Ahad, Oktober 15, 2006

Fi Sabilillah

Pertama aku nyatakan bahawa tujuan aku buat blog ini adalah sebagai alat menyampaikan tazkirah singkat agar mudah dibaca ikhwan yang mengenaliku agar perhubungan kami tidak terputus. Sebab itu, aku lebih suka menulis ringkas dan santai, tidak panjang berjela-jela. Berhubung soalan yang dikemukakan, jika hendak dijawab sepenuhnya, maka kena buat satu thesis lagilah jawabnya. Tetapi untuk tidak menghampakan aku layanlah sekadar mampu dengan peringatan bahawa aku bukanlah mufti atau ulama, nak jadi khadam ulama pun tak layak. Lakin uhibbus sholihiin wa lastu minhum.

Di sini aku nyatakan kepada ikhwah, pandangan pribadiku dengan sedikit ilmu yang ada. Aku melihat perluasan erti asnaf "fi sabilillah" yang difahami oleh jumhur ulama sebagai "al-ghazwah yakni peperangan" kepada segala yang bersifat makruf yang umum seperti pembinaan masjid, madrasah dan sebagainya seperti apa jua usaha untuk meninggikan kalimah Allah yang tinggi, sedikit sebanyak adalah kerana sudah berkurangan manusia pemurah yang sudi dengan murah hati menginfaqkan harta mereka untuk tujuan-tujuan tersebut samada berbentuk waqaf atau lainnya. Faktor ini menyebabkan dana untuk tujuan-tujuan makruf tersebut menjadi sempit sehingga menyebabkan pengertian asnaf fi sabilillah itu diperluaskan agar tujuan-tujuan makruf ini dapat dimasukkan dalam asnaf tersebut justru membolehkan zakat diperuntukkan untuknya. Inilah akibat kebakhilan kita, yang hanya sanggup mengeluarkan apa yang tidak dapat tidak dari harta kita, yakni zakat wajib, sementara untuk sadhaqah tathawwu` amat lemah dan lembap untuk dilaksanakan walaupun harta sudah seperti kata Haji Bakhil " gedung di darat kapal di laut." Inilah realiti yang telah dominan di kalangan masyarakat Islam.

Qawl yang muktamad dalam mazhab kita as-Syafi`i tetap berpegang bahawa asnaf fi sabilillah adalah tentera sukarelawan yang tidak menerima apa-apa imbuhan atau gaji atau habuan daripada kerajaan atau harta al-fai`. Mereka inilah yang berhak menerima zakat walaupun mereka adalah orang-orang yang berharta, kerana mereka menerima zakat atas asnaf fi sabilillah dan bukannya asnaf faqir atau miskin. Imam an-Nawawi rhm. dalam "al-Majmu' syarah al-Muhadzdzab" juzuk 6 halaman 125, menulis antara lain:-

و مذهبنا أن سهم سبيل الله المذكور في الآية الكريمة يصرف إلى الغزاة
الذين لا حق لهم في الديوان بل يغزون متطوعين، و به قال ابو حنيفة و مالك رحمهما الله تعالى.
و قال احمد رحمه الله تعالى في اصح الروايتين عنه: يجوز صرفه إلى مريد الحج

Dan mazhab kita (eh..eh ..eh.. rupa-rupanya Imam an-Nawawi pun ikut mazhab) bahawasanya saham (bahagian) sabilillah yang disebut dalam ayat yang mulia itu digunakan kepada al-ghuzzah (yakni orang yang berperang) yang tiada hak bagi mereka daripada diwan (payroll), bahkan yang berperang secara sukarela. Dan pendapat inilah juga dipegang oleh Imam Abu Hanifah rhm. dan Imam Malik rhm. Dan berkata Imam Ahmad rhm. pada yang asah antara dua riwayat daripadanya: "Harus digunakan (zakat) bagi orang yang hendak menunaikan haji."
Begitu juga penafsiran kebanyakan ulama` mazahib dan mufassir terdahulu. Misalnya Imam al-Qurthubi dalam "al-Jaami` li Ahkaamil Quran" juzuk 7 halaman 111 - 113 menulis, antara lain:-

وقوله تعالى: ..و في سبيل الله..و هم الغزاة و موضع الرباط،
يعطون ما ينفقون في غزوهم كانوا أغنياء أو فقراء. هذا قول اكثر العلماء،
و هو تحصيل مذهب مالك رحمه الله. و قال ابن عمر : الحجاج و العمار.
و يؤثر عن احمد و اسحاق رحمهما الله انهما قالا: سبيل الله الحج.........و قال ابو حنيفة
و صاحباه: لا يعطى الغازي إلا إذا كان فقيرا منقطعا به

"Firman Allah ta`ala : ( .. dan pada jalan Allah...) mereka itu adalah para pejuang yang berperang dan di perbatasan, diberikan kepada kepada mereka apa yang diperlukan untuk nafkah peperangan mereka sama ada mereka kaya atau faqir. Dan inilah qawl kebanyakan ulama, dan keputusan mazhab Malik rhm. Dan telah berkata Sayyidina Ibnu 'Umar r.anhuma: "Orang yang mengerjakan haji dan umrah (yakni termasuk dalam fi sabilillah)". Dan diriwayatkan daripada Imam Ahmad dan Ishaaq rhm. bahawasanya mereka berdua berkata: "Jalan Allah itu adalah haji"...... Dan telah berkata Imam Abu Hanifah dan dua sahabatnya: "Tidak diberi kepada orang yang berperang (ghazi) melainkan jika dia faqir dan terputus bekalannya/ hartanya."
Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya juga menerangkan pengertian fi sabilillah hanya kepada 2 golongan sahaja iaitu (1) al-ghuzzah dan (2) al-hujjaj (menurut pendapat Imam Ahmad). Beliau menulis:-

و أما في سبيل الله فمنهم الغزاة الذين لا حق لهم في الديوان
و عند الإمام احمد و الحسن و اسحاق و الحج في سبيل الله للحديث
Dan ada pun "pada jalan Allah",maka antara mereka ialah al-ghuzzah (orang yang berperang) yang tidak mendapat apa-apa hak dari diwaan (payroll), dan di sisi Imam Ahmad, al-Hasan dan Ishaaq, haji termasuk dalam fi sabilillah kerana nash hadits...
Walaupun begitu, terdapat juga segelintir ulama terdahulu yang memperluaskan pengertian fi sabilillah kepada segala yang bersifat kebajikan atau makrufat (terutama sekali yang bersifat umum), seperti pernyataan Imam Fakhrur Raazi dan Imam Qaffal sebagaimana dinyatakan "Tafsir ar-Raazi" juzuk 16 mukasurat 113:-

و اعلم ان ظاهر اللفظ في قوله تعالى : و في سبيل الله،
لا يوجب القصر على كل الغزاة - اي: المجاهدين في سبيل الله بالقتال-
فلهذا المعنى نقل القفال في تفسيره عن بعض الفقهاء
انهم اجازوا صرف الصدقات - الزكاة- الى جميع وجوه الخير من تكفين الموتى،
و بناء الحصون، و عمارة المساجد؛ لأن قوله تعالى : وفي سبيل الله عامل من الكل

Dan ketahuilah bahawasanya zahir lafaz firman Allah ta`ala: :..dan pada jalan Allah.." tidak memestikan pengertiannya disingkat (yakni disempitkan maknanya hanya) kepada setiap ghuzzah - iaitu: para mujahid yang berperang pada jalan Allah - maka atas makna (yakni atas makna yang diperluaskan) inilah dinukilkan oleh Imam al-Qaffal dalam tafsirnya daripada sebahagian fuqaha` mengharuskan menggunakan zakat untuk sekalian bentuk kebajikan (ila jamii`i wujuuhil khair) seperti mengkafankan orang mati, membina kota-kota, mengimarahkan masjid-masjid, kerana firman Allah ta`ala tersebut: " ...dan pada jalan Allah..." boleh digunakan kepada setiap yang tersebut tadi.

Berikut pula adalah penjelasan seorang ulama kontemporari, Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam "Tafsir al-Munir" , antara lain menyatakan:-

و في سبيل الله : وهم في رأي الجمهور الغزاة المجاهدين الذين لا حق لهم في ديوان الجند، يعطون ما ينفقون في غزوهم، كانوا أغنياء او فقراء؛ لأن السبيل عند الإطلاق هو الغزو، و هو المستعمل في القرآن و السنة....و فسر بعض الحنفية سبيل الله بطلب العلم، و فسره الكاساني بجميع القرب، فيدخل فيه جميع وجوه الخير مثل تكفين الموتى و بناء القناطر و الحصون و عمارة المساجد؛ لأن قوله تعالى (في سبيل الله) عام في الكل. و الخلاصة: المراد بسبيل الله: إعطاء المجاهدين ولو كانوا أغنياء عند الشافعية، بشرط كونهم فقراء عند الحنفية، و الحاج من سبيل الله عند احمد و الحسن و إسحاق. و اتفق العلماء إلا ما يروى عن بعضهم أنه لا يجوز صرف الزكاة لبناء المساجد و الجسور و القناطر و إصلاح الطرقات، و تكفين الموتى ، و قضاء الدين، و شراء الأسلحة و نحو ذلك من القرب التي لم يذكر في الآية
Dan fi sabilillah : ianya menurut pendapat jumhur adalah al-ghuzzaah al-mujaahidiin (pejuang yang berjihad) yang tidak mendapat hak (imbuhan) daripada daftar tentera (yang tak termasuk dalam army punya payroll), diberikan kepada mereka apa yang dinafkahkan mereka untuk peperangan mereka, sama ada mereka itu orang kaya atau faqir; Kerana sesungguhnya "as-sabiil" diithlaqkan maknanya kepada "al-ghazzu" (perang), dan atas makna inilah penggunaannya dalam al-Quran dan as-Sunnah .......... Dan telah mentafsir sebahagian ulama Hanafiyyah akan sabilillah itu atas makna menuntut ilmu, dan mentafsir al-Kaasaani dengan segala perkara qurbah, maka dimasukkan dalam pengertian sabilillah itu segala jenis kebajikan seperti untuk mengkafan orang mati, membina jambatan-jambatan, kota-kota pertahanan dan mengimarahkan masjid; kerana firman Allah ta`ala " dan pada jalan Allah" itu adalah umum meliputi segala perkara ini. Kesimpulannya: Yang dikehendaki dengan sabilillah, adalah pemberian (zakat) kepada para mujahidin walaupun mereka itu kaya di sisi mazhab Syafi`i; dan dengan syarat mereka faqir di sisi mazhab Hanafi; dan di sisi Imam Ahmad, al-Hasan dan Ishaaq, haji juga dimasukkan kepada kategori sabilillah. Dan telah ittifaq ulama, melainkan apa yang diriwayatkan daripada segelintir daripada mereka (yakni pendapat minoriti ulama), bahawasanya TIDAK HARUS digunakan zakat untuk membina masjid, jambatan, membaiki jalan-jalan, mengkafan orang mati, melangsaikan hutang (atas asnaf sabilillah), membeli senjata dan yang sedemikian dari segala qurbah yang tidak disebut dalam ayat (yakni tidak termasuk dalam asnaf yang disebut dalam al-Quran)....
Nampaknya sekarang, pandangan minoriti ulama ini telah diberi perhatian dan mendapat tempat di sisi masyarakat. Ulama-ulama kontemporari seperti Syaikh Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan dan lain-lain, nampaknya lebih cenderung untuk mengikut pendapat ini. Bagiku, bukan kerana kekuatan dalilnya tetapi kerana memenuhi keperluan semasa dan maslahah am yang semakin mendesak sedangkan dananya semakin berkurang. Di Malaysia, kerana Haji Bakhil bin Lebai Kedekut masih ramai lagi, maka pandangan dan amalan rasmi sekarang nampaknya bersetuju dengan perluasan makna fi sabilillah ini untuk memasukkan beberapa makrufat ke dalam asnafnya.

Maka timbul lagi persoalan sejauh mana atau seluas mana ianya hendak diperluaskan ? Dan siapa yang hendak membuat ketentuan bahawa sesuatu urusan itu termasuk dalam asnaf fi sabilillah? Ini sudah tentu akan mengundang lagi ikhtilaf antara para ulama zaman ini. PAS kata perjuangan mereka adalah fi sabilillah, Tabligh kata dia orang keluar jalan Allah, UMNO kata depa juga berjihad. Jangan salah anggap yang aku nak komen benar atau tidak dakwaan mereka tersebut dan aku juga tak kata semua itu tidak termasuk fi sabilillah secara umum, cuma adakah ianya termasuk dalam definasinya dalam bab zakat, itu yang perlu diketahui. Maka adalah lebih selamat jika pihak-pihak ini tidak mengumpulkan dana zakat untuk kepentingan pergerakan mereka, tambahan pula jika penyalurannya pula tidak keruan ke mana perginya, kerana di situ masih ada syubhah dan khilaf ulama. Carilah dana lain tanpa mengganggu bahagian asnaf yang nyata dan masih memerlukan.

Jadi untuk menjawab samada sebuah laman Web Islami boleh menerima zakat atas nama asnaf fi sabilillah, maka aku kata menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab kita asy-Syafi`iyyah, tentulah tidak boleh dan jika tidak boleh maka zakat yang dikeluarkan kepadanya tidaklah sah dan jika tidak sah hendaklah dikeluarkan semula kepada asnaf-asnafnya yang betul. Ikhwah kena ingat, bahawa ini persoalan fardhu dan sah - batal, oleh itu hendaklah kita berhati-hati dalamnya. Oleh itu, lebih selamat jika zakat tidak disalurkan kepada website tersebut (korang mesti tahu website mana yang dimaksudkan) kerana haknya untuk menerima zakat masih samar dan tidak jelas. Tambahan pula website tersebut tidak mewakili keseluruhan umat, tetapi hanya serpihan umat (jangan marah noo.. tapi itulah hakikatnya). Kepada website yang buat kerja minta zakat di Malaysia ni, kita kembalikan kepada mereka paku buah keras, tanyalah mereka, mana dalil yang Rasulullah beri zakat kat website, mana dalil sahabat buat begitu dan mana dalil Imam mazhab kata boleh. Katakan lagi kepada mereka, betul ke apa yang dia orang buat tu jihad atau hanya buat jahat dengan menyemaikan perpecahan antara umat atas nama pemurnian. Takkan nak masuk bakul angkat sendiri kata kamilah mujahid, kamilah pejuang Islam dan sebagainya. Dan katakan lagi kepada mereka, Junjungan kata, "tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan." Zakat kepada website kamu itu meragukan, maka eloklah kami tinggalkan dan keluarkan kepada asnaf yang telah shorih nyata dan memerlukan.

Untuk menutup posting ini aku nak ucapkan terima kasih kepada ukhtie dan akhie yang telah menghantar nukilan tulisan Mawlana Mufti Muhammad Shafi' Uthmani dalam "Tafsir Ma`ariful Qur'an" yang diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Prof. Muhammad Hasan Askari dan Prof. Muhammad Shamim dan diteliti kembali oleh Mufti Muhammad Taqi Uthmani, vol. 4 halaman 414-416, antara lain, menyatakan:-
A word of Caution
The literal meaning of fi sabilillah is very general and very common. Anything done for the good pleasure of Allah is included under fi sabilillah in the light of this popular sense. Unfortunately, there are people who wish to understand the Qur'an through a literal translation alone. They would skip the explanations and statements of the Holy Prophet s.a.w. and ignore the sayings of major commentators. As a result, they fall into error. One such error shows up when they look at fi sabilillah and find it spacious enough to accommodate everything they fancy. Under this head of Zakah, they have included everything that is considered to be good or religious. Under this umbrella, they have included the building of mosques, religious schools, hospitals, inns, even the provision of public services like wells, bridges and roads. Then, they do not seem to forget the salaries and contingent expenses of the institutions of public service. All these, they include under fi sabilillah and declare them to be worth receiving Zakah funds. This is absolutely wrong and very much against the consensus of the Muslim Ummah. This is something already decided clearly and categorically. There are statements of the noble Sahabah, the direct disciples of the Holy Prophet s.a.w. They had learnt and understood the Qur'an from him. Then, there are explanations of this expression passed on to us from the most learned authorities from among the Tabi'in. All of them restrict the expression to Hujjaj and Mujahidin.

It appears in a Hadith that someone had given a camel as religious endowment in the way of Allah (fi sabilillah). For it, the Holy Prophet s.a.w. said: "Use this camel to carry Hujjaj (Hajj pilgrims) on their journey." (Al-Mabsut, al-Sarakhsi, p.10, v.3).

Imam Ibn Jarir and Ibn Kathir are known exegetes who limit themselves to explaining the Qur'an through Hadith reports only. They both have particularized fi sabilillah with mujahidin and hujjaj who do not have the wherewithal necessary for Jihad or Hajj. As for jurists who have included students in religion or servants of good causes in this category, they have done so subject to the condition that they should be poor and needy. And it is obvious that the poor and the needy are in themselves the first among the recipients of Zakah. Even if they were not included under the sense of fi sabilillah, still they would have deserved receiving Zakah. But, no one from among the four Imams and jurists of Muslim Ummah ever said that expenditures on institutions of public welfare, building of mosques and religious schools and the rest of their functional needs are included under the head of Zakah disbursements. In fact, they have made it very clear that spending Zakah funds for this purpose is impermissible. Jurists from different schools of Islamic jurisprudence have written about it in great details. The names of some of them are given as follows: Hanafi jurist al-Sarakhsi in al-Mabsut (p.202, v.2) and Sharh as-Siyar (p.244, v.4), Shafi`i jurist Abu 'Ubayd in Kitab al-Amwal, Maliki jurist Dardir in Sharh Mukhtasar al-Khalil (p.161, v.1) and al-Muwaffaq in al-Mughni.

Other than the clarifications from authorities of Tafsir and jurists of Islam referred earlier, a little thought over this matter will help us understand the problem quickly. Let us think for a moment. If this field of Zakah was so all-embracing that it could accommodate spending on every act of worship and virtue, then, the identification of these eight recipients in the Quran becomes (God forbid) totally redundant. So does the statement of the Holy Prophet s.a.w. cited earlier where he said that Allah ta`ala has not delegated the authority to determine the recipients of Sadaqat even to a prophet, in fact, He has Himself determined the eight categories of its recipients. This tells us that the element of universal application visible to an unaware person from a literal translation of fi sabilillah (in the way of Allah) is not what Allah means. Instead, it means what stands proved from the words of the Holy Prophet s.a.w. and the related clarifications of the Sahabah and the Tabi'in.

الله اعلم

5 ulasan:

3eyno berkata...

Assalamualaikum Sheikh,

Sebut pasai "jihad fi sabilillah" ni kan,ana teringat pula satu ketika dahulu,ana ada terjumpa sorang extremist salafi,die punye la kutuk sume jemaah-jemaah yg ada di muka bumi ni,tak kire la,tareqat ke,ikhwan muslimin ke,tabligh ke dll,kalau syiah tu ana tak heran la kan,ni kutuk sume jemaah2 yg lain..

And yang paling tak tahan tu,siap bela gerakan salafi die tu,siap kata salafi ni la yang paling betul,salafi ni la yg termasuk dalam 1 golongan drpd 73 golongan dlm syurga nanti,jemaah lain sume bid'ah..agaknye nnti,die n the gang je la ek masuk surga,yang lain xikut dia,masuk neraka..sbb bid'ah katanya?

pastu die mengomen kata tabligh la buat bid'ah paling besar,sbb tabligh meletakkan 'khuruj' (keluar beberapa hari atas urusan dakwah) itu sebagai 'jihad fi sabilillah' sdgkan jihad yg sebenar adalah berperang,so jihad meke ni tak boleh diterima..bila ana bace artikel anta ni,rase nk tergelak je bila teringat dia bleh ckp mcm tu..ha ha ha

Depa kata,da'watussalafiyyah sajalah yang paling betul..ntah ape daawah die ceq pon tak tahu..

Aiih..tak paham beno aku fikiran puak ni yg begitu singkaaaaaat skali..abis sume org gheir salafiyyin dicop jadi bid'ah..

Yang salafi mesia ni pula,tak pulak kutuk Tabligh,tapi kutuk Tareqat,depa kata Tabligh amat bagus,puji sokmo la,tapi yang peliknya Tabligh tak pernah la pula puji depa..ha ha ha,tu yg lawak tu..keskes

Aiih..macam-macam ragam si salafi ni..fenin ana..

Abu Muhammad berkata...

Kalau ikut kata deme, lenganglah syurga tu nanti daripada Bani Adam dan Hawa.

Tawel-Sensei berkata...

Dah tak nampak lagi banner iklan mintak zakat tu. Dah insaf agaknya. Apa pun terima kasih lah tulis artikel ni. Ana tertanya2 juga tentang definisi fi sabilillah. Syukran.

al berkata...

Assalamualaikum abumuhd,

Ana nak satu soklan psal perkara menbatalkan wudu', xde kene mengene ngan artikel comment, tp xtau nak bubuh mana. ia mengenai sentuhan antara muhrim. Ana baru terbaca satu artikel mengenai hujjah isnad yang meyabitkan batalnya wudu'. Kalu sudi,sila lihat link(bahagian contoh praktikal-ciuman dan wudu')--> http://saifulislam.com/v2/?p=99. Adakah para tabi'n slpas imam syafie yang mensyarahkan status perawi ma'bad bin nabatah dalam hal ini.. mohon dapat dijelaskan dan pandangan.

Abu Muhammad berkata...

Allahu Allah.... akhiena al, inilah satu contoh tidak amanah dalam menyampaikan ilmu, apatah lagi bagi orang yang menisbahkan dirinya sebagai Saifulislam.

Kenapa hanya Imam asy-Syafi`i sahaja yang dijadikan sasaran serangannya ? Tidakkah dia mengetahui bahawa hadits tersebut didhoifkan oleh kebanyakan muhadditsin termasuklah Imam al-Bukhari, sila rujuk kitab Bulughul Maram.

Saifulislam merujuk riwayat hadis tersebut sebagaimana dinyatakan dalam Sunan Tirmidzi, kemudian menghentam Imam Syafi`i serta membangkitkan isu Ma'bad, sedangkan hadits itu diriwayatkan oleh Quthaibah dan Hannaad dan Abu Kuraib dan Ahmad bin Mani` dan Mahmud bin Ghailan dan Abu 'Ammar al-Husain bin Huraits di mana mereka mendengarnya daripada Waki` daripada al-A'masy daripada Habib bin Abi Tsabit daripada 'Urwah daripada 'Aisyah. Tidak pun dinyatakan rawi yang bernama Ma'bad itu.

Dan masalahnya bukan hanya pada Ma'bad, tetapi pada rawi yang lain sebagaimana dijelaskan oleh Imam at-Tirmidzi dalam Sunannya bahawa Imam al-Bukhari mendhoifkan hadis ini dan beliau berkata: Habib bin Abi Tsabit tidak mendengar daripada 'Urwah. Inilah sebab ianya didhoifkan Imam al-Bukhari.

Saifulislam tidak berlaku amanah, dia hanya menulis:- ( Selepas meriwayatkan Hadith ini, at-Tirmidhi berkata, “riwayat ini telah dinukilkan daripada bukan hanya seorang ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi s.a.w dan Tabi’een. Ia juga adalah pendapat Sufyan ats-Tsauri, Ahli Kufah, yang mana mereka berpendapat bahawa ciuman tidak menuntut wudhu’ diperbaharui’.)

Kenapa dia tidak meneruskan kenyataan Imam at-Tirmidzi selanjutnya yang menyatakan:- (Dan telah berkata Malik bin Anas, al-'Awzaa`ie, asy-Syafi`i, Ahmad, Ishaq, pada ciuman itu wudhu (yakni kena mengambil wudhu lagi yakni batal). DAN QAUL INI DIPEGANG BUKAN SEORANG DARIPADA AHLI ILMU DARIPADA SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W. DAN TABI`IN. ) ..... kenapa Saifulislam tidak menukilkan kalam Imam at-Tirmidzi ini sepenuhnya.

Kenapa Saifulislam tidak menukilkan kalam Imam at-Tirmidzi bahawa Imam al-Bukhari mendhoifkan hadits ini ?

Kenapa Saifulislam tidak menukilkan kalam Imam at-Tirmidzi yang menyatakan bahawa: (WA LAISA YASHIHHU 'ANIN NABIYI S.A.W. FI HADZAL BAB SYAI-UN - DAN TIDAKLAH SAHIH DARIPADA JUNJUNGAN NABI S.A.W. PADA BAB INI AKAN SESUATU RIWAYAT).

Saifulislam juga menyatakan bahawa hadits tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi, tetapi dia tidak memaklumkan bahawa Imam al-Baihaqi juga mendhoifkan hadits ini.

Bahkan Imam asy-Shon'ani dalam Subulus Salam juga menyatakan bahawa hadits Aisyah ini adalah sebaik-baik hadits dalam bab tersebut TETAPI IANYA MURSAL.

Sebenarnya wahai akhiena, persoalan bersentuh wanita membatalkan wudhu itu masalah khilaf, tidaklah berguna kita menyatakan pendapat itu salah kerana dalilnya lemah, kerana tidaklah Imam Mujtahid itu hanya berpegangkan dengan satu dalil sahaja, ada dalil lain yang mungkin kita tidak tahu. Ahli hadits dalam kalangan mazhab Syafi`i pun ramai, dan mereka pun berpegang bahawa bersentuh itu membatalkan wudhu dlm mazhab.

Akhirul kalam, ambo nukil kata Syaikh Athiyyah Saqr:

..Imam Syafi`i berpendapat batal wudhu dengan bersentuhan dalam semua keadaan, sama ada mendatangkan syahwat ataupun tidak, dan sama ada dengan sengaja ataupun tidak, berpandukan kepada keterangan daripada Ibnu Umar r.a. yang menyatakan bahawa sesiapa yang mencium isterinya ataupun menyentuh dengan tangannya, maka dia dikehendaki berwudhu semula. Begitu juga pendapat Ibnu Mas`ud r.a.,...

Kemudian Syaikh Athiyah menerangkan pendapat Imam Malik, dan berhubung riwayat hadits Aisyah, beliau berkata:-..... "(Hadis) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasa-i dan selain darinya daripada Aisyah. Tetapi pengkritik hadits berpendapat hadits ini mursal dan lemah untuk dibuat hujah.

Selanjutnya, Syaikh Athiyyah menulis:-

Abu Hanifah juga berpegang pada apa yang diriwayatkan oleh Muslim daripada 'Aisyah r.a. yang meletakkan tangannya di tapak kaki Nabi s.a.w. sedangkan baginda sedang sembahyang. TETAPI AKU (SYAIKH ATHIYYAH) MENJAWAB MUNGKIN DIA MENYENTUH DENGAN MENGGUNAKAN ALAS ATAU PELAPIK.

Ambo bukan nak melemahkan pendapat mazhab-mazhab lain yang semuanya itu atas kebenaran. Tetapi sekadar memaklumkan bahawa para ulama kita bukanlah dungu, cuma kita sahaja yang tidak mampu menampung ilmu mereka.