Habib Anis Wafatً
AKU BARU DIMAKLUMKAN BAHAWA HABIB ANIS AL-HABSYI SOLO TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH TENGAH HARI TADI DI RUMAH SAKIT SOLO. MARI KITA MENGHADIAHKAN AL-FATIHAH UNTUK ALMARHUM DAN MENDOAKAN AGAR ALMARHUM DITEMPATKAN BERSAMA NENDANYA JUNJUNGAN NABI S.A.W. DAN AGAR KEBERKAHANNYA MELIMPAH KEPADA KITA SEKALIAN.
Antara tausyiah Habib buat renungan dan panduan:-
"Sebagai umat Muhammad, kita harus mencintainya, melaksana ajarannya. Bahkan, kita juga berharap kelak di hari kiamat mendapat syafaat atau pertolongan dari Rasulullah s.a.w., dengan cara memperbanyak sholawat, mempelajari riwayat hidup beliau dan kemudian meneladaninya. Kita tidak dapat memastikan apakah amal ibadah kita selama hidup kelak akan diterima Allah s.w.t., meskipun kita memang harus bersikap husnudzdzan, berbaik sangka, kepada Allah. Tapi, kita tidak bisa hanya mengandalkan amal sholeh kita. Sebab ada faktor yang juga sangat menentukan, iaitu syafaat Rasulullah s.a.w."
4 ulasan:
Sedih sungguh rasa dihati diatas pemergian beliau. Sepatutnya saya dan teman2 menziarahi beliau di Solo pada June yg lalu. Tetapi disebabkan musafir kami mengalami perbagai dugaan maka ziarah itu dibatalkan disebabkan terlalu kesuntukan masa.
Lebih menyedihkan, tadi mendapatkan khabar dari seorg teman yg beliau telah membeli tiket penerbangan utk ke Malaysia tetapi ditakdirkan Allah beliau mengalami stroke.
Apapun segalanya telah tersurat, mudah2an beliau sentiasa beroleh kenikmatan dan rahmat dari Allah biarpun telah berpindah dari alam dunia ini kealam barzah.. Amin ya rabbal alami. Al-fatihah utk Al-marhum...
Insya-Allah, niat menziarahi orang alim lagi sholih adalah termasuk amal ibadah. Niat yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah s.w.t., bahkan kekadang niat yang murni tulus ikhlas lebih baik dari amalannya sebagaimana sabdaan Junjungan "niyyatul mu'min khairun min 'amalihi".
Ambo pun sepatutnya menziarahi beliau sebelum mawlid lepas, tetapi memandangkan ada syughul yang perlu diselesaikan, maka hajat tersebut ditunda ke penghujung tahun ini. Nampaknya, taqdir Allah telah berlaku. Yang penting, al-Habib akan sentiasa dalam hati sanubari kita.
Harap akhie al-langati serta sahabat mengadakan bacaan Yaasin dan tahlil untuk mengiringi pemergian almarhum. Mudah-mudahan Allah merahmati almarhum serta mencucuri makamnya dengan cucuran hujan rahmat dan kasih sayang. Mudah-mudahan berkat al-Habib terus menerus mengalir kepada kita sekalian serta kepada para muhibbin yang mengakui kemuliaan al-Habib. Mudah-mudahan Allah jadikan bagi kita yang tinggal ini penggantinya. Allahumma aamiin.
Semoga Allah merahmati pemergian beliau. Al-fatihah.
Akhie semua yg saya cintai, saya dari Solo ingin mengajak utk meneruskan perjuangan Habibana Anis dalam setiap sepak terjang kita. Beliaulah habib yang murah senyum hingga dikabarkan oleh Ustadz Noval bin Muhammad Alydrus(salah satu santri terdekat beliau) "tersungging senyum di wajah Habib Anis walaupun beliau sudah tiada". Semoga Alloh merohmatinya.
Catat Ulasan