Doa Untuk Ustaz Wan

Imam al-Bukhari dalam "al-Adabul Mufrad", Imam at-Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah telah meriwayatkan daripada Ya'la bin Murrah bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:- Husain adalah daripada aku (yakni darah daging Junjungan Nabi s.a.w.) dan aku daripadanya; Allah mengasihi orang yang kasihkan Husain. Hasan dan Husain adalah dua cucu daripada segala cucu."Jika seseorang yang kasihkan Imam Husain dengan sebenar-benar kasih, bukan cinta kasih yang kosong yang penuh bid`ah dholalah dan ratapan jahiliyyah seperti perlakuan puak Syiah, akan dikasihi Allah, maka seseorang yang membenci Imam Husain pasti akan dimurkai Allah s.w.t.
"Telah mendatangi aku akan Jibril dan dia mengkhabarkan kepadaku yang umatku akan membunuh anakku ini, yakni Sayyidina Husain, dan Jibril telah membawa untukku segumpal tanah berwarna merah."Beberapa ulama antaranya Imam al-Baghawi dalam Mu'jamnya, Imam Abu Haatim dalam Shohihnya dan Imam Ahmad telah meriwayatkan hadits yang mafhumnya bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:
"Telah memohon izin malaikat penjaga alam daripada Tuhannya untuk menziarahiku, maka diizinkan. Malaikat tersebut (setengah riwayat menyatakan bahawa malaikat tersebut ialah Jibril a.s.) telah datang menziarahiku ketika aku berada di rumah Ummu Salamah." Junjungan s.a.w. bersabda kepada Ummu Salamah: "Wahai Ummu Salamah, jagalah pintu bagi kami dan jangan benarkan sesiapa masuk." Ketika Ummu Salamah mendatangi pintu rumah, tiba-tiba al-Husain meluru masuk dan melompat datang kepada Junjungan Nabi s.a.w. Lalu Junjungan s.a.w. merangkulnya dan menciumnya. Maka berkata malaikat: "Adakah engkau mengasihinya?" Junjungan menjawab: "Ya". Malaikat tersebut seterusnya berkata: "Bahawasanya umatmu akan membunuhnya, dan jika engkau mahu akan kutunjukkan tempat dia dibunuh," maka ditunjukkanlah tempat tersebut dan didatangkannya segumpal tanah merah (setengah riwayat menyatakan ianya sebagai ketulan pepasir merah atau kerikil-kerikil merah) lalu diambil oleh Ummu Salamah dan dimasukkannya dalam pakaiannya.Allahhhhhhh.......................... sebak hati, terbayang anak kita yang kecil yang bermanja dengan kita, jika kita punya rasa cinta terhadap anak kita, maka gambarkanlah kecintaan Junjungan s.a.w. terhadap cucu baginda al-Husain, laknat Allahlah ke atas orang yang telah membunuh buah hati Junjungan Nabi s.a.w.
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur'an) yang diturunkan (kepada mereka)?Ayat tersebut benar-benar masuk meresap dan menyentak sanubari Fudhail bin 'Iyadh, membuatnya terdiam di atas tembok tersebut, lalu tiba-tiba Fudhail bin Iyadh merasa lemah longlai segala sendinya dan tubuhnya gementar seraya beliau merintih kepada Allah: "Oh Tuhan, telah tiba waktuku. Telah tiba waktuku." Dia pun turun dari tembok tersebut dan berjalan pulang dengan hati bertaubat setulus-tulusnya.
Dan telah diriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jaliil Abi 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh r.a. berkata: " Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya`; Dan beramal kerana manusia pula adalah satu kesyirikan; Manakala ikhlash adalah apabila Allah meng`afiatkan engkau daripada keduanya (yakni segala sesuatu dilaksanakan kerana Allah semata-mata)."Imam yang mulia ini meninggalkan dunia yang fana pada bulan Muharram tahun 187H di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau telah dimaqamkan di Jannatul Ma'ala.....al-Fatihah.
Time expands and contracts, becoming lighter in the first instance and denser in the second. The lighter it is, the more baraka there is in it and the more that can be achieved in it; whereas the denser it becomes, the less baraka it contains and the more obstructive to the achievement it becomes. The obvious example of an occassion when time was greatly expanded is the Night Journey of the Prophet, may God's blessings and peace be upon him. On that night he travelled from Makka to Jerusalem, alighting in various locations at Gabriel's bidding to pray. At the Jerusalem Temple he led the other Prophets in prayer, then ascended through the seven heavens to the Throne, the Lote Tree of the Limit and the meeting with his Lord. He met with various visions of the Garden and the Fire. Yet when he returned to Makka, the bed he had left had not had time to lose its warmth. ...... Apart from such extraordinary events, certain times are said to be more charged with baraka. Such, for example, are the day of 'Arafat each year during the Hajj pilgrimage, Friday each week, and the last third of the night, and the times between the dawn (subh) prayer and sunrise, and between the afternoon ('asr) prayer and sunset each day. As the Last Day draws nearer, time contracts, thickens, and becomes less conducive to good works. Baraka diminishes by the day until none shall remain and the last man of God dies leaving no successor. This will herald the end of terrestrial time and the advent of the Hour. A hadith states explicitly, "The Hour will not arrive until time contracts, so that a year becomes as a month, a month as a week, a week as a day, a day as an hour, and an hour as a fiery flare."Sungguh keberkatan waktu itu masih tetap dirasai oleh para kekasih Allah. Tatkala waktu kita berlalu sia-sia, waktu-waktu mereka dipenuhi keberkatan amalan sholih bertaqarrub kepada Allah. Tatkala malam kita dihabisi dengan tidur, malam mereka dihiasi dengan qiyam, ruku', sujud, dzikir dan tilawah. Allahu ... Allah. Bila lagi kita akan meniru jejak langkah mereka ?
Mudah-mudahan dapat kita amalkan dua doa yang mubarak ini yang diajar oleh Junjungan s.a.w. untuk menyambut hujan agar ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat dan tidak memudaratkan. Mudah-mudahan Allah selamatkan negara kita dari segala bencana dan malapetaka. Mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran kepada saudara-saudara kita yang telah ditimpa bencana serta menggantikan kemusnahan yang mereka alami dengan yang baharu dan pahala yang berlipat ganda. Allahumma aamiin.Telah kami riwayatkan dalam Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim daripada Sayyidina Anas r.a. yang menyatakan: " Telah masuk seorang lelaki ke dalam masjid pada hari Jumaat tatkala Rasulullah s.a.w. sedang berdiri berkhutbah. Lelaki tersebut berkata kepada Junjungan Nabi s.a.w.: "Wahai RasulAllah, telah binasa segala harta (akibat kemarau) dan telah terputus segala jalan (yakni usaha), maka mohonlah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan kepada kami." Maka Junjungan s.a.w. pun mengangkat kedua tangan baginda seraya berdoa tiga kali dengan ucapan: "Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami." Anas berkata: "Demi Allah, tidak kami melihat satu awan pun di langit walau secebis antara kami dan bukit Sala`. Tiba-tiba muncul awan di langit seperti rupa perisai, maka tatkala awan tersebut berada di tengah langit, ia berkembang dan kemudian menurunkan hujan. Demi Allah, tidaklah kami melihat matahari selama seminggu (yakni terus menerus hujan turun selama seminggu). Kemudian telah masuk seorang lelaki kepada Junjungan Nabi s.a.w. pada Jumaat yang berikutnya sedang Junjungan berkhutbah. Lelaki tersebut berkata:- "Wahai RasulAllah, telah binasa segala harta (yakni sebab banjir) dan telah putus segala jalan (yakni usaha), maka mohonlah kepada Allah untuk menahannya dari turun (yakni menahan hujan dari berterusan turun)". Maka Junjungan Nabi s.a.w. pun mengangkat tangan baginda seraya berdoa:-
"Allahumma hawaalayna wa laa 'alainaa. Allahumma 'alal aakaami wadhz-dhziraabi wa buthuunil awdiyati wa manaabitisy-syajar"
"Ya Allah, jadikanlah hujan ini turun di sekitar kami dan tidak atas kami. Ya Allah, turunkanlah ianya atas segala gunung-ganang, bukit-bukau, lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan."
Seketika juga kami keluar dan berjalan di bawah sinaran matahari (yakni, hujan berhenti turun).
"....Maka baik Habib Tanggul (yakni Habib Sholeh al-Hamid) dan almarhum Habib Ali di Kwitang, Jakarta, memanglah mereka keturunan dari Ahmad bin 'Isa al-Muhajir yang berpindah dari Bashrah ke Hadhramaut itu, dan Ahmad bin Isa tersebut adalah cucu tingkat ke 6 dari cucu Rasulullah, Husain bin Ali bin Abi Thalib. Kepada keturunan-keturunan itu semuanya kita berlaku hormat dan cinta, iaitu hormat dan cintanya orang Islam yang cerdas, yang tahu harga diri, sehingga tidak diperbodoh oleh orang-orang yang menyalahgunakan keturunannya itu ..... Kita ulangilah seruan dari salah seorang ulama besar 'Alawiy yang telah wafat di Jakarta ini, iaitu Sayyid Muhammad bin 'Abdur Rahman BinSyahab, agar generasi-generasi yang datang kemudian dari keturunan 'Alawiy memegang teguh agama Islam, menjaga pusaka nenek moyang, jangan sampai tenggelam ke dalam peradaban Barat.....Berbalik kepada Habib 'Abdul Qadir, dakwah beliau tidak terhad kepada bumi kelahirannya sahaja, tetapi beliau juga memperluaskan medan dakwahnya sehingga ke Singapura dan Indonesia. Akhirnya atas permintaan beberapa ulama Hejaz, beliau menetap di Hejaz dengan bermukim di Kota Makkah, Madinah dan Jeddah untuk mengasuh majlis-majlis ta'lim. Dalam usia yang sudah hendak mencapai seabad, beliau menghabiskan masanya di Jeddah dan masih menerima ziarahnya para penziarah. Mudah-mudahan Allah memberkahi usia dan segala usaha beliau dan membalasinya dengan sebaik-baik balasan.
.....Perhatikanlah kembali hadits-hadits yang telah kita salinkan di atas. Di sana tersimpul bahwa Nabi kita s.a.w. sangatlah mengasihi anak cucu keturunannya itu. Beliau meminta kepada kita umatnya ini supaya turut mengasihi cucu-cucunya itu. Beliau meminta agar kita memandang mereka sebagai anak beliau juga. Jika orang lain mengambil keturunan dari ayahnya, Rasulullah mengecualikan anak-anak Fatimah, agar dipandang sebagai anak keturunan beliau. Hal ini janganlah kita entengkan. Junjung tinggilah pengharapan Nabimu. Pernah saya mendengar seorang khatib yang lancang, berkhutbah di satu Jum`at, mengatakan bahwa Rasulullah tidak ada keturunan! Orang yang mengakui keturunan Rasulullah adalah tidak sah! Nyatalah bahwa khatib ini tidak mengetahui sopan santun Islam....
.........Maka kalau ada orang yang mengatakan bahawa keturunan Rasulullah, bangsa Sayid, Syarif, Habib, itu dijamin masuk syurga sebab mereka keturunan Nabi, itu adalah karangan-karangan orang di belakang saja, untuk memperbodoh atau mencari keuntungan di kalangan orang awam. Sebaliknya demikian pula; iaitu orang yang memungkiri keturunan Nabi sendiri bahawa Hasan dan Husain anak Fatimah, diakui Nabi sebagai anak cucu atau keturunannya, sampai ada khatib Jum`at, yang tidak ada ilmu, memungkiri keturunan Nabi dalam khutbah Jum`at. Orang seperti itu bukan ilmunya yang bercakap, tetapi kerana belum mengetahui, maka sentimennyalah yang keluar."
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa..."Kewajipan untuk berlaku ihsan terhadap ibu bapa ini telah sedia maklum diketahui kita. Berbakti terhadap kedua orang tua ini amatlah besar kelebihan dan ganjarannya bagi anak yang sholeh dan taat kepada mereka. Imam al-Baihaqi, Imam as-Sayuthi, Imam Ibnu 'Asakir dan Imam Ibnu an-Najjar telah meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
"Setiap anak yang baik terhadap kedua ibu-bapanya, yang memandang kepada mereka dengan pandangan rahmat (penuh kasih-sayang), maka ditulis baginya untuk setiap pandangannya itu (seumpama) pahala haji yang mabrur." Sahabat bertanya: "Kalau dia memandangnya pada setiap hari 100 kali ?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawab: "Ni'mat-ni'mat Allah itu lebih besar dan lebih baik lagi."Allahu ... Allah ... Begitu besar ganjaran yang disediakan Allah bagi anak yang sholeh dan berbakti kepada kedua orang tuanya, sehingga setiap pandangan kasih-sayangnya terhadap mereka dinilai dengan pahala haji sunnat yang mabrur. Allahu ... Allah, penuh catatan amalan anak yang sholeh dengan pahala-pahala haji sunnat yang mabrur....Allahu Akbar. Bersyukurlah kita atas ihsan dan karunia Allah s.w.t. ini dengan sebenar-benar syukur, syukur yang menjanjikan tambahan ni'mat. Jika ada yang hendak mengetahui darjat hadits ini, maka aku katakan jika pun sanadnya dhoif, ini hanya untuk fadhoilul a'maal dan sebagai targhib, sedangkan hukum birrul waalidain itu telah sedia maklum bersandarkan nash al-Quran dan al-hadits yang shohih. Jadi tok sahlah nak menimbulkan kekecohan di sini, nak pakai pakai, tak nak pakai sudah.
Daripada Sayyidina Anas r.a. bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang hamba meninggalkan berdoa untuk kedua ibubapanya, terputuslah daripadanya rezeki."Begitu juga hendaklah kita sering menziarahi pusara mereka kerana itu juga merupakan satu sunnah dan satu kebaktian bagi mereka. Di samping, kita juga dijanjikan dengan ganjaran pahala dan keampunan yang tiada tara. Imam ath-Thobrani dalam al-Awsath meriwayatkan:-
"Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap hari Jumaat, diampunkan baginya dan dia dicatat sebagai anak yang berbakti (terhadap orang tuanya)."Setelah itu, hendaklah juga kita berlaku ihsan kepada kaum kerabat dan rakan taulan mereka yang masih hidup, serta melakukan lain-lain kebajikan atas nama mereka. Dulu aku pernah mendengar seorang ustaz, aku lupa sama ada Pak Yazid atau Ustaz Ghazali Hasbullah, menyebut dalam ceramahnya bahawa duduknya seseorang dalam majlis-majlis ilmu akan menggembirakan ibu-bapanya dan datuk-neneknya, tapi tidaklah aku mengetahui hadits sandaran yang menyebut persis seperti itu.
Dan ketahuilah bahawasanya segala amalan orang hidup dibentangkan kepada orang mati dari kalangan keluarga dan kerabatnya. Maka apabila mereka melihat amalan tersebut baik, bergembiralah mereka dengannya dan bersukacitalah mereka serta mereka mendoakan agar mereka-mereka yang masih hidup tersebut tetap dan istiqamah atas amalan baik itu. Dan jika mereka melihat amalan orang hidup tadi adalah sebaliknya, mereka berdukacita dan kecewa dengan apa yang mereka lihat itu, lalu mereka mendoakan agar yang masih hidup tadi diberi hidayah dan taufiq untuk melakukan amal kebajikan dan sholih.Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebagai penyejuk mata kedua ibu bapa kita, penyejuk mata para anbiya dan para awliya serta sholihin. Allahumma aaamiin.. bi hurmatil Fatihah.
Dan telah bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:-Sesungguhnya amalan-amalan kamu dibentangkan (yakni diperlihatkan) kepada kaum kerabat amu dan keluarga kamu yang telah meninggal dunia. Maka jika amalan itu baik, mereka bergembira dan jika sebaliknya mereka berdoa: 'Ya Allah, jangan Engkau matikan mereka sehingga Engkau hidayahkan mereka sebagaimana Engkau menghidayahi kami.
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-Segala amalan dibentangkan kepada Allah pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis. Dan dibentangkan kepada para Nabi dan para ibubapa pada hari Jumaat, maka mereka bergembira dengan (melihat) segala kebaikan mereka yang hidup tersebut dan bertambah bercahaya wajah-wajah mereka serta bersinar-sinar. Maka bertaqwalah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menyakiti orang-orang mati kamu (yakni dengan melakukan dosa dan maksiat yang menyebabkan kesedihan kepada si mati).
... Wahai manusia, sesungguhnya darah-darah kamu dan harta-harta kamu adalah suci bagi kamu (yakni tidak boleh diceroboh oleh sesiapa pun) seperti kesucian hari ini dan bulan ini...... Dengarkanlah perkataanku dan perhatikanlah, hendaklah kalian mengetahui bahawa setiap orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain dan semua kaum Muslimin adalah bersaudara....Malangnya, zaman kita ini pesanan dan wasiat Junjungan yang acap kali disabdakan baginda, sehingga diulang-ulang baginda dalam Khutbah Wida` baginda sudah tidak dipedulikan umat yang mengaku umat baginda. Ada yang sanggup berbalah dan berbunuhan sesama sendiri, sedangkan masing-masing masih bersholat menghadap qiblat yang satu dan menunaikan ibadah haji di BaitUllah yang mulia....Allahu...Allah. Mudah-mudahan Allah mempersatukan kembali hati umat ini agar menjadi umat yang bersaudara di bawah naungan dua kalimah suci yang isinya adalah mentauhidkan Allah dan menerima risalah Junjungan Nabi s.a.w.
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.