Selasa, Februari 09, 2010

Pahala Bacaan - Habib Zain

Sekadar menambah khazanah ilmu berhubung hadiah pahala kepada orang mati. Agar kita mengetahui siapa yang menjadi panduan dan rujukan kita. Bagi yang merujuk kepada yang lain, terpulanglah, itu hak kamu. Kami tak suka menceroboh hak kamu, maka diharap kamu juga jangan menceroboh hak kami. Nukilan daripada fatwa al-Habib Zain bin Ibrahim hafizahUllah yang tercatat dalam "al-Ajwibatul Ghaaliyyah" halaman 108. Maka al-Habib ditanya sebagai berikut:-
Soalan: Adakah sesorang diharuskan menghadiahkan pahala bacaan al-Quran dan zikir kepada orang-orang mati ?

Jawapan: Ya, perbuatan yang sedemikian itu (yakni membaca al-Quran dan zikir untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati) adalah harus. Menurut pandangan yang shohih lagi terpilih dalam mazhab, pahala bacaan tersebut dan lain-lain amalan badaniyyah (yakni amalan-amalan yang dilaksanakan oleh anggota badan semata-mata) sampai kepada mereka (yakni kepada arwah tersebut). Sesungguhnya terhasil bagi mereka dengan yang sedemikian itu (yakni dengan hadiah pahala tersebut) manfaat, samada sebagai kaffarah dosa (penghapus dosa), mengangkat darjat, diberi nur, diberi kegembiraan dan lain-lain ganjaran pahala dengan kelebihan Allah ta`ala.




5 ulasan:

M.A.Uswah berkata...

Assalamualaikum, akh Abu Muhammad,

Akh ada tak manaqib Habib Muhammad bin Ahmad Al-Haddar? Ana ada gambarnya, tapi tak punya manaqibnya. Ana nak sangat baca manaqibnya. Harap akh dapat membantu ana. Wassalam.

M.A.Uswah,
http://tamanhabaib.blogspot.com

fik berkata...

Assalamualaykum Ustaz,

Saya pernah terbaca didalam kitab Al-Adzkar Imam An-Nawawi yang berpendapat hadiah pahala itu tidak sampai. Benarkah pendapat imam sebegitu?

Abu Muhammad berkata...

Salam.

Tuan MA Uswah, maapin ana ngak arif mengenai beliau.

Fik, dak eh, silap baca kot? Atau terbaca al-adzkar yang telah diedit oleh geng anak pak wahab? Apa-apa pun ese dah bubuh entri mengenai pendapat Imam an-Nawawi dalam kitab aladzkar tersebut.

al-fagir abu zahrah berkata...

Kalau al-Habib Muhamad bin 'Abdullah al-Haddar, gurunya Habib Umar ketika di Baidho, maka sedikit tentangnya bisa didapati disini

http://www.ghrib.net/vb/showthread.php?t=1839

fik berkata...

Jazakallahu khair ya Ustaz, sungguh bermanfaat tulisan tersebut..

Terim kasih.