Isnin, September 04, 2006

Perintah Bersholawat

Inilah firman Allah yang rata-rata diketahui umum, bahkan dihafal oleh ramai. Tradisi kat tempat aku, sebelum Tok Khatib naik mimbar untuk berkhutbah, tak kiralah khutbah apa, khutbah Jumaat maupun khutbah hari raya, maka Tuan Bilal akan melantunkan bacaan ayat ini. Di dalam khutbah kedua nanti, maka sekali lagi ayat ini dibaca oleh Tok Khatib sebagai peringatan dan saranan untuk sentiasa bersholawat atas Junjungan s.a.w. Sungguh amalan bersholawat sudah sebati dalam amalan harian tok nenek kita dahulu. Malangnya 'kaum mudah' zaman ini, yang memandang diri mereka sahaja yang faham agama dan hanya mereka lurus agamanya, telah merendah-rendahkan kefahaman agama tok nenek kita dahulu, sehingga disamakan tok nenek kita yang beriman dan beramal itu dengan kaum musyrikin dan jahiliah, antaranya kerana mereka mengamalkan amalan-amalan yang dihukumkan bid`ah dan sesat, bahkan sampai ada yang tergamak menghukumkan mereka syirik.

Bila tok nenek kita duduk berkumpul membaca dan mendengar bacaan mawlid Junjungan s.a.w. sambil bersholawat, maka timbul golongan yang anti-mawlid. Apa semua ini ? Kan elok orang kumpul baca kisah Junjungan s.a.w. sambil sholawat daripada kumpul berborak kosong atau jadi penganalisa politik atau kumpul depan TV tengok Siti (maaf... Datin Siti) bersanding 2 - 3 kali atau paling dahsyat jadi penceramah bebas pembahagi neraka dan syurga buat sesama umat.

Bila tok nenek kita baca sholawat dengan tambahan siyaadah, maka muncul pula golongan anti-siyaadah, golongan yang gemar sebut nama Junjungan s.a.w. macam dia panggil kekawan dia sahaja. Sedangkan para ulama kita menghukumkan elok, dituntut, bagus, baik, awla, untuk menambah lafaz siyaadah sebelum menyebut nama Junjungan s.a.w. yang mulia, baik ketika sholat maupun di luarnya. Perkara ini antara lain telah dijelaskan oleh 'Allaamah Syaikh Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdaani dalam "Fathul 'Allaam bi syarhi Mursyidil Anaam" juzuk 2 mukasurat 293, antara lain:-

  • "Dan telah diketahui bahawasanya pendapat yang mu'tamad (yakni qawl mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i) adalah dituntut penambahan siyadah sebelum lafaz "Muhammad" sebagai menjaga bagi adab. Dan sebagaimana dikatakan oleh sebahagian ulama, sewajarnya juga tambahan tersebut sebelum lafaz "Ibrahim".

Oleh itu, harap ikhwah budiman, jangan lagi ragu untuk menambah siyaadah dalam sholawat kalian, ketika dalam sholat maupun di luarnya, menurut pegangan mazhab kita yang luhur. Bagi yang tidak mahu, tidaklah menjadi persoalan besar, asalkan tidak dengan niat biadap atau merendahkan maqam dan martabat Junjungan s.a.w.. Maka terpulanglah kepada amalan masing-masing. Dia ada hujjah, kita pun ada hujjah. Dia ada sandaran, kita pun ada sandaran, so berlapang dadalah, tok sah nak berbalah dan salah - menyalah, karang dalam perang kalah, Zionis pula makin naik tocang ngeso olah. Shallu 'alan Nabiy

Allahumma sholli wa sallim 'ala Sayyidina Muhammad.

4 ulasan:

Tawel Sensei berkata...

Satu hari di surau saya (di oversea), adalah cakap2 pasal Sidi Afifi al-akiti yang merupakan salah seorang ulama bangsa Melayu yang kini mengajar di Oxford. Pada masa yang sama, adalah juga seorang budak Arab dalam lingkungan 20-an yang sedang bersolat. Sedang dia bersolat, saya dan kawan-kawan terperasan yang dia 'makin tekan minyak', maksudnya makin laju le solat tu.

Habis aje solat, terus dia datang kat kami, dan terus sound jangan guna perkataan seperti Sidi/Sayyid kepada mana-mana ulama dan juga Rasulullah. Katanya meniru agama Kristian. That's haraaaaaaaaaammmmm. Tapi kami pun diam aje sebab malas nak bertekak benda yang kecik camni.

Tapi biasala..golongan macam diorang tu memang suka bebenor nak debat benda remeh-temeh camtu!

Tanpa Nama berkata...

Puak Wahabi ni .... kununnya nak menjaga agama ... rupanya biadap. Aku dengar citer, Asri Wahabi tu nak dilantik jadi mufti Perlis Indera Wahabi ????? Malang sungguh orang Perlis ..... camtu pun leh jadi mufti ker??????

Abu Muhammad berkata...

Kalu Dr. Asri depa bubuh jadi mufti, Datuk Alim Panglima depa nak bubuh mana ? Kesianlah kat Alim Panglima yang berbini muda tu. Udahlah kontrak dia kena sain setiap bulan, zalim betul Tok Shahidan, sampai hati dia penaya Datuk Alim Panglima.

Perlis Darul Sunnah dah tak dak ulama ke? Sampai cekup Mamat Penang tu. Ustaz Dahlan kan ada, layak jadi mufti tu. Kalau nak lebih ummm lagi lantik le Prof. Dr. Harun Din, kan anak jati Perlis. phd Azhar lagi. Kalau tak adik dia kan ada, Ustaz Hasan Din. Insya-Allah, kembali damai tenteram Perlis nanti, gula pun taklah berkurang. Tapi aku ingat Dr. Harun Din sudah tentu tak sokong mazhab Wahhabi - Salafi.

Apa-apa pun, biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya.

voice berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.