Jasy-ne Aamede Rasul
Umat Islam seluruh dunia menyambut Mawlidur Rasul, hanya golongan - golongan yang terpengaruh dengan geng-geng Badwi dari Nejd je (perhatian: Badwi di sini ni tak dak kena mengena ngan Pak Lah Badawi) yang tak suka tengok orang sambut, orang muliakan dan orang memperingati tarikh kelahiran Rahmat bagi seluruh alam ini. Kita gi Mesir, orang sambut mawlid, kita gi Afrika orang sambut mawlid, kita gi China, orang sambut mawlid, kita gi benua Indo-Pakistan, orang sambut mawlid .... Allahu Allah, ramainya orang buat beda`ah, ramailah yang masuk neraka nanti. Hanya yang tak sambut mawlid je yang akan masuk syurga .... akai ada ka. Kalau Bin Baz an-Najdi al-Wahhabi nak sesatkan orang sambut mawlid, biaq pi kat dia lah. Kita nak ikut buat apa, bukan dia sorang je ulama umat ini.
Kita ada pegangan kita sendiri, kalau deme berbangga dengan Bin Baz, kita ada Imam Abu Syamah, Imam as-Subki, Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani, Imam as-Sayuthi, Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan ramai lagi ulama zaman berzaman dari berbagai bangsa dan keturunan. Jadi nak khuatir apa kalau Bin Baz dan ulama Saudi Najdi bid`ahkan amalan kita. Campak je fatwa-fatwa meke tu dalam sungai, menyemak je. Fatwa yang nak menyesatkan orang sahaja, fatwa yang buat orang berpecah belah. Fatwa tajdid kunun, tajdid mende, dah berzaman sejak deme dapat negeri sampai hari ni negeri deme duduk bawah naungan kuffar, jadi khadam pulak tu, ada ati nak ajar kita plak. Oiii tajdidlah negeri kome sendiri dulu sebelum nak masuk negeri kami. Ahhhhh .... kita tinggalkan saja fatwa-fatwa puak-puak tu yang saban tahun dipromosikan kepada para jemaah haji dengan pemberian buku-buku dan risalah-risalah dakyah mereka tu secara percuma.
Sekarang mari kita lihat fatwa Imam Abu Syaamah Abdur Rahman bin Ismail bin Ibrahim al-Maqdisi asy-Syafi`i al-Muqri` an-Nahwi yang wafat tahun 665H. Imam Abu Syaamah adalah Imam dalam pelbagai cabang ilmu Islam, sejak usianya di bawah 10 tahun beliau sudah pandai membaca al-Quran dalam 7 qiraat yang masyhur. Beliau adalah seorang faqih, muhaddits, muarrikh dan ahli lughah yang handal. Cukup bagi kemegahannya yang Imam an-Nawawi adalah termasuk muridnya. Antara karangan beliau ialah:-
- Mukhtashar Tarikh Dimasyq (20 jilid);
- Syarah bagi kitab hadits al-Muqtafa fi bahtsil Mushtofa;
- Dhiya-ul Qamar as-Sari ila Ma'rifatil Baari;
- Al-Ba`its 'ala Inkaril Bida` wal Hawadits.
و من احسن ما ابتدع في زماننا ما يفعل كل عام في اليوم الموافق ليوم مولده صلى الله عليه و سلم من الصداقات و المعروف، و إظهار الزينة و السرور، فإن ذلك - مع ما فيه من الإحسان للفقراء- مشعر بمحبة النبي صلى الله عليه و سلم و تعظيمه في قلب فاعل ذلك و شكر الله تعالى على ما من به من إيجاد رسول الله صلى الله عليه و سلم الذي ارسله رحمة للعالمين
Dan di antara sebaik-baik perkara yang diadakan pada zaman kita adalah apa yang dilakukan pada setiap tahun, pada hari yang bersamaan dengan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. dari segala pemberian sedekah, melakukan perbuatan-perbuatan kebajikan, menzahirkan segala perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya segala perbuatan yang sedemikian itu - selain berlaku ihsan terhadap para faqir miskin - ianya adalah satu syiar bagi menyatakan kasih sayang kepada Junjungan Nabi s.a.w. dan membesarkan baginda dalam hati si pelakunya serta pernyataan syukur kepada Allah ta`ala atas kurniaanNya yang telah mewujudkan Junjungan Nabi s.a.w. yang diutuskanNya sebagai rahmat bagi sekalian alam.Allahu ... Allah, wahai ikhwah, Imam Abu Syaamah menyatakan bahawa menyambut dan memperingati hari kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. dengan melakukan berbagai amal kebajikan adalah termasuk dalam sebaik-baik bid`ah. Jadi sebagaimana yang aku kata tadi, campakkan sahaja fatwa-fatwa songsang ulama Wahhabi yang menyesatkan sambutan mawlid, kita pegang fatwa ulama kita terdahulu. Sebagai penutup posting ni, kita dengar dulu lagu Hindustan, tapi lagu Hindustan yang elok, iaitu satu na`at atau syair puji-pujian kepada Junjungan dalam Bahasa Urdu dengan subtitlenye lagi agar kita faham apa yang deme lantunkan buat memuji baginda s.a.w. Rasanya title na`at ini ialah "Jasyne Aamede Rasul".
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم