Rabu, Julai 02, 2008

ٌRiyaadhus Shaalihiin

"Riyaadhus Shaalihiin" adalah karya Imam Muhyiddin Abu Zakaria an-Nawawi. Ianya adalah antara karya beliau yang masyhur dan luas sebarannya. Kitab yang mengandungi sabdaan-sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. ini telah diberi perhatian oleh para ulama sehingga ada yang mensyarahkannya dalam jilid-jilid yang besar dan tebal.

Antara yang memuji karya ini dan berwasiat agar ianya dijadikan panduan dan rujukan setiap masa dan ketika adalah Habib 'Idrus bin Salim bin 'Alawi al-Jufri, pendiri Lembaga Pendidikan al-Khairat. Antara bait syair pujian beliau atas kitab ini adalah sebagai berikut:-

رياض الصالحين كتاب علم
كتاب قد حوى علما كثيرا
عليك بدرسه في كل يوم
و لا تعدل به ليلا سميرا


Riyaadhush Shaalihin himpunannya ilmu
Kitab yang sarat muatan ilmu
Pelajarilah ia setiap hari tanpa jemu
Ketika malam jadikan dia teman diskusimu


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh, Saudara Bahrusshofa

Saya adalah salah seorang Blogger di Internet dan memiliki satu laman Blog; http://korban-demokrasi.blogspot.com/

Memandangkan saya sedaya-upaya saya berpegang kepada iktiqad yang sahih al-asy'irah, saya memohon sekiranya pihak Saudara dapatlah memantau Blog saya dari masa ke-semasa bagi memberikan teguran-teguran jika ada yang Saudara nampak yang berkaitan dengan pegangan Ahl-Sunnah Wal Jama'ah yang sebenarnya.

Sekian, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Al-Faqir-illaLlah KorbanDemokrasi