Karbala` - Habib Ali


Ahli- ahli sejarah dan (keterangan) kitab-kitab sirah sepakat bahawa jasad Imam Husain r.a. dimakamkan di tempatnya di Karbala`. Adapun kepala baginda yang mulia, maka ianya telah dibawa berkeliling sehingga berhenti di 'Asqalan - bandar perlabuhan Falestin - di tepi laut Mediterranean, yang hampir dengan pelabuhan - pelabuhan Mesir dan Baitul Maqdis. Keberadaan kepala baginda yang mulia di 'Asqalan kemudian dipindahkan ke Mesir disokong oleh majoriti ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh terkemuka, antaranya Ibnu Muyassar, al-Qalqasyandi, 'Ali bin Abu Bakar yang dikenali sebagai as-Saayih al-Harawi, Ibnu Iyaas, Sibth al-Jauzi dan al-Hafiz as-Sakhaawi. ..... Dan telah menulis al-'Allaamah asy-Syabrawi - mantan Syaikhul Azhar - sebuah kitab berjodol "al-Ittihaaf" mensabitkan dengan yakin bahawa kepala Imam Husain berada di makamnya yang terkenal di Kaherah. Beliau turut menyenaraikan ulama-ulama yang mensabitkan sedemikian, iaitu al-Imam al-Muhaddits al-Mundziri, al-Hafiz Ibnu Dihyah, al-Hafiz Najmuddin al-Ghaithi, al-Imam Majduddin bin 'Utsman, al-Imam Muhammad bin Basyir, al-Qadhi Muhyiddin bin 'Abdudzh Dzhahir, al-Qadhi 'Abdur Rahim, 'Abdullah ar-Rifaa'ie al-Makhzumi, Ibnu an-Nahwi, asy-Syaikh al-Qurasyi, asy-Syaikh asy-Syablanji, asy-Syaikh Hasan al-'Adawi, asy-Syaikh asy-Sya'raani, asy-Syaikh al-Munaawi, asy-Syaikh al-Ajhuuri, Abul Mawahib at-Tunisi dan lain-lain lagi.Mari kita hayati kisah syahidnya Imam Husain sebagaimana dituturkan oleh Habib 'Ali al-Jufri. Moga dapat diambil pengajarannya, menambahkan lagi rasa cinta kasih kepada keluarga Junjungan Nabi s.a.w., serta mengobarkan semangat jihad menentang kezaliman dan penindasan dalam jiwa kita.
Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim juga telah menulis berhubung perkara ini sebuah risalah dengan jodol " Ra'sul Imam al-Husain bi masyhadihi bil Qahirah tahqiqan muakkidan hasiman " yang penuh dengan dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang memuaskan hati. Berdasarkan kepada pemaparan tadi, tenanglah hati ini untuk berpegang dengan apa yang dipegang oleh kebanyakan ahli sejarah bahawa adalah kepala Imam Husain r.a. telah memuliakan Kaherah al-Mahrusah.
**************************************************
Kisah Karbala` - Habib 'Ali al-Jufri
Kisah Karbala` - Habib 'Ali al-Jufri
مدد يا مولانا يا حسين
مدد يا بو زين العابدين
3 ulasan:
Salam.
Tak! Kito tak kata pun demo ni Syiah. Jauh sekali. Huhu.
Bagus sungguh maklumat yang demo tulis itu. Kito akhirnya telah juga berjaya menangkis segala was-was kito tentang kepala Saidina Husain yang suci itu selepas membaca entri demo ini. Apatah lagi, apabila buku Al-Bayan telah berada di tangan kito sekarang.
Amat berguna entri ini. Bangga sungguh kito untuk selepas ini berulang-alik ke Masjid Husain. Tapi sayang, kebanyakan rakyat Malaysia samada pelajar atau yang datang melancong lebih suka melihat dunia di Khan Al-Khalili daripada bertawassul sekejap dua di maqam beliau. Demo rasa macamana dengan pendapat kito ni?
Sedih benar video itu. Terima Kasih.
sedih dengar cerita ni
Akibat pembantaian tentera Yazid - saya rasa perkataan yg lebih sesuai supaya tidak mengakibatkan sapa-sapa yg tidak mengikuti sejarah tersebut mengatakan Yazid terlibat ialah Musuh Islam yang menyamar sebagai tentera Yazid.
Catat Ulasan