Eid Mubarak
Selamat Hari Raya 'Aidil Fithri kuucapkan kepada ikhwah yang budiman sekalian. Segala kesilapan dan kesalahan harap dimaafkan. Begitu juga dengan kekasaran bahasa dan gaya bahasa aku, harap jangan diambil hati. Mudah-mudahan 1 Syawal ini benar-benar disambut dalam keadaan kita telah kembali kepada fitrah sewaktu dilahirkan ibu, berkat segala ibadah dan mujahadah sepanjang Ramadhan yang telah pergi. Moga segala amal-ibadah sepanjang Ramadhan diterima Allah sebagai ketaatan yang tulus ikhlas. Dosa dan kekurangan harap diampun. Bersyukurlah jika Ramadhan yang pergi telah menyaksikan ketaatan kita kepada Allah. Tetapi janganlah cepat berpuashati apatah lagi berbangga diri. Selagi masih bernyawa, peningkatan kualiti masih tetap menjadi tuntutan. Dari yang telah baik kepada yang lebih baik lagi. Mudah-mudahan akhir nyawa kita dalam rahmat, kasih sayang dan keredhaan Allah s.w.t. Bersama Junjungan Nabi s.a.w. dalam syurga tertinggi penuh keni'matan. Moga dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal di tahun-tahun mendatang dalam keadaan sihat wal 'afiat dan selamat sejahtera. Akhir kata, maaf zahir batin.
2 ulasan:
Selamat Hari Raya 'Aidil Fitri saudara Abu Muhammad. Saya minta maaf di atas segala kesilapan saya. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Sama-sama ya akhina, Allahumma aamiin.
Catat Ulasan