Rabu, Ogos 13, 2008

Pemakaman Fathimah bt. Asad

Imam ath-Thobarani dalam Mu'jam al-Kabir dan al-Awshat meriwayatkan kisah kewafatan Sayyidah Fathimah binti Asad bin Hasyim dengan sanad yang jayyid. Di mana hadits tersebut turut diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Hakim daripada Sayyidina Anas r.a. dan mereka memandangnya sebagai shohih. Ianya juga diriwayatkan oleh Ibnu 'Abd al-Bar daripada Sayyidina Anas r.a., Abu Syaibah daripada Sayyidina Jabir r.a., ad-Dailami dan juga Abu Nu'aim. Antara pengajaran dalam hadits ini adalah bagaimana Junjungan Nabi s.a.w. berdoa menyebut dan berwasilah dengan "haq" diri baginda yang mulia serta dengan "haq" para nabi yang telah datang sebelum baginda. Difahamilah bahawa segala para anbiya' tersebut selain beberapa yang dipercayai masih hidup, telah pun wafat dan kini hidup di alam barzakh. Maka dapat disimpulkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. telah bertawassul dengan para anbiya' yang telah wafat. Oleh itu, jika tsabit perkara bertawassul dengan orang yang telah mati daripada perbuatan Junjungan Nabi s.a.w., maka kenapakah dipertikaikan perbuatan umat baginda yang bertawassul dengan "haq", "barkah" dan "jah" baginda setelah kewafatan baginda? Jika dikatakan bahawa hadits tersebut tidak tsabit, maka telah kami nyatakan ianya tsabit jika tidak di sisi sekalian muhadditsin, maka setidak-tidaknya di sisi sebilangan mereka, menjadikan ianya perkara yang diikhtilafkan oleh para ahlinya. Maka tiadalah hak untuk kita mencegah mereka-mereka yang berpegang dengan hadits ini kerana mereka punya panutan dan sandaran. Allahu ... Allah, bertasamuhlah, biarlah masing-masing berpegang dengan keyakinan masing-masing.

Pemakaman Bonda Fathimah binti Asad r.'anha
Sayyidah Fathimah binti Asad bin Hasyim r.'anha. adalah bonda Imam 'Ali r.a., dan beliau juga merupakan ganti ibu bagi Junjungan Nabi s.a.w. setelah kewafatan bonda baginda, Sayyidah Aminah r.'anha. Baginda s.a.w. amat menyayanginya seperti bonda baginda sendiri. Apabila Sayyidah Fathimah wafat, Junjungan Nabi s.a.w. telah memerintahkan agar beliau dimandikan dan ketika sampai ke siraman air kapur barus, maka Junjungan Nabi s.a.w. sendiri menjirus jenazahnya dengan tangan baginda yang mulia. Setelah itu maka Junjungan Nabi s.a.w. telah menanggalkan qamish baginda dan dipakaikan kepadanya serta dikafankannya. Baginda Nabi s.a.w. telah memerintahkan beberapa sahabat, antaranya Sayyidina 'Umar r.a., Sayyidina Abu Ayyub dan Sayyidina Usamah untuk menggali kuburnya, manakala liang lahadnya dibuat oleh Junjungan Nabi sendiri dengan dua tangan baginda yang mulia. Setelah liang lahad disiapkan, baginda s.a.w. telah berbaring di liang lahad tersebut dan dalam perbaringan tersebut baginda berdoa:-

اللَّهُ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لا يَمُوتُ،
اغْفِرْ لأُمِّي فَاطِمَةَ بنتِ أَسَدٍ،
ولَقِّنْهَا حُجَّتَها، وَوَسِّعْ عَلَيْهَا مُدْخَلَهَا،
بِحَقِّ نَبِيِّكَ وَالأَنْبِيَاءِ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِي،
فَإِنَّكَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

"Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang Maha Hidup yang tiada menerima kematian. Ampunilah bagi bondaku Fathimah binti Asad, bimbing dia untuk menegakkan hujjahnya (yakni untuk menjawab fitnah kubur), luaskanlah kuburnya, demi haq nabiMu dan segala nabi yang sebelumku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengasih."


Setelah itu, baginda mensholati jenazahnya dengan 4 takbir dan memakamkannya ke dalam lahad tersebut dengan dibantu oleh Sayyidina al-'Abbas r.a. dan Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.
Ambo nukilkan kalam dua ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah yang terbilang mengenai pengajaran daripada hadits ini. Yang pertama kalam Imam Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim dalam karyanya "al-Ifhaam wal Ifhaam @ Qadhaya al-Wasiilah wal Qubur" halaman 32, di mana beliau, rahimahUllah, menyatakan:-
Dan juga kita dapat perhatikan di sini bahawa para nabi yang Junjungan Nabi s.a.w. bertawassul dengan haq mereka kepada Allah dalam hadits tersebut dan lain-lain hadits telah pun wafat. Maka tsabit harus (jawaz) bertawassul kepada Allah dengan "haq" atau dengan "ahlil haq" yang hidup dan yang mati. Justru setelah ini adakah hujjah bagi orang yang menegah bertawassul?! Ya Allah, tiada kekuatan melainkan denganMu!!
Kalam yang kedua daripada al-Faqih Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith dalam "al-Ajwibah al-Ghaaliyyah" halaman 76, di mana beliau, hafizahUllah, menyatakan:-
Lihatlah kepada sabdaan baginda : "dengan haq para nabi sebelumku", maka itu adalah dalil yang jelas bagi mengharuskan / membolehkan bertawassul dengan para nabi setelah kewafatan mereka, sesungguhnya mereka itu hidup di alam barzakh. Dan demikian pulalah segala waris-waris mereka yang sempurna dari kalangan para shiddiqin dan awliya. (Yakni boleh bertawassul dengan mereka semuanya, sama ada yang masih hidup maupun yang telah wafat).

Allahu ... Allah, inilah pemahaman para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jamaah. Cuba tuan-tuan gi banding ngan pemahaman Wahhabi dan Silapi. Rasul Dahri as-Silapi dalam buku khabitsnya "Ikhwanul Muslimin atau Ikhwanul Muflisin?" pada halaman 26 menulis:-

Hasan al-Banna membolehkan seseorang berdoa atau bertawassul (berperantaraan) kepada kuburan, menyeru roh wali yang dikeramatkan, berperantara dengan orang yang telah mati terutamanya berperantaraan dengan para syeikh-syeikh sufi yang dianggap sebagai orang suci. Hasan al-Banna tidak pernah menarik semula (tidak pernah membatalkan) atau memansuhkan fatwa-fatwanya, antara fatwa beliau:-

Berdoa apabila disertai dengan bertawassul kepada Allah dengan makhlukNya (yang telah mati), maka yang demikian itu adalah furu'iyyah dalam tata cara berdoa, bukan termasuk dalam masalah akidah".

Subhanallah, astaghfirullah! Bukankah perbuatan memuliakan orang-orang soleh dengan cara berdoa dan bertawassul (berperantaraan) kepada orang soleh tersebut yang telah mati termasuk amalan jahiliyah yang berkait dengan akidah? Ia berkonsekuensi kepada syirik akbar (syirik besar) dan membatalkan tauhid seseorang kepada Allah.

Allahu ... Allah, sungguh lahabau si Rasul Dahri bekas pelajar al-Junid. Kalu kome baca bukunya tu, abis ulama dan daie semuanya disesatkannya, Hasan al-Banna sesat, Mustafa Siba'i sesat, Said Hawa sesat, Zainab al-Ghazali sesat, Umar Tilmisani sesat, Qardhawi sesat, Mawdudi sesat, hanya ulama Saudi je yang betul. Maka adakah tatkala Junjungan Nabi s.a.w. bertawassul dengan para nabi yang telah wafat tersebut hendak kita hukumkan sebagai melakukan amalan jahiliyah? Biar betul si Abu Farouq Rasul bin Dahri niiiiii, karang jadi Abu Beruk pulak. Maaplah wak tongah goram ni !!! Abis, semua orang dah ekau sosatkan, kalau budak Asri sorang tak pa lah, buleh kontrol laie, tapi dah menjalar sampai tokoh-tokoh bosa yang ekau sosatkan..... mau tak goram. Kalau diturut dek hati ni, mau lobam bijik mata, kalau tak mata ese, mata ekaulah..... takut glamer je masuk suratkoba.


5 ulasan:

KorbanDemokrasi berkata...

Assalamu'alaikum !
Saudaraku Sidi Abu Muhammad yang dikasihi,

Jika ada peluang saya ingin juga menghitamkan sebelah mata Dahri yang bukan dan jauh langit dengan bumi dari perjuangan rasul itu !. Sedutan posting saya yang terdekat;

"Demikianlah tangisan dan sebak di hati oleh Sheikh Yusuf Al-Dijwi rahimahuLlah [Allamah Abu Mahasin Jamal Ad-Din Yusuf bin Ahmad Ad-Dijwi Al-Maliki Al-Azhari rahimahuLlah (wafat 1365 H)], yang menangis sehingga basah janggut-janggut beliau rahimahuLlah apabila beliau rahimahuLlah di’tegur’ oleh anak-anak muda yang amat dikasihinya agar melawan sunnatuLlah. Beliau rahimahuLlah sudah tidak dapat berkata-kata lagi dan hanya air-mata beliau rahimahuLlah sahaja yang bercucuran untuk menjelaskan dan meluahkan apa yang sebenarnya bergejolak di dalam hati beliau rahimahuLlah. Beliau sudah disedarkan bahawa kini sunnahtuLlah telah mengatasi ikhtiar yang telah beliau rahimahuLlah usahakan. Beliau rahimahuLlah kemudiannya redha dengan ketetapanNya dan mengucapkan “LAA QUWWATA ILLAA BILLAH !!”. Wahai Anak-Anak Muda Zaman ini !, ambillah kisah kehidupan Sheikh Yusuf Al-Dijwi rahimahuLlah sebagai pedoman dalam menentukan kebun yang mana anda sedang berada. Jangan dik kerana kemarahan dan kegeramanmu terhadap musuhmu kau menjadi hilang pertimbangan dan lupa kepada Warisanmu dan yang lebih-lebih lagi engkau menyindirinya pula rahimahuLlah. Sungguh, ilmu yang ada padamu hanyalah dari Lautan-Lautan Yang Terkunci, sedangkan engkau lupa bahawa asalmu adalah dari Lautan Yang Sebenar-benar Lautan. Tetapi, engkau memaksakan juga dirimu untuk terjun ke dalam Lautan Yang Terkunci, walaupun engkau telah dihalang, sehingga, lemaslah engkau di dalamnya terpenjara dan kemudiannya menjadi sebahagian dari kemasinan dan kepayauan yang berlebih-lebihan dari Lautan Yang Asal. Dan, kini engkau sudah menjadi kebun-kebun dan menghasilkan berjenis-jenis pula tanaman dan ternakan yang berspesis-spesis pula."

Tunggu keluarannya !

WabiLlahitaufiq wassalamu'alaikum
TOKPAKIR KORBANDEMOKRASI

Mohd Samsuddin Harun berkata...

Abu Muhammad, rasanya nak panggil Abu Beruuk tu takde sapa suruh melainkan sikap gelojoh dan tidak berhati-hati anda. Kot ya pun pertahankan hujjah nak beri gelaran beruk kat orang bukan sekali amalan islam yang sepatutnya anda jauhi. bagaimana saya nak mempercayai kata-kata anda bila anda beramal dengan akhlak sebegini.

hanifsalleh berkata...

Rasul Dahri dah melampau.Dalam youtube dia jawab Us,Zamihan tapi merepek sahaja.Konon baru 10 tahun duduk Mekah dah terror sampai semua amalan ulama terdahulu bida'ah.Yang peliknya ada juga golongan yang jahil mengikuti kuliahnya sampaikan dah taksub.Nampaknya orang Islam Singapura nak disesatkan dengan fahaman beliau yang bercelaru tu.Inilah yang dikatakan ulama songsang bin terbalik....

Abu Muhammad berkata...

mohd samsuddin harun, anda pasti seorang pencinta silapi yang kehabisan hujjah, sebab itulah taktik golongan anda bila terpangkung kepala sendiri. Nak cakap pasal akhlak elok anda bercakap dahulu dengan Rasul, THTL, Asri dan golongan yang sewaktu dengan mereka.

Kalau ambo kurang akhlak, masih bisa dimaapin sebab ambo orang awam, tapi tu yang mengaku ulama cam ne akhlaknya.

Sila lihat Rasul, baik punya akhlak dia!!!!!! abis orang lain disyirikkan, disesatkan dan sebagainya. Elok jadi beruk dari jadi syirik.

FAHAAAAAAAAAAMMM !!!! Wahai Samsuddin.

Nak percaya atau tidak itu terpulang kepada anda. Tapi ingat akan hadits Junjungan yang mafhumnya, akhir zaman banyak yang menanam gula di bibir mulut tetapi punya hati serigala.

Abu Muhammad berkata...

Wahai Samsuddin Harun, se lagi, mu faham ke bahasa melayu, bila masa ambo kata Abu faruq tu beruk?

Ambo kata:-

Biar betul si Abu Farouq Rasul bin Dahri niiiiii, karang jadi Abu Beruk pulak. Maaplah wak tongah goram ni !!!

Adakah anda faham perkataan "karang" di sini? Ianya pasti bukan batu karang.

Selamat membaca or silalah berkalih ke blog lain.