Rabu, Januari 31, 2007

Habib 'Abdullah BalFaqih

Habib 'Abdullah bin 'Abdul Qadir bin Ahmad BalFaqih @ BilFagih al-'Alawi adalah ulama yang masyhur alim dalam ilmu hadits. Beliau menggantikan ayahandanya Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad BalFaqih sebagai penerus mengasuh dan memimpin pesantren yang diasaskan ayahandanya tersebut pada 12 Rabi`ul Awwal 1364 / 12 Februari 1945 di Kota Malang, Jawa Timur. Pesantren yang terkenal dengan nama Pondok Pesantren Darul Hadits al-Faqihiyyah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pesantren ini telah melahirkan ramai ulama yang kemudiannya bertebaran di segenap pelusuk Nusantara. Sebahagiannya telah menurut jejak langkah guru mereka dengan membuka pesantren-pesantren demi menyiarkan dakwah dan ilmu, antaranya ialah Habib Ahmad al-Habsyi (PP ar-Riyadh, Palembang), Habib Muhammad Ba'Abud (PP Darun Nasyi-in, Lawang), Kiyai Haji 'Alawi Muhammad (PP at-Taroqy, Sampang, Madura) dan ramai lagi.

1 ulasan:

eko berkata...

beliau adalah guru, ulama yg besr yang pernah dimiliki oleh dunia ini tidak akan pernah ada yg akan menggantikan posisi beliau sy adalah salah satu dari sekian banyak pengikut beliau