Berkat Mimpi Malam Nishfu
Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi (541 - 620H) rahimahullah, antara ulama Hanbali yang tersohor, dalam Kitab at-Tawwabin menukilkan kisah taubatnya Syaikh Malik bin Dinar rahimahullah, seorang ulama dan ahli sufi besar. Dinyatakan bahawa peristiwa yang menjadi sebab bagi Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat adalah mimpi yang beliau alami pada Malam Nishfu Sya'baan. Kisah ini dinukil oleh Imam Ibnu Qudamah pada halaman 202 - 205 dan di sini perhamba terjemahkan secara bebas bagi memudahkan faham.
Diriwayatkan daripada Malik bin Dinar bahawa beliau telah ditanya tentang sebab untuk dia bertaubat. Maka beliau menyatakan: Adalah aku dahulu merupakan seorang syurthi (seumpama penjaga keamanan seperti bapak polisi gitu) yang gemar untuk mabuk - mabuk minum arak. Aku telah membeli seorang jariah yang cantik, lalu kunikahi dan hasil daripada itu lahirlah bagiku seorang anak perempuan. Aku sangat kasih akan anak tersebut, namun dia telah meninggal dunia ketika berusia 2 tahun. Ini menyebabkan aku merasa amat sedih. Maka pada Malam Nishfu Sya'baan yang berbetulan dengan Malam Jumaat, ketika tidur dalam keadaan mabuk dan belum lagi menunaikan Shalat Isyak, aku telah bermimpi seolah - olah berlakunya kiamat, sangkalala dibunyikan, kubur - kubur dibongkar dan aku beserta manusia lainnya digiring ke padang Mahsyar. Tiba-tiba aku mendengar bunyi berdesir dari arah belakangku, aku pun menoleh dan aku terkejut melihat ada seekor ular besar berwarna hitam kebiruan dengan mulut ternganga meluru untuk memagutku. Aku terus melarikan diriku daripadanya. Ketika melarikan diri, aku bertemu dengan seorang lelaki tua yang bersih pakaiannya lagi harum baunya. Aku mengucapkan salam dan beliau menjawabnya. Aku berkata kepadanya : "Wahai Syaikh, selamatkanlah aku daripada ular ini." Beliau menangis lalu berkata kepadaku: "Aku lemah, ular ini kuat dan aku tidak mampu mengalahkannya, eloklah engkau cepat - cepat pergi, mudah -mudahan Allah mempertemukan engkau dengan orang yang boleh menyelamatkan engkau". Maka aku pun segera pergi sehingga aku mendaki suatu dataran dari dataran - dataran kiamat sehingga jurang neraka berada di hadapanku. Hampir sahaja aku terjatuh ke dalamnya kerana ketakutanku daripada kejaran ular tersebut. Namun, aku telah mendengar satu seruan yang berkata: "Kembalilah, engkau bukan penduduknya." Mendengar suara tersebut, aku menjadi tenang dan kembali semula ke perjalanan asalku. Ular tersebut kembali mengejarku sehingga aku bertemu lagi dengan seorang lelaki tua. Aku berkata kepadanya: "Ya Syaikh, aku hendak bertanya apakah engkau akan menyelamatkan aku daripada ular ini atau tidak?" Maka lelaki tua tersebut menangis lalu berkata: "Aku lemah, tetapi cubalah engkau naik ke bukit ini kerana padanya ada simpanan orang - orang Islam. Jika engkau mempunyai simpanan, nescaya dia akan membantumu." Di bukit tersebut aku telah bertemu semula dengan anak perempuanku yang telah meninggal. Lalu dia menghalau ular tersebut dan menyelamatkan aku daripadanya.
Selepas itu, aku pun duduk dengannya dan dia membacakan ayat ke-16 surah al-Hadid: "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang - orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah." Mendengar ayat tersebut, aku menangis dan berkata kepadanya: "Wahai anakku, adakah kamu mengetahui tentang al-Quran?" Dia menjawab: "Wahai ayah, kami lebih mengetahui dengannya daripada kamu." Aku berkata lagi: "Ceritakanlah kepadaku tentang ular yang hendak membinasakan aku tadi." Dia berkata: "Itu adalah amal burukmu yang telah engkau kuatkan sehingga dia hendak menenggelamkan engkau dalam api neraka." Aku bertanya lagi: "Ceritakanlah kepadaku tentang lelaki tua yang aku jumpa dalam perjalanan tadi." Dia menjawab: "Itu adalah amal shalihmu yang engkau lemahkan sehingga dia tidak mampu mengalahkan amal burukmu." Aku bertanya lagi: "Wahai anakku, apa yang kamu buat di atas bukit ini?" Dia menjawab: "Kami adalah anak-anak orang Islam yang telah meninggal ketika kecil. Kami ditempatkan di sini sehingga berlaku kiamat, menunggu kamu datang kepada kami agar kami dapat membantu kamu (yakni anak-anak kecil yang meninggal tersebut akan menjadi simpanan untuk menolong dan memberi syafaat bagi ibubapa mereka.) Maka aku pun terjaga dari tidurku dengan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa dan maksiat yang telah aku lakukan. Akupun membuang segala minuman yang memabukkan, memecah bejana-bejananya dan bertaubat kepada Allah `azza wa jalla. Inilah yang menjadi sebab bagi taubatku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan