Kalau ikut Dr. Fatah semua ulama kita sesat termasuklah Syaikh Abdus Shamad, Tok Syaikh Daud dan lain-lain. Kalau kira kasarlah, yang tinggal tak sesat di Malaysia ni cuma dua tiga kerat sahaja.
Utusan Mesia semua dia sapu, asal boleh laku suratkobau. Sebab itu Imam Mujtahid Astora Jabat masih menulis. Jadi tak ada yang nak dipelikkan dengan Utusan Mesia dan lain-lain akhbar hairan.
Catat Ulasan