Selasa, Mei 05, 2009

Tawassul Mencegah Wabak

Mula-mula burung, la ni b*b* pulak. Satu dunia jadi risau dek makhluk seni ciptaan Allah s.w.t... Allahu ... Allah. Selain berikhtiar secara lahiriah seperti menggunakan vaksin dan sebagainya, para ulama kita telah mengajar beberapa amalan yang boleh dijadikan ikhtiar memohon perlindungan Allah s.w.t dari ancaman makhluk Allah s.w.t. yang bernama virus wabak tersebut. Antara yang masyhur diamalkan adalah tawassul dengan Ahlul Kisa` yang lima. Malangnya sekarang, muncul kat Mesia ni, golongan yang bermudah-mudah menuduh orang yang menyebut-nyebut Ahlul Kisa` sebagai Syiah. (catatan: Deme ni dok tuduh orang bermudah-mudah tuduh deme wahabi, deme pun apa kurangnya bermudah-mudah menuduh orang lain syiah, jahmiah, kuburi dan dan dan sebagainya). Ketahuilah mencintai Ahlul Kisa` adalah ajaran Sunni bukan semata-mata monopoli puak Syiah. Antara ulama Sunni yang menyebut mengenai amalan tawassul dengan Ahlul Kisa` sebagai sarana mencegah wabak penyakit adalah al-Qadhi asy-Syaikh Yusuf bin Isma`il an-Nabhaani rahimahUllah. Dalam karyanya "Sa`aadatud Daarain" halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.


Kujadikan lima orang sebagai wasilah kepada Yang Maha Kuasa
Untuk kupadamkan dengan keberkatan mereka
Akan kepanasan wabak dan kebinasaannya
Junjungan Nabi al-Musthafa
Baginda 'Ali al-Murthada
Dua anak mereka berdua
Imam Hasan dan Imam Husain saudaranya
Dan bonda mereka Siti Faathimah juga

Oleh itu, sesiapa yang nak beramal dengan tawassul tersebut, biarkanlah sahaja, takkan jadi Syiah dengan semata-mata menyebut Ahlul Kisa`. Lagipun, amalan tersebut disebut dengan shorih oleh ulama sunni panutan kita. Sesiapa yang tak emboh, dak ngape jugok ... lana a'maaluna wa lakum a'maalukum.

26 ulasan:

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

awok oghang pahang ke?

Abu Muhammad berkata...

dok, oghang seghawok

NA_SR berkata...

salam ustaz pasal zakat dan ahlul bait, adakah ahlul bait yg termasuk dari golongan syed dan apakah yg dimaksudkan dgn khumusul khumus?
lagi satu ustaz, apakah yg dimaksudkan dgn ahlul kisa'?

Abu Muhammad berkata...

Salam.

Golongan syed yang silsilah mereka bersambung kepada Junjungan Nabi adalah termasuk ahli bait.

Khumusul Khumus itu 1/5 daripada harta ghanimah (harta rampasan perang sabil)dan harta fai` (harta yang diperolehi tanpa perang) yang diperuntukkan kepada (i) Junjungan Nabi (ii) Kaum Kerabat baginda (Bani Hasyim & Bani Mutholib) (iii) anak yatim (iv) fakir miskin (v) ibnus sabil.

Ahlul Kisa` adalah ahli bait yang teristimewa yang diselubungi dengan kisa` (kain selendang/selimut) dan didoakan oleh Junjungan Nabi s.a.w. tatkala turun ayat 33 surah al-Ahzab. Di mana Junjungan Nabi telah memanggil Siti Fathimah, Imam Ali, Imam Hasan dan Imam Husain, menyelubungi mereka dan berdoa: "Ya Allah, mereka inilah ahli baitku. Ya Allah hilangkanlah daripada mereka kekotoran dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya."

NA_SR berkata...

oh... itu ayat yg org baca masa tahlil tu kan.. yg hujung ayatnya berbunyi 'wayutohhirukum tathira' betulkan ana kalau salah ustaz.
bolehkah ustaz postkan kisah ttg ahlul kisa' ni dlm blog ust ni... berminat nak mengetahuinya...
salam ustaz.. sollu 'ala Muhammad wa ali Muhammad!!!

Unknown berkata...

assalamualaikum,

nak minta penjelasan ttg permissibility/non-permissibility membina binaan atas kuburan. sudah dicari di blog ini tapi belum bertemu lagi. mahu diketahui posisi ulama Syafii mengenainya.

wassalam.

Abqori Bro berkata...

Salam kenal semula, Ustaz.

Bagus sungguh tulisan-tulisan di blog ini. Saya dah lama mengikutinya. Teruskan usaha Ustaz dan semoga terus diberkati.

Minta Ustaz doakan saya yang dah hilang semangat (baca : tak macam dulu), saya dah tinggalkan pembacaan Kutaib Syawariqul Anwar yang disusun oleh Habib Ahmad Alawi Al-Maliki. Semoga dikurniakan Hidayah untuk sentiasa membacanya semula. Cinta dunia banyak sangat masuk dalam hati ini.

@NA_SR Betullah ayat itu. Tapi biarlah Ustaz yang menerangkannya dengan lebih terperinci.

@THE MALAY PRESS Koi orang Pahang. Kenapa?

camarputih berkata...

ustaz,macamana ana nk dptkn doa ni?

Unknown berkata...

Assalamua'lykom,

Saya ingin bertanya, dalam tawasul ke atas 5 orang soleh, mana pergi lafaz kita meminta kepada ALLAH ? Sebab tanpa lafaz tersebut, ia bukan-nya doa.

Dan sebaik contoh doa, ialah menyebut nama ALLAH, memuji-nya sebagaimana salawat, yang telah ditunjukkan oleh pesuruh ALLAH:

"YA ALLAH, kurniakanlah salawat....."

Adakah kita lebih tinggi darjah-nya daripada pesuruh ALLAH (saw)? Siapa kita yang berani kata pada ALLAH "aku padamkan ....."

Semoga komen ni memberi panduan di hari Jumaat

Sekian wassalam

Nama: AbgRamz

Abu Muhammad berkata...

Salam.

AbgRamz, sila baca betul-betul akan tawassul tersebut.

Dan silalah mendalami bahasa `arab sedalam-dalamnya terutama sekali ilmu balaghah, bayan, arudh dan badi'.

Janganlah terus membuat tafsiran menurut ilmu kita yang dangkal.

Jika pun kita tidak suka mengamalkan doa ini, beradablah sebab doa ini disebut dalam karya ulama terbilang seperti Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani.

Bila kita kata, ada bagiku lima orang - ianya boleh membawa erti yang banyak) spt ada bagiku lima orang yang aku harapkan doa mereka untuk melindungiku daripada wabak atau lima yang dengan keberkatan mereka wabak dipadamkan dan sebagainya ...

Sama cam kita kata ada bagiku tamilflu yang dengannya aku hilangkan h1n1.

Moga dapat difikir-fikirkan. Bersangka baiklah pada para ulama yang telah terkenal kesholehan dan ilmu mereka.

Abu Muhammad berkata...

Abg Ramz, jika Syaikh Abdul Qadir pernah mengucapkan kata-kata: "Ya Allah, anta waahidun fis sama' wa ana waahidun fil ardhi" - "Wahai Allah, Engkaulah yang Esa di langit dan aku yang tunggal di bumi (terjemah harfiah bahasa melayu) " Adakah ini bisa dihukumkan sebagai syirik secara ithlaq???

Nak tahu jawapannya silalah mengaji ilmu balaghah dan badi`.

Unknown berkata...

Assalamu'alykom,

Sebaiknya semak amalan tawasul ini dengan tuanguru2 yang merujuk kepada Quran dan hadis yang juga Ahli Sunnah.

Adakah para ulama kamu itu telah dijanjikan syurga ? sehingga kamu sanggup ambil risiko akhirat kamu beramal tawasul yang sedemikian rupa ?

Setakat ni sahaja yang saya akan bantu. Orang2 pandai seperti kamu tidak dapat saya bantu lagi.

Sekian wassalam

Abu Muhammad berkata...

Seperkara lagi, tidak menyebut nama Allah tidak semestinya menjadikan sesuatu kalam itu bukan doa.

Sila rujuk pada bab jumlah khabariyyah dan jumlah insya-iyyah. Di situ banyak contoh-contohnya.

Sama cam bahasa melayu juga.

Kalau kita kata kat orang:-

Selamat atau Moga Selamat, bukankah itu dikira sebagai doa. Adakah mesti kita tambah Allah Selamatkan Kamu bagi dikatakan sebagai doa?

Unknown berkata...

Assalamua'alykom,

Saya rasa sebaiknya kamu atau guru kamu semaklah tawasul kamu itu dengan tuanguru2 yang lain yang juga Ahli Sunnah, sebelum kamu terlambat.

Rugi besar kita kalau dalam amalan kita suci bersih banyak2 ada pulak 1-2 titik kekotoran

Sekian wassalam

Abu Muhammad berkata...

Tiada siapa yang menafikan keutamaan doa dan zikir yang warid daripada Junjungan Nabi SAW.

Tetapi tiada salahnya jika beramal dengan yang dikarang atau disusun oleh para ulama yang muktabar.

Rasanya AbgRamz tidak kenal siapa dia Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani atau AbgRamz ini termasuk mereka-mereka yang menentang beliau.

Unknown berkata...

Sesat kamu tidak dapat saya tolong lagi. Assalamu'alykom

Unknown berkata...

Assalamu'alykom,

Saya tidak kenal beliau dan saya tidak mahu kenal sesiapa yang mengajar tawasul seperti ini. Apakah dia antara orang2 soleh yang dijanjikan syurga ?

Sekian wassalam,

Abu Muhammad berkata...

Jika dikatakan doa ini berbau Syiah, maka kami jawab bahawa Syaikh Yusuf yang hidup di Bairut lebih kenal siapa Syiah dan kesesatan mereka. Bahkan beliau mempunyai karangan-karangan membongkar kesesatan Syiah seperti : "al-Asaalibuul Badii`ah fi fadhlish Shahaabah wa iqnaa-isy Syi`ah."

Juga beliau merupakan penyair dan sasterawan yang tangguh.

Abu Muhammad berkata...

Adakah kita hanya boleh berpegang dengan ulama yang dijamin masuk syurga? Adakah kita hanya disuruh berbaik sangka hanya dengan ulama yang dijamin masuk syurga?

Guru-guru kamu yang "konon"nya berpegang dengan al-quran dan sunnah pun belum tentu dijamin masuk syurga.

Dan terbuktilah yang AbgRamz ini termasuk golongan sesat yang menolak ulama. yang menolak ijmak dan qiyas. Ketahuilah bahawa mashadhir dalam syarak itu ada 4 yang disepakati dan bukan hanya 2. Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas.

Pasal amalan, biarlah Allah yang menjadi penghisabnya.

Bertaubatlah wahai AbgRamz sebelum kamu tersasar keluar daripada as-sawadul a'dhzam.

Unknown berkata...

Bukankah banyak tersebut dalam hadis2 ttg kisah sahabat yang meninggal dunia kemudian ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. akan martabat mereka kerana mereka mengamalkan doa-doa tertentu yang dikarang mereka sendiri? Tidakkah itu menjadi dalil bahawa boleh beramal dengan apa juga doa, samada yg terus dari Rasululah s.a.w., sahabatnya s.a.w. atau para ulama?

Sesiapa tak pernah dengar nama Syeikh Yusuf an-Nabhani ni, tanda dia belum mula ngaji lagi ni. Patutlah mulut celupar dan sangat tak beradab.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

Salam Abqori. xdok mende mende. saje tanye.

perang pasal tawassul pulak doh dedalam ni...bior lantok la sape yang xmboh buat tu...bior gasoknye.

Abqori Bro berkata...

@The Malay Press.

Salam balik. Entahlah dengan golongan manusia yang tak faham hakikat tawassol ini. Kasihan.

Ana rasa eloklah set-set ni datang Yaman, ke Darul Mustafa ini, tempat ana berada sekarang. Biar diorang tengok bagaimana orang-orang di sini mengamalkan tawassul dengan sewenang-wenangnya. Lagipun Islam di nusantara kita itu dibawa oleh orang HadraMaut, Yaman ini. Biar diorang tengok daripada mana asalnya semua ini.

Set-set yang nak rad tu bukannya sedar bahawasanya diorang itu orang-orang yang baru dalam agama. Baru datang seratus tahun dua, lepas tu, nak sesatkan benda yang dah berkurun lama. Sedarlah wei.. Takkanlah Tuhan nak bagi Umat Muhammmad ini sesat selama itu.

Ana walaupun baru sebulan lebih di Yaman ini, sudah dapat merasakan betapa indahnya hakikat tawassul ini.

Moh kita ke YAMAN!
(Sedih, doh nok balik!)

azizi berkata...

Wahai Pemula, bukankah Tuan Rumah sudah mengatakan "Khas untuk Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab. Wahhabi, Syiah, La Mazhabi, Salafi Gadungan dan lain-lain, anda mungkin tersinggung, eloklah cari blog lain, melainkan jika anda mencari kebenaran."

Jadi puak-puak Wahhabi dan Pseudo Salafi, janganlah sibuk-sibuk kat sini.

Sidi Abu Muhammad, terima kasih atas perkongsian di dalam blog ini. Sangat banyak mutiara-mutiara ilmu yang saya dapat di dalamnya.

جزاك الله خير الجزاء

Abu Muhammad berkata...

Salam.

Sidi Abqori, ni baru li khamsatun. Lom lagi qasidah habaib Li 'asyratun uthfi bihim naral jahimil hathimah..... 10 orang pulak padam api neraka tuuu.

Abu Muhammad berkata...

saudara azizi, da`awatukum.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

"Set-set yang nak rad tu bukannya sedar bahawasanya diorang itu orang-orang yang baru dalam agama. Baru datang seratus tahun dua, lepas tu, nak sesatkan benda yang dah berkurun lama. Sedarlah wei.. Takkanlah Tuhan nak bagi Umat Muhammmad ini sesat selama itu."

"Lagipun Islam di nusantara kita itu dibawa oleh orang HadraMaut"

Setuju. berapa tambang ke Yaman - tempat bersejarah yang menarik?