Jom Mawlid ....



Perkataan Imam Ibnul Jawzi ini turut dipetik Buya Habib Muhammad al-Maliki rahimahUllah dalam karya beliau "Ma-dza fi Sya'baan" pada mukasurat 38 - 39. Maka janganlah bermalas-malas untuk menghadirkan diri kita dalam majlis di mana Junjungan Nabi SAW dipuji, disebut, disanjung, dicerita, dikisah, disholawatkan serta diutus ucapan salam kesejahteraan. Sesungguhnya setiap masa dan ketika kita mengharapkan rahmat Allah SWT dan syafaat Junjungan Rasulullah SAW.Keharuman Majlis Sholawat Nabi
Telah diriwayatkan bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: " Tidak duduk (yakni hadir) sesuatu kaum dalam sebuah majlis kemudian mereka berpisah atau bersurai tanpa bersholawat ke atasku melainkan perpisahan mereka itu atas bau busuk bangkai himar." Apabila saja sesuatu majlis di mana para hadirin yang menghadirinya tidak bersholawat ke atas Junjungan Nabi SAW di dalamnya, akan menyebabkan mereka berpisah atau bersurai atas bau busuk bangkai himar (keldai), maka tidaklah menghairankan jika majlis yang di dalamnya diucapkan ucapan-ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW akan menyebabkan para hadirin yang menghadirinya mendapat bau wangi yang paling harum dan paling baik. Dan yang sedemikian itu adalah kerana Junjungan Nabi SAW adalah makhluk yang terbaik dan yang paling suci, yang mana apabila Junjungan SAW bersabda dalam sesuatu majlis, nescaya penuhlah majlis tersebut dengan bau harum mewangi semerbak kasturi. Maka demikianlah juga pada majlis yang disebut di dalamnya akan Junjungan Nabi SAW (yakni dengan bersholawat, mendengar hadis-hadis Junjungan SAW, mendengar ajaran-ajaran Junjungan SAW dan mendengar sirah atau kisah-kisah yang berkaitan dengan Junjungan SAW), nescaya akan terbitlah bau harum semerbak mewangi yang menembusi tujuh petala langit hinggalah ke arasy, keharumannya dicium oleh segala makhluk Allah ta`ala yang di bumi selain daripada jin dan manusia. Kalaulah manusia dan jin dapat mencium bau harum tersebut, nescaya lupalah mereka akan segala urusan penghidupan mereka, kerana terlalu sibuk meni'mati kelazatan dan keni'matan bau harum tersebut. Manakala, setiap malaikat dan makhluk Allah ta`ala selain jin dan manusia, yang mencium bau harum tersebut akan berdoa memohon keampunan untuk orang-orang yang hadir dalam majlis tersebut, dan akan dituliskan bagi mereka yang hadir itu pahala sebanyak bilangan makhluk Allah ta`ala yang mencium bau harum tersebut serta diangkat darjat mereka menurut bilangan makhluk-makhluk tersebut. Maka setiap orang masing-masing akan mendapat pahala yang sedemikian tadi tanpa mengira berapa jumlah mereka yang berhimpun dalam majlis tersebut, sama ada hanya seorang ataupun seratus ribu orang, dan apa yang ada di sisi Allah daripada pahala dan ganjaran adalah terlebih banyak lagi. Maka wahai pencinta-pencinta Rasulullah SAW hendaklah kamu bersholawat ke atas Sang Kekasih nescaya Allah Tuhan yang Maha Tinggi akan memberikan kamu minuman kerohanian penghubung kasih, memakaikan kamu dengan pakaian keindahan dan kesempurnaan serta menghiasi kamu dengan kitabnya yang mulia.
****************************************************
Mawlid ad-Dhiya ul-Lami'
Mawlid ad-Dhiya ul-Lami'
1 ulasan:
Assalamualaikum Sidi Abu Muhammad,
Mana boleh saya dapatkan rakaman maulid dhiya' al-lami' ini?
Terima kasih.
Catat Ulasan