Sabtu, Januari 05, 2008

Pernyataan DPP Rabithah Alawiyah

Dalam menangani dan menghadapi tantangan Wahhabi, jangan pula kita lupa satu lagi virus yang amat berbahaya kepada umat Islam, bahkan mungkin lebih bahaya dari Wahhabi, yang boleh menjerumuskan umat ke arah kesesatan dan kebinasaan.

Syiah tidak kalah dengan Wahhabi dalam memusuhi dan membunuh Ahlus Sunnah wal Jamaah. Bahkan terdapat kalangan mereka yang terkenal melakukan pembunuhan demi mencapai cita-cita dan hasrat mereka. Sudah tidak menjadi rahsia bahawa kejatuhan Daulah 'Abbasiyyah di Baghdad juga akibat pengkhianatan puak Syiah. Siapa tidak tahu mengenai Nashiruddin ath-Thusi yang sanggup bersekongkol dengan pihak Monggol untuk membunuh kaum Muslimin. Janganlah kerana layap leka mengagungkannya sebagai seorang ahli astronomi dan saintis, maka kita lupa kepada jenayah dan pengkhianatannya terhadap umat ini. Kita tidak tahu entah berapa ramai orang Ahlus Sunnah wal Jamaah telah dibunuh mereka, bahkan sehingga kini Ahlus Sunnah masih ditindas di Iran yang dahulunya adalah negara Ahlus Sunnah. Slogan perpaduan, "la Syiah wa la Sunnah", adalah seumpama slogan puak Khawarij sewaktu memerangi Baginda 'Ali r.a. iaitu perkataan yang benar tetapi tujuannya adalah kebatilan. Jika tidak ada perbezaan antara Sunnah dengan Syiah, maka kenapa perlu kamu wahai Syi`i menyebarkan fahaman kamu dalam negeri kami yang penduduknya telah sekian lama berada di bawah naungan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah? Allahu ... Allah, sungguh Syiah sama dengan Wahhabi, sama-sama memusuhi Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan mereka akan menindas bahkan membunuh Ahlus Sunnah wal Jama`ah apabila dapat berbuat sedemikian. Siapakah kita ini, jika para sahabat yang mulia juga tidak lepas dari kebencian puak tersebut. Waspadalah wahai Sunniyyun.

Kepada keturunan habaib yang kami cintai, janganlah terpengaruh dengan dakyah puak Syiah yang kononnya mencintai kamu. Sungguh kecintaan mereka itu hanya tipuan semata. Berpeganglah kamu kepada jangan para salaf kamu yang mulia agar kalian dapat kami jadikan panutan sebagaimana leluhur kamu terdahulu. Dalam satu pernyataan daripada Dewan Pengurus Pusat (DPP) Rabithah Alawiyah tentang perselisihan Sunni - Syiah dinyatakan antara lain:-
Surat pernyataan dari para ulama, munsib dan tokoh-tokoh keluarga Abi Alawi di Hadramaut dan al-Haramain mengenai urusan seputar Rabithah Alawiyah yaitu "Agar tetap kokoh dan istiqomah di atas fondasi, aturan-aturan dan Anggaran Dasar yang telah disusun oleh para pendiri dan kepengurusan Rabithah Alawiyah terdahulu yang berjalan di atas Thariqah Ahlu Sunnah Wal Jamaah al-Asy`ariyah, mengakui dan mengikuti madzhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hambali).
Diharap para habaib kita akan terus menjaga jalan para leluhur mereka. Dengan itu, tetaplah kemuliaan berada bersama mereka dan sentiasalah mereka menjadi ikutan dan panduan para muhibbin.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum

Syukran ya Sidi atas peringatan ini sekali lagi. Sekarang ini fenomena yang ada amat merisaukan, terutama sekali di Johor dan KL.

Sesetengah riwayat daripada sebahagian guru-guru kami menyebutkan Al-Imam Alhaddad mengajarkan bacaan Ratibnya yang masyhur kepada anak muridnya 'Amir untuk menentang ajar Syiah yang cuba memasuki kampung tersebut.

Bukan membuka pekung sendiri, tetapi sekarang ini ada marga Alhaddad sendiri yang menjadi Syiah bertentangan dengan ajaran moyang mereka Al-Imam Al-Qutb. (Setau ana mereka masih tetap membaca ratib tersebut). Ada Al-Attas di Malaysia yang mengkafirkan nenek moyang mereka yang berfahaman Sunni.

Berkenaan slogan tiada Sunnah atau Syiah, itu hanyalah slogan politik untuk meraih sokongan umum sahaja. Khomeini seorang pakar politik. Tidak peliklah bila ramai yang mengkaguminya.

Moga Allah menyelamatkan kita semua dari fahaman-fahaman yang salah, dan meneguhkan kita atas kebeneran.

Abu Muhammad berkata...

Wa 'alaikumus salam wa rahmatUllah,

Marhaba ya habibna, marhaba.

Allahumma aamiin.

Saladin Convoy berkata...

Bagaimana pula dengan seorang penyanyi nasyid dari negara seberang (tak perlu disebut namanya, tapi rasanya faham kot siapa dia tu, namanya terbalik dengan nama seorang penasyid di sini)?

Sebab berdasarkan lirik² lagunya yang tertentu, contohnya daripada Qasidah Burdah, yang mereka nyanyikan, ditukar liriknya dan ditambah "Ahlul Bayt" pada bahagian tertentu. Malah dia ni pernah la dituduh (oleh seorang yang menulis kepada akhbar Berita Harian) sebagai Syiah (tapi mungkin juga yang menulis tu seorang Wahhabi, waLlahu a`lam...).

Hoho, okaylah, mungkin juga saya terlampau berprasangka dengannya. Saya berharap sangat sangkaan saya ni tak benar. Tapi kalau ada yang mengetahuinya, bagus juga kalau diberitahu pada saya, boleh juga saya "berhati-hati" dengan penyanyi nasyid ni...

Abu Muhammad berkata...

Mencintai Ahlul Bait bukan hanya ajaran syiah, tapi Ahlus sunnah juga berkewajipan untuk mencintai mereka demi kekerabatan mereka dengan Junjungan Nabi s.a.w.

Oleh, itu jika dia memuji Ahlul Bait, maka bukanlah bererti dia Syiah.

Syiah adalah mengakui mencintai Ahlul Bait dan membenci para sahabat bahkan sanggup mengkafirkan mereka termasuklah sahabat-sahabat besar.

Berhubung penasyid tadi, ambo dengar-dengar jugak sebagaimana yang antum dengar. Tapi insya-Allah, para habaib di seberang masih kuat Ahlus Sunnah nya, jika ada yang menyeleweng hanya segelintir kecil.