Isnin, Julai 25, 2005

Zikir Berjamaah

Kutelaah akan kitab "Miftahul Falah wa Mishbahul Arwah" karangan panutanku Imam Ibnu Athoillah as-Sakandari yang merupakan khalifah Imam Abul 'Abbas al-Mursi yang merupakan khalifah Imam Abul Hasan 'Ali asy-Syadzili di mana termaktub antara lain:-

"Sebahagian orang berpendapat bahawa zikir yang dilakukan oleh satu orang dan zikir yang dilakukan secara berjemaah ibarat muadzdzin (tukang azan) yang tunggal dan muadzdzin jamaah. Sebagaimana muadzdzin jamaah suara-suara mereka lebih lantang dan lebih kuat sehingga boleh menembusi ruang udara yang tidak mungkin dijangkau oleh suara muadzdzin tunggal, demikian pula dengan zikir jamaah, ianya lebih banyak memberikan pengaruh ke dalam qalbu dan lebih memiliki kekuatan untuk mengangkat hijab qalbu berbanding zikir yang dilakukan secara sendirian. Selain itu, setiap orang akan mendapatkan pahala zikirnya sendiri dan pahala mendengar zikir orang lain."

Allahummaj 'alna minadz dzakiriin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum Tuan Abu Muhammad. Boleh terangkan tentang zikir dan doa berjema'ah selepas solat. Adakah ia termasuk perkara yang bid'ah?

Tanpa Nama berkata...

saya sukar pd zikrullah...tapi pd pandangan saya kalu setakat zikir tanpa mengenali empunya diri yg kita puji dlm zikir rasa tak seronok. Setiap manusia Islam (ustadz saya kata jgn sebut org beriman..sebab iman itu tak bleh nampak)bila zikir mereka mencari Allah dan nak dapat rahmat Allah.....pd Tua Abu sendiri apa pandangan Tuan tentang mengenali Allah...??