Selawat Shifa` - Ustaz Ahmad Haris

"Selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun "selawat syifa" yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya."Jadi kalau kome ke Indera Kayangan, jangan baca Shalawat Syifa` sebab deme dah kata sesat, itupun kalau kome setuju dengan petua mereka. Kalau dak setuju, baca sokmolah, pedulikanlah kebangangan puak - puak tu, Petua separuh masak tersebut telah dijawab oleh ramai ulama dan asatizah Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Puak - puak tu pun dah diam seribu bahasa, cuma keegoan sahaja yang menghalang mereka untuk angkat tangan. Kalau setakat nak kata, bid`ah atau tak warid daripada Junjungan Nabi SAW, boleh tahan lagi, tapi sampai berani kata syirik, apa cerita. Tinggi sangatkah bahasa Arab puak - puak ni ? Allahu .... Allah. tak takut Allah ke ? Siaplah hangpa tu nanti kena jawab depan Allah kerana telah mensyirikkan jutaan orang mukmin yang lain.
Diceritakan bahawa seorang lelaki yang menghidap lemah penglihatan telah mengadu kepada al-Quthub Habib Ahmad bin Hasan al-`Aththas rahimahullah mengenai penyakitnya itu. Habib Ahmad mengusap kedua-dua mata lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk banyak membaca Shalawat ath-Thibbiyyah. Selanjutnya Habib Ahmad menyatakan bahawa:- "Habib Muhammad bin Zain Ba`Abud menceritakan kepadaku bahawa beliau pernah menghidap penyakit mata yang teruk sehingga beliau menjadi buta. Lalu beliau telah mengadu kepada Habib Shalih bin `Abdullah al-`Aththas rahimahullah. Habib Shalih telah mengusap kedua-dua mata beliau dan menyuruhnya untuk mengamalkan Shalawat ath-Thibbiyyah dengan shighah:-
sebanyak 300 kali setiap hari. Ternyata kemudiannya, penglihatan beliau kembali seperti sedia kala. Dan aku telah diberi ijazah oleh Habib Abu Bakar bin `Abdullah al-`Aththas dan disuruh membacanya setiap selepas sholat fardhu sebanyak 3 kali."
"Sesiapa yang mengucapkan: "JazaAllahu `anna Muhammadan maa huwa ahluh - Mudah-mudahan Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad dengan balasan yang selayaknya buat baginda", ianya memenatkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 pagi (yakni 1000 hari)."
Ayat ini sebagaimana yang telah diamalkan dan dijadikan wirid harian oleh ramai orang - orang soleh, sebenarnya mempunyai banyak sekali berkat dan kelebihannya, di antaranya ialah:-
- Ia termasuk zikir bertawakkal....
- Ayat ini akan menambahkan rasa cinta dan kasih kita kepada Rasulullah SAW kerana sifatnya yang sungguh belas kasihan kepada umatnya. Ini jelas sebagaimana yang tertera di dalam ayat tadi. Cintakan Rasulullah SAW adalah pembuka pintu kebahagiaan........ Dari itulah, ada yang berpendapat bahawa dengan sering membaca ayat ini, insya-Allah, ia akan menjadi pembuka pintu pertolongan dan pendinding dari musibah yang tidak disangka-sangka !
- Ayat ini menyebutkan bahawa Rasulullah SAW amat berasa berat hatinya jika melihat umatnya di dalam kesusahan. Sebenarnya perkara ini bukan sahaja apabila Rasulullah SAW masih hidup, tetapi Baginda tetap merasakannya juga, walaupun setelah Baginda meninggal dunia ! Ini kerana terdapat sebuah hadis sahih bahawa wafatnya Baginda SAW juga adalah baik untuk umatnya, kerana amalan umatnya akan diberitahukan kepada Rasulullah SAW melalui para Malaikat. Jika amalan umatnya kurang baik, Baginda akan meminta keampunan dari Allah untuk mereka ! Mulia sungguh sifat Rasulullah SAW !
- Selain ianya sebagai ayat pendinding dan ayat keselamatan, ia juga adalah ayat pembawa rezeki, kerana di dalam ayat ini ada terdapat zikir "Tawakkal" serta zikir menambahkan "kecintaan kepada Rasulullah SAW".
- Ayat ini mengandungi bacaan "Laa ilaaha illaLLah (HasbiyaAllahu Laa ilaaha illa Hu)" iaitu zikir yang mengandungi banyak sekali kelebihan dan berkatnya ......
- Dan satu lagi ialah pengakuan bahawa Allah memiliki kerajaan yang luas, Tuhan yang memiliki `Arasy yang hebat !
Kesemua kelebihan ini serta kelebihan - kelebihan yang lain yang hanya diketahui Allah Taala, ada terdapat di dalam ayat "Laqad Jaa-akum" ini ! Masya-Allah ! Maka banyakkanlah membaca ayat ini jika anda ada mengalami masalah yang berat atau susah untuk diselesaikan, insya-Allah, mudah - mudahan akan ada pertolongan dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.