Selasa, Jun 27, 2006

Nabi Khidhir 2

Kali ini aku nukil pulak tulisan Syaikh Badi`uz-Zaman Sa`id an-Nursi yang diterjemah dalam bahasa omputih di bawah jodol "The Letters", jilid 1, mukasurat 1 - 2. Buku ini kome boleh cari kat Saba Islamic Media.
  • First question:- Is Khadr (peace be upon him) still alive ? If so, why do some serious scholars reject his being alive ?
  • Answer:- He is still alive. But there are five degrees of life, of which Khadr has the second. It is because of this that those scholars have doubted his being alive.
  • ....The second degree of life is manifested in the lives of Khadr and Elijah. This second degree is to some certain extent free in that those who have it can be present in different places at the same time, and their life is not bound by the necessities that bind ordinary human life. Like us, they may eat and drink at times but, unlike us, they do not have to. The experiences that some godly persons who are able to discern the hidden truths have had with Khadr are enough to illuminate and prove this degree of life. Further, one of the spiritual degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is called the 'station of Khadr'. A saint who has attained this degree may meet Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even happens that one who holds this station is mistaken for Khadr himself.

Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi'uz-Zaman an-Nursi. Terpulanglah kepada kalian, nak terima sila, nak tolak gasak kome le, kan Syaikh an-Nursi tak maksum, sama jugak macam Syaikh Qardhawi dan Dr. Solah al-Khalidi. Tergelak den bila tengok hujah geng Ahkam, syabas kepada THTL, alitantawi & Zain Y.S. Typical hujjah geng Ahkam bila tersandat .... ulama tak maksum ....... ulama bias ........ macamlah depa kat Ahkam Online maksum, tak bias ....... lagi sekali gua cakap sama lu:-


TUAN HASAN TUAN LAH,
ZAIN Y. S
TUAN HASAN PIIIIIRAAAAAH.
ZAIN SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Jangan marah noooooooooooooo.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Depa ni patut kena hamun macam ni je. Ilmu taklah seberapa pun saya rasa la (saya lagi teruk). Dah tu ulama muktabar pun depa bleh kata camtu. Kalu tak suka org sufi declare jelah. Buat apa nak berdolak-dalik. Ini kata Imam Nawawi RA plak yg bias...depa ni dah sesat didalam kemegahan diri depa sendiri ni...

Tanpa Nama berkata...

Tuan2,

Lihat betapa kelakarkarnya jawapan panel Hafiz Firdaus punya Website
hmm....pak syaikh tu. mursyid dan idola kpd ustaz alGhari.

tanda sesat ialah ramai orang ikut...salafi ni menjadi gharib di akhir
zaman (sikit pengikutnya)...lagilag alahainya duhai limbat. macam
juga keli limbat, mana ada lagi species limbat ni, banyak dah pupus,
yg ada keli afrika aje...hehehe"

Kesian sangatlah kepada yg dok ikut depa ni...

"

Abu Muhammad berkata...

Cik Nony 1, ambo maki ke? Idak eh, ambo pantun je, kalu maki lain ..!!!@#@$%#$%$#$%%. Bebudak jangan dilayan sangat, jangan-jangan baligh sahaja, aqil belum lagi kot.

Cik Nony ke-2, dale sungguh ibaratmu tok fahei ambo bab keli-keli ni. Apa-apa pun HIDUP AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
hamba sesekali jengok di blog ni agak terkejut kerana corak penulisan sekarang lebih kepada emosi.
Walau hamba tak setuju jugak dengan cara puak wahabi tapi bagi hamba usahlah dimaki mereka itu. Terangkan saja dengan jelas, soal mereka mahu menerimanya atau tidak itu adalah dari hidayah Allah swt jua.
Bukan masanya sekrang utk kita bergaduh soal2 khilaf. Pasal nabi khidir masih hidup atau tidak pun jadi perang..apa hal ni beb?
Hamba lebih takut dengan pandangan ramai org islam skrang yg memperlekehkan perkara wajib, maka tugas bagi pihak tuan dan sahabat2 tuan yg belajar agama inilah utk menyebarkan dan berhujah menegakkan ajaran islam.
Setakat org tuduh hamba sesat sedangkan hamba yakin hamba tak sesat, ..maka usahlah dilayan sangat permainan syaitan yg mahu kita berantakan sesama sendiri.sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ni cik Noni-2,

Geramlah syeikh kat depa ni. Saya cuma quote apa depa kata tu..depa ni dah banyak menyesatkan org sebenarnya terutama yg muda2 dgn faham depa. Kat Kolumpo ni dah melambak2 jadi camtu. Kalau tak suka org sufi pun(saya cuma pecinta sufi) diam jelah. Jgn dok kondem amalan org yg diiktiraf oleh ulamak muktabar. Entahlah syeikh...mudah2an Allah menjauhkan bala' ni dari keluarga kita...

Tanpa Nama berkata...

assalamu alaikum

Abu Muhammad, boleh tak kasi detail buku

'mendekati Ulama & Para Wali Allah Di Mesir' oleh Ustaz Ahmad Lutfi Bin Abdul wahab Al Idrisi Al Linggi.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ...

ni cik nony2 lagi...hamba tau lah syeikh geram kat puak ni, serupa mcm teman2 hamba yg berfikiran mcm syeikh.
Tapi lama lama hamba terfikir inilah cara syaitan nak bagi kita bergaduh sesama sendiri, masing masing nak tegak kan pegangan yg kecil hingga lupa pada pegangan yg lebih besar.
Teringat hamba pada kata kata seorang bijak pandai ' jika anda benar , anda tidak perlu marah, jika anda salah, anda tidak boleh marah'..hehe
Fokus kan pada perkara yg lebih besar ya akhi..semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah. amin.

Abu Muhammad berkata...

Cik Nony sekalian, cuba baca betul-betul gaya penulisan aku. Aku biasanya memperjelaskan bahawa apa yang dibincangkan adalah isu khilafiyyah di mana pihak-pihak berhak berpegang dengan pendapat ulama masing-masing. Ada aku kata kome semua kena turut ikut ulama aku sahaja ? Semuanya aku serahkan kepada kalian.

Pasal maki, bila masa pulak aku maki orang. Piraaaaaaaaaaaaah itu maki ke ? Kamu sebenarnya dah termakan dakyah puak-puak tersebut, ingat akhir zaman ni banyak yang mulut manis tetapi hati hitam legam (hati serigala).

Ini bukan masalah emosi. Ini masalah mempertahankan maruah ulama. Cik Nony ke 3, kalau mari blog ambo jangan sesekali, mai banyak kali dan baca betul-betul. Insya-Allah, kome tahu bahawa apa yang aku bawak adalah toleransi dan tasamuh dalam berpegang kepada pendapat masing-masing, di mana walaupun aku ada pegangan sendiri yang aku tegakkan di sini, tapi tak pernah paksa sesiapa untuk mengikutnya. Bukan macam geng Cik Nony ke - 3 kat Ahkam online.

Sila yang mulakan perang ? Aku tak pernah memulakan perang. Ulama aku ajar agar kita bertasamuh. Lihat sewaktu ulama kita bertakhta di Haramain, semua mazhab berhak beribadah ikut cara mazhab masing-masing. Geng Wahhabi kata ini perpecahan, tapi aku kata inilah hakikat toleransi dan tasamuh sesama muslimin. Waktu tersebut, kita menguasai dunia. Lihat sekarang, nampak sahaja kita bersholat dengan satu Imam lantikan depa, Israel yang kecik tu pun tak larat nak kita hadapi.

Inilah racun Wahhabi dan Syiah, apa kalah hujah,maka dia akan kata ini khilafiyyah, ini mainan setan. Maka aku kata, kamu yang mulakan permainan, maka kamulah setan yang dimaksudkan.

Kalau setakat orang tuduh aku sesat, aku tak kisah, aku tak emboh,tapi yang dituduhnya sesat dan mengarut adalah ulama kita. Kome bute ke tak nampak yang aku nukilkan adalah kata-kata ulama.

Elok benar kata Cik Nony, sila nasihatkan geng tersebut agar concentrate dengan sureheboh, golongan tak sholat, janganlah nak menyibuk ngan talqin, tahlil,kenduri arwah dan sebagainya.

Abu Muhammad berkata...

Tuan-tuan, aku heran jugak kat kome. Bila aku bukak kisah Nabi Khidhir adalah sebagai menjelaskan pegangan JUMHUR ULAMA kita kerana puak sebelah seolah-olah menyatakan bahawa pegangan kita ini karut dan tak ada sandaran ulama. Aku tak mintak kome semua terima pendapat aku atau lebih tepat pendapat jumhur ulama tersebut. Aku dah kata bahawa ini khilafiyyah, tok sah nak berbalah. SILA BACA POSTING AKU NABI KHIDHIR A.S. - 1. Kan aku dah kata kat situ. Sebab itu aku tak faham, adakah kome baca betui-betui apa yang aku postkan. Aku serahkan segala urusanku kepada Allah, Dialah yang Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

Berjidal bukan cara aku, tapi jangan kau hina ulama yang aku pegang. Ulama itu bapak aku, kau sentuh dia, siapppppppppppppp.

Tanpa Nama berkata...

Benar ya Syeikh, ulama kita adalah bapa kepada roh kita. Kerana merekalah yg mendidik roh kita. Waima bapa kita sekarang adalah bapa jasad...wallahualam

AbuKajang berkata...

Nabi Khidir itu WALI ke NABI ? Padhol Tn Syeikh Abu ...

Abu Muhammad berkata...

Marhaba ya marhaba, Tuan Syaikh Abukajang, sahabat lama.

Khilaf ulama jawabnya. Ada yang kata Nabi, ada yang kata Wali dan ada yang kata malaikat. Nanti le kita cite lagi.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

hamba cik noni2 kembali, hamba fikir syeikh mungkin tak faham teguran hamba dulu, maka disini hamba quote kan kata kata syeikh yg hamba rasa tidak wajar di letak dalam blog ni :

TUAN HASAN TUAN LAH
TUAN HASAN BOLEH BLAH
Jangan marah, karang cepat mampus tak sempat pulak jadi imam mujtahid.

Sebagaimana kata syeikh yg menyanjung tinggi ulamak maka sewajarnya syeikh juga mengikuti sikap ulamak yg tidak mengeluarkan kata kata kesat.hehehe.

Kita semua bukan maksum syeikh. Jika hamba menegur kesilapan syeikh itu , bukan kerana hamba merendahkan syeikh tapi sbb hamba menghormati org2 seperti syeikh yg memperjuangkan islam.

Utk makluman syeikh hamba jarang jumpa blog yg sebaik syeikh maka hamba takuti jika org2 yg kurang berilmu seperti hamba ini membaca blog syeikh akan terkesan dengan kata2 yg kasar dimana kami merasakan tidak wajar org yg mempunyai ilmu agama yg tinggi utk melakukannya.

Dimana setahu hamba, rasulullah dulu mengembangkan islam melalui akhlaknya maka sewajarnya kita juga begitu.

Sekian, jika hamba bersalah maka hamba mohon maaf dari syeikh. Semoga usaha syeikh diberkati Allah swt. amin

Abu Muhammad berkata...

Cik Nony, terima kasih atas teguran tersebut.

THTL sebenar dah terlalu melampau bukan sahaja menghina ulama tetapi sampai ke taraf mengkhinati amanah ilmu seperti dalam bab talaffuz bin niyyah. Aku kalau jumpa THTL rasanya nak kutangan-tangankan dia.

Aku bukan ulama, setengah ulama pun bukan. Hikmah itu ertinya bijaksana. Marah biar bertempat, Junjungan s.a.w. pun reti marah.

Jangan jadi bacul, bila maruah kita dihina, harta kita dirampas, kita marah, tetapi bila ulama dan pegangan kita dipermainkan, maka kita membisu 1000 bahasa.

Sikap berlembut kita inilah menjadikan puak-puak tersebut naik tocang. Aku tak suruh semua kitanya keras, tapi dalam 100 kena ada 1 yang keras, agar puak-puak tu sedar sikit.

Baik sangka itu akhlak yang baik, tetapi Imam Ali menyatakan bahawa zaman baik, kita buruk sangka kita jahat. Tetapi dalam zaman fasad, kita berbaik sangka dengan semua, maka kita bodoh.

Syiah dan Wahhabi menghentam, menyerang kita dari segenap penjuru. Kita disuruh berakhlak dan disuruh bertasamuh, sedangkan mereka mengambil peluang dari sikap tersebut untuk menenyeh pegangan dan ulama kita. Apa kita kena diam. Sahabat Junjungan ada berbilang, ada Sayyidina Abu Bakar dan ada juga Sayyidina Umar.

Junjungan bersabda sombong pada orang yang sombong itu sedekah. Geng sebelah akan mendhaifkan hadis ini, tetapi gasak depalah.

Ingat akhir zaman ini, ramai yang manis di mulut, nampak berakhlak, tetapi di dalam banyak penyakitnya.

Ente tahu apa itu malamatiyyah ?

Kiyai Agung sewaktu berguru pernah disambut oleh gurunya dengan penyapu.

Sekali lagi aku ucap teng kiu, tapi aku adalah aku.

Abu Muhammad berkata...

Tambah secuit, aku tak maki THTL aku beri nasihat jangan cepat marah kerana marah buleh jadi sebab cepat mampus. Salah ke????

Tanpa Nama berkata...

azman berkata,

assalamualaikum syeikh!

terima kasih di atas sumbangan syeikh dalam dunia blogger yg konten nya sgt baik dan berhikmah ni..

mmg syeikh, dema nie elok pegi mampus dari sini.. pancung aje..

bukan maki ni.. tapi nasihat ler.. kome nie tak paham2.. gaya bahasa dan camgini nak buat camne.. ye idak syeikh?

"Jangan marah, karang cepat mampus tak sempat pulak jadi imam mujtahid."

ek eleh.. ni pun bukan maki.. adoi kome nie buta huruf ke ape.. takkan belajo bahse org dah tak reti nak paham bahse sendiri..

meh aku terangkan maksud syeikh ni.. dia pesan, kalo marah nanti cepat meninggal dunia pasal marah tu bole merosakkan kesihatan kalian sume.. ni nasihat nih.. reti ke kome?

Abu Muhammad berkata...

Nasib baik jugak aku tak ikut gaya bahasa sasterawan negara Prof. Dr. Shahnon dalam PM.