Khamis, Mei 28, 2009

Asi - asi

Sebelum apa-apa, banyak maaf dipinta sebab ese nak ngerepak sikit dalam bahasa ibunda ese. Bukan apa, saja nak melepaskan geram, maka sesiapa yang tak faham, dok diam-diam dan buat-buat faham... al-`afwu minkum.
Nak tetak juak aku bila nangga nak pa yang dipolah oleh geng wahabi yang ngakuk Syafi`i di kampung aku tok. Sidak tok bila bekelaka bukan main lagik, sikit-sikit sunnah, sikit-sikit hadis, mun sik ada hadis terus bid`ah, bid`ah keirek, bid`ah kanan, tapi yang peleknya, dalam gago membid`ahkan urang tahlil, urang maca yaasin, urang talqin, dirik sidak pun molah benda haram kenak diam ajak. Gago nganok urang tahlil, diriknya pun makan riba, terlibat ngan riba, kerja ngan riba, bisnes dengan riba, berpolitik cara bida`h, bermuamalah cara bid`ah, kenak sik bisin.

Gago membid`ahkan urang lain, anak-bininya sik nutup aurat, sik pun nya gago. Anaknya bertudung pesen, rambut masih encuer keluar, kenak sik dipadah harrrraaaammmm!!!!! bid`aaaahhhh !!!!! Gago nganok urang nyambut maulud Nabi, diriknya pun sekoh nyambut birthday apa hal???? Apa nyambut maulud Nabi sik boleh, nyambut birthday dirik pun atau birthday anak bini boleh??? Hukum apa tok? Mun bukan hukum ngikut hawa nafsu bertopengkan sunnah. Sama cam urang yang sekoh nak berbini banyak, kononnya nak ngikut sunnah, tapi nok wajib pun sik tekabey nok mikul, sunnah apa, sunnah hawa nafsu engkali. Asi-asi jak nak ngikut sunnah konon. Betullah dunia tok dah akhir zaman.... rabbi sallim.. sallim.
Oklah, geram geram juak, manas manas juak. Tapi ujan pun pandey berenti. Akhirul kalam, aku tersentuh dengan permohonan Ustaz Awang Pon dalam blognya (DewanSyura Weblog) agar beliau diberi kesembuhan dari penyakit yang sedang dihadapi beliau sekarang. Moga ikhwah sudi mendoakan beliau.
Alhamdulillah Rabbil`alamin
Ya Allah dengan Asmak al`uzma dan dengan kudrat dan iradatmu ya Allah, sembohkanlah penyakit yang di`alami olih Ustaz Haji Awang Pon dan jadilah ubat yang sedang dimakan beliau sebagai penawar penyakit beliau. Ameen

Antara Taqlid & Ijtihad

Taqlid kepada mazhab dan kecenderungan kepada ajaran sufi berthoriqah kerapkali ditohmah sebagai penyebab kepada kejumudan dan kemunduran umat Islam. Maka ada yang termakan dengan tohmahan tersebut dan tertarik dengan seruan untuk membebaskan diri dari taqlid. Kita tidaklah anti kepada ijtihad, tapi kita nyatakan bahawa biarlah yang berijtihad itu, mereka-mereka yang punya kelayakan untuk berijtihad dan bukannya setiap orang awam atau setiap penuntut ilmu. Kenapa dan apa perlunya kita membebankan orang awam untuk mengetahui segala dalil yang digunakan oleh para mujtahidin atau imam mazhab yang dipelajarinya sebelum dibenarkan untuk beramal dengan pandangan mazhab tersebut. Belajar hukum-hakam pun sudah cukup membebankan mereka, apatah lagi jika dimestikan bahawa setiap hukum yang dipelajari mesti diketahui dalilnya. Tidakkah memadai bagi mereka mengetahui hukum sebagaimana dinyatakan oleh para imam mazhab dan ulama yang muktabar serta berpegang dengannya walaupun tidak mengetahui sumber hukum tersebut atas kepercayaan bahawa hukum tersebut telah diistinbathkan oleh para ulama tersebut daripada sumber-sumber hukum dalam Islam seperti al-Quran, al-Hadits, Ijma` dan Qiyas. Tidakkah memadai bagi orang awam memahami hukum-hakam Islam dan mengamalkannya. Lainlah jika sekiranya hukum tersebut dikeluarkan oleh orang sembarangan, yang tiada kita ketahui asal-usul dan keilmuannya.

Sejarah telah membuktikan bahawa taqlid dan thoriqah tidak sekali-kali menyebabkan umat menjadi jumud dan beku. Sebaliknya, seruan ijtihad dan bebas dari bertaqlid kepada mazhab tertentu yang diserukan oleh kaum mutassallif abad kita ini, amatlah meragukan dan sehingga kini yang dihasilkannya adalah perpecahan dan kehinaan yang berpanjangan kepada umat ini. Seruan tersebut masih tidak membuahkan apa-apa hasil dan natijah yang boleh dibanggakan. Seruan agar umat berijtihad tanpa mengira samada mereka itu berkelayakan atau tidak, adalah satu seruan yang merbahaya dan boleh meruntuhkan agama serta memecahkan perpaduan umat. Kalaupun nak berijtihad, maka biarlah ianya dilakukan oleh ulama yang mencapai darjat mujtahid. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi telah mengarang satu buku yang amat baik menjelaskan tentang bahaya fahaman al-la madzhabiyyah (bebas mazhab). Karyanya tersebut berjodol "al-La Madzhabiyyah akhtharu bid`atin tuhaddidusy Syarii`atal Islamiyyah" (Bebas Mazhab bid`ah yang paling bahaya yang meruntuhkan Syariat Islam). Eloklah sesiapa yang ingin mengetahui berhubung bahaya ini membaca dan mentelaah karya ulama Syria ini dengan hati yang bersih dan ikhlas untuk mencari kebenaran. Rasanya telah ada pun terjemahannya dalam Bahasa Melayu, tapi kepada yang nak jadi mujtahid kenalah baca yang asal dalam Bahasa `Arab. Cam ne nak jadi mujtahid kalau masih bertaqlid dengan terjemahan orang lain!!!!!

Realiti dari sejarah telah membuktikan bahawa Islam dahulunya berkembang dan gemilang di bawah tangan mereka - mereka yang bermazhab dan sufi. Seruan agar pintu ijtihad dibuka luas hatta kepada golongan awam yang fatihah pun lintang-pukang adalah seruan yang diterbitkan oleh musuh-musuh Islam untuk memusnahkan perpaduan umat. Jelas kesannya, umat mula berpecah belah sesama sendiri, sehingga mereka bergaduh isu remeh temeh, dan meninggalkan pembangunan dalam bidang-bidang lain. Apa tidaknya, bila ahli ekonomi dan perbankan sibuk membicarakan hukum-hukum khilaf mazhab dan meninggalkan bidang ekonomi dan perbankan yang sepatutnya mereka bangun. Sayang sekali "ijtihad" mereka digunakan dalam perkara-perkara yang telah diijtihadkan oleh para ulama mujtahidin yang terdahulu. Sungguh ijtihad para juhala` itu lebih berbahaya dari taqlidnya mereka kepada ulama yang mujtahid. Marilah kita merenungi sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" yang walaupun dinilai sebagai dhoif oleh para muhadditsin tetapi ianya memiliki makna yang shohih yang tidak bercanggah dengan roh syariat Islam. Tambahan pula ianya turut dinukil oleh para muhadits lain dalam karya-karya mereka seperti oleh Imam as-Sayuthi dalam "al-Jami`ush Shoghir fi ahaaditsil Basyirin Nadzir" iaitu hadits yang ke - 11. Tidaklah kita pedulikan penilaian al-Albani yang memaudhu`kan hadits ini, kerana jika dia yang memaudhu`kannya, maka ada ulama lain yang tidak mengeluarkannya dari senarai hadits walaupun dinilaikan sebagai dhoif. Jika al-Albani berhak untuk berijtihad bahawa hadits tersebut maudhu`, maka apa pula yang menegah para muhaddits terdahulu berijtihad untuk tidak memaudhu`kan riwayat tersebut. Berbalik kepada sabdaan tersebut, maka Junjungan Nabi s.a.w. diriwayatkan sebagai bersabda:-

Penyakit / Kebinasaan bagi agama itu ada tiga: (i) faqih yang fajir; (ii) pemimpin yang jahat; dan (iii) mujtahid yang jahil.
Tanpa memperhatikan kepada sanad hadits di atas, adakah kita tidak setuju bahawa mujtahid yang jahil itu membinasakan agama? Bukankah yang dinyatakan itu adalah satu kebenaran yang tidak boleh ditolak. Semoga Allah merahmati semua mujtahid yang benar-benar layak berijtihad dan dibersihkanNya umat ini dari segala fitnah yang timbul daripada mujtahid-mujtahid gadungan.

**********************************************************************
Pahlawan agama yang bermazhab dan berjasa mendaulatkan Islam

video

Ahad, Mei 24, 2009

Mufti Haji Said Haji Ibrahim

Mufti Haji Said bin Haji Ibrahim, mantan mufti Sabah, dilahirkan di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923. Dalam menimba pengetahuan ilmu agama, beliau telah mengaji sehingga ke Jambi, Sumatera dan Makkah al-Mukarramah. Selain fasih berbahasa Arab, beliau juga terkenal mahir dalam perundangan Islam, 'aqidah, perbandingan `aqidah dan fiqh.

Setelah tamat pengajian, Haji Said telah memulakan karyanya untuk menabur bakti dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru seawal tahun 1947 di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang DiPertua PERGAS (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama ISlam Singapura) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968. Pada 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei.

Dalam tahun 1971, beliau ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan dalam tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara yang disandangnya sehingga tahun 1975. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu agama lagi berpengalaman, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Sabah untuk dua penggal iaitu 1975 - 1978 dan 1985 - 1989. Antara tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Selain dari mengajar, Haji Said juga telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku agama yang membicaraan pelbagai aspek seperti fiqh, 'aqidah dan sebagainya. Antara karya beliau:-
  1. Sinaran Fiqh;
  2. Mengenal al-Quran;
  3. Manasik Haji & Umrah;
  4. Qanun Jenayah Syariah;
  5. Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam;
  6. Soal - Jawab Nikah Kahwin;
  7. Fiqh Mazhab Syafi`i & Pendapat Imam-Imam Mazhab;
  8. Perbandingan 'Aqidah & Fahaman Umat Islam;
  9. Minhaj Ilmu Fiqh.
Selain tulisan berbentuk buku, beliau telah juga menghasilkan 32 kertaskerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menyumbang tidak sedikit artikel dalam majalah-majalah agama seperti al-Islam, Dakwah, Roh Islam, Sinaran al-Quran dan Tamaddun.

Haji Said terkenal sebagai seorang yang tegas menangani gejala ajaran sesat yang menyalahi pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Karya beliau "Perbandingan 'Aqidah & Fahaman Umat Islam" dihasilkannya untuk menjelaskan perbezaan firqah-firqah yang sesat seperti Syiah, Khawarij, Ibnu Taimiyyah dan sebagainya. Berhubung dengan fahaman Ibnu Taimiyyah, beliau menulis mengenai penyelewengannya secara khusus dalam Fasal ke-18, Fasal ke -19 dan Fasal ke-20. Mufti Haji Said adalah antara ulama yang tegas dalam pernyataannya bahawa fahaman Ibnu Taimiyyah adalah menyeleweng daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Dalam muqaddimahnya bagi karya tersebut, beliau rahimahUllah menulis pada halaman ii, antara lain:-
Dalam sejarah telah tercatat bahawa umat Islam dari masa ke semasa hingga kini terdapat beberapa firqah `aqidah dan fahaman mereka yang berbeza dan bertentangan di antara satu firqah dengan firqah yang lain.

Perkara ini memang sudah menjadi suatu kenyataan yang tidak boleh dibantah dan ditolak, iaitu firqah-firqah Syiah, Khawarij, Mu'tazilah, Qadariyah, Jabariyah, Najaariyah, Musyabbihah (Mujasimah), Bahaiyah dan Ibnu Taimiyyah, kesemuanya firqah tersebut berlainan fahaman dan `aqidah mereka. Dan tidak sama juga fahaman `aqidah mereka dengan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah.

Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain-lainnya.
Mufti Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid. Sepanjang hayatnya, beliau tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan idea dalam memartabatkan Islam. Mudah-mudahan segala amalnya dinilai sebagai ibadah yang tulus dan rahmat Allah yang berkekalan dicucuri atas beliau....al-Fatihah.

Jumaat, Mei 22, 2009

Kiyai Muntaha -Murid Syaikh Fadhlullah

KH Muntaha al-Hafiz bin Asy`ari bin `Abdul Rahim bin Muntaha bin Muhammad adalah pengasuh dan penerus Pondok Pesantren Tahfidzul Quran al-Asy`ariyyah. Beliau dilahirkan pada 9 Julai 1912 di desa Kalibeber, Wonosobo, Jawa Tengah. Beliau memulakan pengajian formal agamanya di Darul Maarif, Banjarnegara di bawah asuhan Syaikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi yang masih terhitung kerabatnya. Setelah tamat di Darul Maarif, beliau meneruskan mondok di Pesantren Tahfidzul Quran Kaliwungu, Kendal di bawah asuhan K.H. Utsman sehingga berhasil menghafal al-Quran ketika berusia 16 tahun. Setelah itu, beliau mendalami ilmu qiraah di Pesantren Krapyak dengan Kiyai Munawwir. Ilmu hadits, fiqh dan tafsir didalaminya di Pesantren Termas, Pacitan di bawah asuhan Kiyai Dimyathi.

Dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara Indonesia, KH Muntaha tidak ketinggalan berjuang menjadi komandan BMT (Barisan Muslimin Temanggung) yang bertempur dengan penjajah Belanda di Palangan Ambarawa. Kiyai Muntaha juga terkenal sebagai seorang ulama multidimensi yang mempunyai berbagai idea yang cemerlang. Dalam dunia pendidikan KH Muntaha al-Hafiz merupakan teladan karena keberhasilannya mengembangkan pendidikan di bawah naungan Yayasan al-Asy'ariyyah. Yayasan tersebut saat ini menaungi berbagai tangga pendidikan, antara lain, Taman Kanak-kanak (TK) Hj. Maryam, Madrasah Diniyah Wustho, Madrasah Diniyah `Ulya, Sekolah Madrasah Salafiyah al-Asy'ariyyah, Tahfidzul Qur'an, SMP Takhasus Al-Quran, SMU Takhasus al-Quran, SMK Takhasus al-Quran, Universitas Sains al-Quran (UNSIQ), khusus untuk Perguruan Tinggi UNSIQ ini di bawah naungan Yayasan Pendidikan Ilmu-Ilmu al-Quran (YPIIQ). Selain mengatur soal pendidikan, beliau turut aktif menjalankan dakwah bahkan beliaulah yang membentuk Korps Dakwah Santri (KODASA). Korps ini merupakan wadah bagi aktiviti santri Pondok Pesantren Al-Asy'ariyyah dalam menyiarkan Islam, baik yang diperuntukkan bagi kalangan santri (sesama santri) dalam rangka meningkatkan kualiti diri, maupun kepada masyarakat banyak.

Dalam perjuangan memasyarakatkan al-Quran, KH Muntaha telah mendirikan Yayasan Himpunan Penghafal al-Quran sebagai wadah untuk menghimpunkan para hafiz dan hafizah. Kepada murid-muridnya, beliau anjurkan agar mengkhatam al-Quran seminggu sekali. Selain menghafal al-Quran, beliau turut mengarang sebuah tafsir al-Quran diberi jodol "Tafsir al-Munthaha".

KH Muntaha al-Hafiz menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Rabu, 29 Disember 2004 dalam usia kira-kira 92 tahun. Mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa dilimpahkan ke atas beliau, guru-guru beliau dan muslimin dan muslimat sekaliannya.........al-Fatihah.

Rabu, Mei 20, 2009

Nabi Lawlaak

Sewaktu dok mengemas rumah dan membongkar khazanah lama kawey, terjumpolah kawey ngan satu kaset yang kawe beli sewaktu kawe muda belia lagi (lani pun masih mudo lagi tapi dah tak berapa belia). Kaset ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kawey rasa nak kongsi sedikit kandungannya berhubung kemuliaan dan kebesaran Junjungan Nabi s.a.w. Sesiapa yang bernanah dengan TG Nik Abdul Aziz, itu ese tak dapek nak nolongnya, silalah melompat ke entri lain atau blog lain. Tok sah gaduh - gaduh, nanti hati ese sakit, hati kome pun sakit. Dalam ceramah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang disampaikan beliau pada Disember 1984 yang mana ianya telah dirakam dan disebar dalam bentuk kaset dengan jodol "Maulid Nabi & Serangan Pemikiran" TG dengan lenggok dialek Kelatenya berkecek dan ambo buak transkripnye sikik, nok banyok kena dengo sendiri kaset ni:-

...Sepertimana yang kita semua tau, di antara gelaran yang diberikan kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. ialah gelaran "Nabi Lawlaak", "Nabi Lawlaaka", iaitu putusan atau singkatan daripada perkataan "lawlaka maa khalaqtul aflaka" - Kalau tidaklah keranamu wahai Muhammad, maka langit, bumi, seluruh itu tidak wujud di muka dunia. Langit dan bumi yang kita anggap besar dan berharga ini wujud, kerana Allah ada cadangan lahirkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi akhir zaman. Dengan arti kalau tidak adalah cadangan untuk melahirkan Nabi Muhammad, maka kita pun tak ada, langit-bumi sebagai tempat tinggal kita ni pun tidak wujud. Jadi oleh yang demikian, apa sahaja cakapan, apa saja perbahasan, apa saja kajian yang kita orang Islam buat, patutnya mesti berkisar dan berkerumun di keliling wujudnya Nabi Muhammad s.a.w. di muka dunia. Kepada yang tidak sedar benda inilah, selalunya timbul dan menimbulkan masalah-masalah, yang satunya bercakap, berkira, bertindak, beralasan kepada wujudnya Nabi Muhammad, manakala yang satu puak lagi bercakap, berkira, bertindak, berdasar kepada wujudnya mereka masing-masing, wujudnya langit dan bumi dan mereka, tanpa mengira dan tanpa mengingati paksi sebenar langit dan bumi iaitu Nabi Muhammad s.a.w. .....
Berhubung kalam "لولاك لولاك ما خلقت الأفلاك ", segelintir ulama kita menganggapnya sebagai hadits, manakala ramai yang lain menolak pensabitannya sebagai hadits dengan ingatan bahawa penolakan mereka bukan bermakna mereka turut menolak mafhumnya. Yang ditolak adalah lafaz atau manthuq kalam tersebut tetapi bukan mafhumnya. Samalah jugak seperti hadits Jabir, tidak bererti ulama kita yang menolak hadits tersebut turut menolak konsep awwaliyyah Nur Muhammad. Untuk bacaan lanjut mengenai kalam ini, ikhwah bolehlah rujuk akan penjelasan Mufti Mesir dalam "al-Bayan" halaman 147 - 148 dan juga yang berkaitan hadits Jabir pada halaman 151-152 dan boleh juga baca artikel di bawah yang ese kutip dari sini.


***********************************************************

Hadith of Law laak - الحديث: لولاك

"If not for you (O Muhammad!) I would not have created creation"


Question: What do the respected ‘Ulama of the religion and Shari’ah say about the hadith: لولاك لولاك ما خلقت الأفلاك - “Law laaka law laaka maa khalaqtal aflaak”. Which book is this hadith in? Is the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) the reason for creation or not? Are there other ahadith that support this narration?


Answer: Indeed the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the reason for the creation of Adam ‘alaihis salam and the universe. If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) was not in existence, then the ‘Arsh and Kursi, Lawh and Qalam, the Skies and the Earth, Heaven and Hell, the trees and stones and all other creatures would not exist.

And while the lafdh in question is not considered an authentic wording from the Prophet (sallallahu 'alaihi wasallam), it is, as Mullah al-Qaari said, "Though al-Saghanee says this is mawdu even so I say its meaning is saheeh (authentic) even if it is not a hadith.” Please read about Ibn Taymiyyah and his discussion of the hadith law laaka in Majma` Fataawa Ibn Taymiyyah.

There are many ahadith to this effect.

Hadith 1: al-Hakim in his Mustadrak, Baihaqi in Dalail an-Nubuwah, Tabarani in his Kabeer, Abu Na’eem in his Hilya and ibn Asakir in Tarikh Damishq report from Sayyiduna Ameer al-Mu’mineen 'Umar ibn al-Khattab Farooq al-A’dham (radiyallahu ta'ala anhu) that:

The Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) said: “Allah said: When Adam made the mistake, he asked: O Allah! I ask you for the sake of Muhammad to forgive me. Allah said: O Adam! How do you recognise Muhammad when I have not yet created him? Adam said: O Allah! When you created me and blew into me the spirit, I lifted my head and saw written on the ‘Arsh ‘La ilaaha illallah Muhammadur rasoolullah’. So, I got to know that you would only join your name with him who is most beloved to you. Allah said: O Adam! You have spoken the truth. Indeed Muhammad is more beloved to me than anything and when you asked me for his sake, I pardoned you. If Muhammad was not in existence, I would not have created you” (Also from Imam Subki in Shifa as-Siqam and Shihab in Naseem)

Please read about Ibn Taymiyyah and his discussion of the hadith of Adam's forgiveness in Majma` Fataawa Ibn Taymiyyah.

Hadith 2: Hakim in Mustadrak and Abu as-Shaykh in Tabaqaat al-Isfahani’ in a report from Sayyiduna Abdullah ibn Abbas (radiyallahu ta'ala anhuma) that:

“Allah revealed to Prophet ‘Isa ‘alaihis salam that: O ‘Isa! Have faith (imaan) in Muhammad and order your ummah to do the same. If Muhammad was not in existence, I would not have created Adam nor would I have made heaven or hell”. (Also from Shaykh Taqi ad-Din Subki in Shifa as-Siqam and Shaykh al-Islam al-Bulqini in his Fatawa and ibn Hajar in Afdal al-Qur’an).

Hadith 3: Dailami in Musnad al-Firdaus reports from Sayyiduna Abdullah ibn Abbas (radiyallahu ta'ala anhuma) that:

“the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) said that Jibra’il came to me and said that Allah says: If you were not created, I would not have made the heaven or hell”.

Hadith 4: ibn Asakir reports from Salman al-Farsi (radiyallahu ta'ala anhu) that:

“Jibra’il came to the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) and said that Allah says: I have not created anyone who is more honoured to me that you. I have created the world and all that is therein so that they may know the rank that you possess. I would not have created the world if I had not created you”.

Hadith 5: Imam Shihab ad-Din ibn Hajar ‘Asqalani says:

“These reports say that if Muhammad (sallallahu 'alaihi wasallam) were not created then Allah would not have made the skies nor the Earth, neither heaven nor hell, neither the sun nor the moon”.

There are many other ahadith on this subject which have been collected by Imam Ahmad Rida Khan Barelwi in his brilliant ‘Tajalli al-yaqeen baana nabiyyina sayyidil mursaleen’ and it is without doubt that the righteous ‘ulama have addressed the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) as the “Reason for the creation of Adam and the universe”. If the sayings of our ‘ulama are collected, this would cover a voluminous book. A few are noted below.

Hadith 6: see the discussion of the very important hadith of Jaabir.

Excerpt 1: Imam Saif ad-Din Abu Ja’far bin Umar al-Humairi al-Hanafi in his ‘al-Durr al-tanzeem fee mawlid al-nabi al-kareem’ says:

“When Allah made Adam He revealed to Adam to ask Him: O Allah! Why have you made my kuniyah as ‘Abu Muhammad’? Allah said: O Adam! Lift you head. He lifted his head and saw the noor (light) of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) on the ‘Arsh. Adam asked: O Allah! Whose is this noor? Allah said: It is a Prophet from your progeny. His name is Ahmad in the skies and Muhammad on the Earth. If he were not created, I would not have created you or the skies and the Earth”.

Excerpt 2: Sayyidi Abul Husain Hamdooni Shadhili writes in his Qasida Daaliyah that:

“The dear Prophet (sallallahu 'alaihi wasallam) is the essence of the universe and is the reason for all creation. Had he not have been, then nothing would have come into existence”.

Excerpt 3: Imam Sharaf ad-Din Abu Abdullah Muhammad Busiri writes in his Qasida Burda that:

“If it was not for the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) then the world would not exist”.

Excerpt 4: Imam Shaykh Ibrahim Baijuri writes in the commentary of Imam Busiri’s poem:

“If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) had remained non-existent, then the universe would not have come to be. Allah said to Adam: If Muhammad had not existed, I would not have created you. Adam is the father of all men and whatever is in the Earth has been created for man. So when Adam was created due to the existence of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam), then it is obvious that the whole world was created due to him. Hence, the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the cause and the reason for all existence.

Excerpt 5: ‘Allama Khalid Azhari, commenting on the Burda, says:

“It is because of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) that the world was bought from non-existence to existence”.

Excerpt 6: Imam Mulla Ali Qari writes:

“If it were not for the blessing and the generosity of the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam), then the whole world would not have existed and apart from Allah, nothing would exist.

Excerpt 7: ‘Allama Abul Ayash Abdul Ali Lakhnawi writes in his ‘Fawatih al-Rahmoot Sharh Musallam al-Thuboot’ that:

“If the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) were not in existence, then the blessings of Allah would not have blessed the creation”.

Only an ignoramus will argue against the authenticity of the subject matter, that is, that the Prophet of Allah (sallallahu 'alaihi wasallam) is the reason for creation. It is due to him that Allah, the Almighty, created the Universe.

(This answer has been translated by Muhammad Aqdas from Mufti Zafar ad-Din al-Bihari al-Ridawi’s (rahimahullah) collection of fatawa ‘Naafi’il bashar fee fatawa zafar’. It is a question asked by Shaykh Rahim Bakhsh of Rawalpindi received by Mufti Zafar ad-Din on 15th Rajab, 1324 AH. Mufti Zafar ad-Din was one of the foremost students of Imam Ahmad Rida Khan Barelwi (rahimahullah).
[source at www.aqdas.co.uk] and slightly modified by ASFA staff

Selasa, Mei 05, 2009

Tawassul Mencegah Wabak

Mula-mula burung, la ni b*b* pulak. Satu dunia jadi risau dek makhluk seni ciptaan Allah s.w.t... Allahu ... Allah. Selain berikhtiar secara lahiriah seperti menggunakan vaksin dan sebagainya, para ulama kita telah mengajar beberapa amalan yang boleh dijadikan ikhtiar memohon perlindungan Allah s.w.t dari ancaman makhluk Allah s.w.t. yang bernama virus wabak tersebut. Antara yang masyhur diamalkan adalah tawassul dengan Ahlul Kisa` yang lima. Malangnya sekarang, muncul kat Mesia ni, golongan yang bermudah-mudah menuduh orang yang menyebut-nyebut Ahlul Kisa` sebagai Syiah. (catatan: Deme ni dok tuduh orang bermudah-mudah tuduh deme wahabi, deme pun apa kurangnya bermudah-mudah menuduh orang lain syiah, jahmiah, kuburi dan dan dan sebagainya). Ketahuilah mencintai Ahlul Kisa` adalah ajaran Sunni bukan semata-mata monopoli puak Syiah. Antara ulama Sunni yang menyebut mengenai amalan tawassul dengan Ahlul Kisa` sebagai sarana mencegah wabak penyakit adalah al-Qadhi asy-Syaikh Yusuf bin Isma`il an-Nabhaani rahimahUllah. Dalam karyanya "Sa`aadatud Daarain" halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.


Kujadikan lima orang sebagai wasilah kepada Yang Maha Kuasa
Untuk kupadamkan dengan keberkatan mereka
Akan kepanasan wabak dan kebinasaannya
Junjungan Nabi al-Musthafa
Baginda 'Ali al-Murthada
Dua anak mereka
Imam Hasan dan Imam Husain saudaranya
Dan bonda mereka Siti Faathimah juga

Oleh itu, sesiapa yang nak beramal dengan tawassul tersebut, biarkanlah sahaja, takkan jadi Syiah dengan semata-mata menyebut Ahlul Kisa`. Lagipun, amalan tersebut disebut dengan shorih oleh ulama sunni panutan kita. Sesiapa yang tak emboh, dak ngape jugok ... lana a'maaluna wa lakum a'maalukum.


Isnin, Mei 04, 2009

Doa Keselamatan

Mantan Mufti Negeri Sembilan, Dato` Syaikh Haji Mohd Murtadza bin Syaikh Ahmad telah memanjangkan satu doa yang disebut oleh para ulama kita antaranya Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani dalam "Bada-i-`uz Zuhur" untuk dijadikan amalan mencari keselamatan daripada ancaman wabak penyakit dan bala` bencana. Maka amatlah munasabah untuk kita jadikan amalan dalam masa tercetusnya wabak baru yang menggelabahkan satu dunia sekarang. Vaksin tu vaksinlah jugak, tapi jangan lupa memohon kepada Allah yang Maha Berkuasa. Tok Syaikh Wan Ahmad menulis dalam kitabnya tersebut:
"Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga (3) kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia daripada mengenai waba`, iaitu:-