Rabu, Mac 21, 2007

Kehadiran Asiyah & Maryam

MAZA dalam ceramahnya antara lain komen tentang hadirnya Siti Maryam dan Siti Asiyah tatkala Junjungan Nabi s.a.w. dilahirkan sebagai tidak betul kerana "tak dak orang tengok, nabi sendiri tak pernah habaq", betui ke Nabi tak pernah habaq? Betui ke tak dak riwayat berhubung kisah tersebut? Betui ke kata si Asri tu ? Atau seperti mana biasa dia beri fatwa secara gegabah dan hentam keromo saja. Dah abis ke kitab-kitab karangan ulama ditelaah oleh si Asri ? Dah ke dicheck betul-betul yang memang tak dak langsung riwayat mengenai kisah tersebut dan kisah-kisah lainnya, sama ada riwayat shohih atau dhoif, asalkan jangan maudhu, untuk membolehkan budak Asri habaq lagu tu ? Tambah sedih bila budak tak sedar diri tu, turut memperlekehkan Sidi Ja'far al-Barzanji rhm. dengan angkuhnya dia berkata: "Barzanji tu bukan dia tu satu orang yang hebat sangat ...". Insya-Allah, lain entri aku tulis pasal Sidi Ja'far dan kita tengok tara mana hebat budak Asri tu berbanding Sidi Ja'far rhm.

Dulu aku pernah tulis sedikit berhubung hal ini, di bawah jodol "Mawlid Barzanji - Kitab Sirah Berwibawa". Kali ni aku nak letak plak jawapan Habib Omar Bin Hafidz Bin Syaikh Abu Bakar bin Salim hafizahUllah tatkala beliau ditanya berhubung perkara ini. Di sini aku bubuh terjemahannya secara bebas untuk manfaat bersama. Kalau nak tengok yang asal sila klik http://www.alhabibomar.com/ask/article.php?id=000038.

************************

Soalan: Bagaimana bisa terjadi hadirnya Sayyidatina Maryam dan Sayyidatina Asiyah waktu kelahiran Junjungan Sayyidina Muhammad s.a.w.?

Jawab: Kita telah diberitahu oleh kitab-kitab sirah yang mulia mengenai hadirnya Sayyidatina Maryam dan Sayyidatina Asiyah di sisi Sayyidatina Aminah tatkala kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. Hal ini telah dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi dalam "Dala-ilun Nubuwwah" sebagaimana ianya juga disebut dalam "Subulul Huda war Rasyad" kitab mengenai sirah dan juga kitab-kitab sirah yang lain.

Adapun masalah cara atau kaifiyyah kehadiran ini, maka sesungguhnya terdapat dalil-dalil daripada hadits Junjungan Nabi s.a.w. yang memaklumkan atas boleh dan mungkin bagi segala ruh yang ada di alam barzakh untuk hadir ke barang mana tempat di dunia atau di langit atau selainnya. Maka asal tempatnya ialah di 'Illiyiin sebagaimana difirmankan Allah: "Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam 'Illiyiin. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia 'Illiyiin itu? Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata" [Sebahagian mufassir menyatakan yang arwah orang beriman itu berada di 'Illiyiin. Antara yang menyatakan seperti itu ialah Sayyidina Ibnu 'Abbas, adh-Dhahhak, Qataadah, dan Mujahid, silalah rujuk bahasannya dalam Tafsir Thobari, Tafsir Qurthubi, Ibnu Katsir dan lain-lain].

Kemudian pula, setiap ruh itu mempunyai pertautan erat dengan tempat di mana jasadnya bersemadi. Perkara ini dapat dilihat dalam hadits yang shohih (di mana Junjungan Nabi s.a.w. bersabda): "Tidak ada seorang pun yang melalui kubur seseorang yang dikenalinya di dunia, lalu dia memberikan salam, melainkan si mati itu akan mengenalinya dan membalas salamnya," dan dalam satu riwayat : "si mati akan merasa senang dengannya....". Demikian pula telah datang juga hadits berkenaan perjumpaan Junjungan Nabi s.a.w. dengan roh-roh orang yang telah mati yang telah keluar dari alam dunia sebagaimana hadits ucapan salam Sayyidina Ja'far bin Abu Tholib bersama beberapa malaikat setelah pembunuhannya di medan Mu'tah dan sebagainya. Demikian juga telah dinyatakan dalam Shohihain tentang perkhabaran Junjungan Nabi s.a.w. mengenai keadaan dan kondisi para nabi serta pertemuan baginda dengan mereka pada malam Isra` dan Mi'raj. Semua ini menjadi dalil untuk mensabitkan kemungkinan hadirnya roh daripada segala arwah yang telah mati ke barang mana tempat. Dalam kitab "Syarhush Shuduur bi syarhi halil mauta wal qubuur" karangan Imam Jalaluddin as-Sayuthi didatangkan banyak hadits berhubung perkara ini. Oleh yang demikian, diketahuilah bahawa kehadiran Siti Asiyah dan Siti Maryam adalah ianya urusan Allah yang telah menghadirkan roh kedua mereka bersama-sama dengan para hurul 'ain (bidadari) untuk menyaksikan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w.


نص السؤال : كيف كان حضور سيدتنا مريم وسيدتنا آسية لولادة سيدنا محمد صلى الله عليه وآله وسلم؟

نص الجواب
حملت لنا كتب السيرة المشرفة حضور سيدتنا مريم وآسية عند سيدتنا آمنة وقت ولادة النبي صلى الله عليه وآله وسلم، فقد أشار إلى ذلك الإمام البيهقي في (دلائل النبوة) كما هو في (سبل الهدى والرشاد) في السيرة وغيره من كتب السيرة ، أما مسألة كيفية هذا الحضور فإن الأرواح الموجودة في البرزخ قامت الأدلة في سنة نبينا عليه الصلاة والسلام على إمكانية حضورها إلى أمكنة في الدنيا أو في السماء أو في غير ذلك ، فأصل مستقرها في عليين كما قال تعالى ( كلا إن كتاب الأبرار لفي عليين* وما أدراك ما عليون* كتاب مرقوم ) ثم إن لكل روح اتصال وثيق بالمكان الذي يُدفن فيه جسدها، وفي ذلك جاء في الحديث الصحيح ( ما من عبد يمر بقبر رجل كان يعرفه في الدنيا فيسلم عليه إلا عرفه ورد عليه السلام ) وفي رواية (واستأنس به ..) ثم ما جاء أيضا من لقائه صلى الله عليه وسلم بالأرواح التي مات أصحابها وخرجوا من عالم الدنيا كما في حديث سلام جعفر بن أبي طالب عليه في نفر من الملائكة بعد قتله في مؤتة إلى غير ذلك، ثم ما جاء مبيَّنا في الصحيحين من وصفه لهيئات الأنبياء ولقائه بهم في ليلة الإسراء والمعراج، كل ذلك يثبت إمكان حضور أي روح من الأرواح التي قد ماتت إلى شيء من المواطن والأماكن ، وفي كتاب (شرح الصدور بشرح حال الموتى والقبور) للإمام جلال الدين السيوطي إيراد للأحاديث الكثيرة في هذا الشأن ، وبذلك يُعلم أن حضور آسية ومريم كان أمر من الله بحضور روحيهما مع الحور العين ليشهدن وضع المصطفى الأمين محمد صلى الله عليه وآله وسلم

14 ulasan:

Dedy berkata...

Assalamu 'alaykum wr wb

Cik Abu Muhammad,

Saya turut prihatin dengan fitnah dari Mufti Perlis. Saya heran mengapa orang semacam itu dapat terpilih sebagai Mufti? Bukankah Malaysia terkenal sebagai Ahlussunnah wal Jama'ah Syafi'i? Apakah tak ada pencegahan?

Semoga Allah Ta'ala selalu melindungi Asyraf dan Saadah Bani 'Alawi yang menyebarkan Islam di bumi Nusantara.

wassalam,

Dedy Wicaksono

alexandaricairo berkata...

memuji Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Husin bukanlah sewenang-wenang menjadi hujah bahawa seseorang itu dari kalangan Syiah.

memuji mereka sebenarnya atas dasar mereka ahli bait. Al-Habib Ali pernah sebut hadis : ajarilah anakmu tiga perkara, mencintaiku, mencintai ahli baitku dan membaca Quran.

rasa geram gek bila dengar pertuduhan seolah-olah Al-Barzanji itu Syiah.. apalagi main hina-hina dan perli-perli Al-Habaib dan As-Sayid tanpa usul periksa yang lebih halus..

apapun entri ini bagus sebagai pembuka jalan untuk membuat rujukan kepada kitab dan sumber asal...terima kasih

Tawel Sensei berkata...

Tuan AbuMuhd, video ini saya baru upload di YouTube. Jadi boleh le update pos ni..embed video dalam entri ni. Senang sikit orang nak tengok gelagat Dr Asri ni.

http://www.youtube.com/watch?v=ZuJ8M8Q5zSc

Good for Nothing berkata...

salam,

Dr Asri ada bawa satu point penting. Orang melayu banyak taklik buta. Tak paham ape bende pon, ikut je. Arab tak semuanya baik. Islam dah 1400 taun. Banyak bercampur baur dengan culture. Message sebenar Islam hilang dalam culture. Baca Quran, the message is clear and direct. Skarang ni orang Islam sendiri tak tau pon ape bende ada dalam Quran. Message dari Tuhan, tapi ruginya kita tak pernah tau pon apa yg Tuhan punya message kat kita.

Abu Muhammad berkata...

Sedara Good for nothing,

salam,

satu point penting jo ko yg nak diberi tahu sampai dok kutuk org sana sini ???

Apo org lain tak tahu ko ? Benda dah basi tu, apo betul ko semua org taklid buto ? Apa ko nak semua org jadi mujtahid ko ?

Org macam doktor mu itu pun masih terabo-rabo, apa lagi org awam ? Ko nak musnahkan agama ko ???

Salah ko taklid dalam hukum-hukum fiqh ? Mano ko dopek pendapat yg kata tak boleh bagi org awam ? Ko kenolah bezakan antara bertaklid dengan taksub pada mazhab?

Ko tak bertaqlid ko ? Atau ko nak kata ko ittaba` sajo selepaih tengok dalil ? Ko dah tengok ko semua dalil dan segala kaedahnyo ?

Ko ingat faham makna sajo cukup ko? Nasikh dan mansukh, cam ne pulak ?

Culture-culture to haram ko ?

Ko sebenarnya dah kena penyakit ujub sebab tu ekau sanggup kata org Islam sendiri tak tahu apa mesej al-Quran. Virus wahhabi - khawarij yg berfaham "holier than others" dah masuk dalam diri mu. Ko pandang org lain sebelah mata, ko kata kami saja yg faham al-Quran, setakat faham tapi tak beriman buat apo.

Ko kena study lagi bab-bab taqlid dan ijtihad ni. Hakikatnya ko pun tak lepas dengan bertaklid, dan taklid buta itu apabila ko taksub sampai tak respect pendapat org lain.

124,000 sahabat Junjungan, adakah semua mereka mujtahid?

Oghe yg baru masuk Islam adakah wajib kita ajar dia segala dalil???? Subuh 2 rakaat, dalilnya ini, ini.

Kalu mu nak baloh ko, tak puas ati ko, mu email ambo. Jgn dok mengelirukan org lain dengan kekeliruan mu sendiri.

Salam.

Abu Muhammad berkata...

Cam na umat nak maju, bila engineer dak sibuk majukan bidangnya tapi dok menyibuk cari dalil benda yang dah betul menurut ajaran fuqaha`.

Apa para fuqaha` tu bodo ke? Tak tahu dalil?

Ko ingat sumber Islam tu Quran sahaja ke ?

Tawel Sensei berkata...

Waduh Pak Good for Nothing. Kenapa mahu menyalahkan orang Melayu saja yang melakukan taklid?

Saya telah melihat ramai orang Islam berlainan bangsa yang telah melakukan taklid kepada yang alim dalam hal ehwal Islam - bangsa Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Afrika, Arab, Amerika, Irish, British, Scottish, Iraqi, Turkish, Morrocan, Algerian, Tunisian, Egyptian, French. Sekadar menyebut beberapa bangsa yang saya ingat.

Mari lihat dunia ini dari mata burung. Jangan lihat dari bawah tempurung.

Shafiq Ayman berkata...

Sabarlah Sidi Abu Muhammad!!
Istighfar banyak2!!Kita jangan layan sgt karenah budak2.Kebenaran akan timbul, kebatilan akan lenyap.Sabar dan terus sabar.....

abu zahrah abdullahthahir berkata...

Sidi AbuMuhd, ana difahamkan ada yang dapat kuliah penuh MAZA al-Najd tu. Yg kat asyraf tu jwapan dia sewaktu soal-jawab. InsyaAllah kalau ana dapat VCD nya boleh panjangkan pada Sidi. Tu pun kalau nak lah, hehehe ... takaut naik darah nanti. Ana nak tengok pasai nak meneliti hujjah dan mentaliti el-Najd tuh. VCD tu pun dah ditonton oleh saudara sepupu kepada Habib Omar dan kaum arab Yaman yang ramai kat Jalan Masjid India tu.

Abu Muhammad berkata...

ambo naik minyak bukan sebab apa, sebab memang minyak kat luau tu tengah naik.

Kalu kutuk pribadi ambo idak le kisah. Tapi jgn ulama yang jadi sanad kita kepada Junjungan Nabi s.a.w. Sabar bukan erti kita berpeluk tubuh membiarkan fitnah tersebut. Semuanya perkara Allahlah fa`ilnya, Allah nak tengok tara mana sabar dan tara mana kesungguhan kita mempertahankan kebenaran.

Ambo ingat waktu ngaji muqaddam:-

at-Takabburu ma`al mutakabbirin
wath thawadhu'i ma `al muthawadhdhi`iin.

Jangan sampai sejarah pembantaian umat Sunni di Saudi berulang, cegah sebelum parah.

Kita kena ada sorang dua seperti Habib Salim bin Jindan.

Sidi AbuZahrah, silalah tengok pastu habaq mai hasil penelitian tuan.

Shafiq Ayman berkata...

Ana tgk Dr MAZA punya kuliah pasal Habaib di Hadramawt.Aduh....Habis disapunya ulama2 keturunan Sayyid kita.Memang 'kerek' betul si Najdi tuh...

Abu Muhammad berkata...

Sebab tu gajah naik minyak, ya akhiena Syafiq. Tapi, fa shabran jamila ....

Sgt. NKK berkata...

Salam,
Di dalam artikel saudara mengatakan bahawa "kemungkinan" Siti Maryam dan Siti Asiyah boleh hadir berdasarkan beberapa hadis. Itu saya faham. Bolehkah saudara memberikan hadis yang mengatakan bahawa mereka benar2 hadir?

Pada pendapat saya, Dr Asri hanya ingin memperbetulkan budaya2 kita yang kemungkinan salah di sisi Islam. Dan saya rasa kebanyakan isu yang dibawa terhadap Dr Asri ini kalau dinilai tanpa perasaan marah, buruk sangka dan dendam, boleh diperbincangkan di kalangan ulama. Tidak salah kalau kita nak mempersoalkan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kerana ingin mencari kebenaran. Selama ini pun banyak budaya orang Melayu yang khurafat telah diperbetulkan ulama.

Saya takut perpecahan di kalangan ulama berlaku disebabkan sentimen politik.

Kemungkinan Dr Asri melakukan kesilapan, maka perbetulkan dengan cara yang baik. Kenapa harus maki hamun dan menanam kebencian orang ramai terhadap dia, di dalam ceramah?

Abu Muhammad berkata...

salam jugak,

sgt nkk, apabila dikatakan mungkin, maka ianya boleh berlaku. Mengenai hadisnya, tuan fikirkanlah sendiri janganlah bangap sangat, ambo tahu apa tujuan soklan tuan tersebut. Jika pun tidak ada hadis ianya tidak bermakna kemungkinan tersebut tidak boleh terjadi, kerana saya jugak boleh bertanya kepada tuan, MANA HADIS YANG KATA SITI ASIYAH DAN SITI MARYAM TIDAK BOLEH HADIR????

Sebenarnya nasihat sedara tu seharusnya ditujukan kepada Asri. Cuba sedara tanyakan kepada Datuk Hasyim atau Datuk Salleh Ahmad bagaimana "beradabnya" atau sebetulnya biadapnya mufti saudara itu.

Sedara pun boleh tengok macam mana gelagat Asri dalam ceramahnya. Bila bagi je mic, dialah hero sedunia.

Cubalah saudara nasihatkan Asri dengan baik, kerana sebelum ini ada ustaz dan ustazah termasuklah guru-gurunya kat KIK yang telah cuba menasihati dirinya tapi pooooraaaaahhhh kata Samy.

Akhirnya saya katakan kepada sedara "jangan mengata dulang paku serpih" dan jangan jadi kuali kata kat periuk yang bontotnya hitam.