Sambung Witir
Setelah entri "Sambung Terawih", mai plak yang tanya buleh ke idak sambung Witir. Bulan pose ni, ramai yang nak tambah ibadah, elok - elok, dah bulan - bulan lain malas, setidak-tidaknya bulan pose ni rerajinlah skit. Jangan dok asyik sambung tido je memanjang. Ramai yang terkompius dek sebab dengar hadis "Tiada 2 witir pada satu malam", biasa le, kalu main dengar - dengar je, inilah jadinya, mudah kompius, oleh sebab itu le kita disuruh duduk mengaji bebeno. Mudah fahamnya hadis tu, benar amatlah sebab kalu kome buat 2 kali Witir satu malam, maka punahlah Witirnya sebab 1 rakaat Witir campur 1 rakaat Witir jadi 2 rakaat witir. Mana mu belajo 2 rakaat tu Witir, witir tu kan mesti ganjil, 2 bukan ganjil, 2 tu genap. Jadi cam tu le seterusnya, 3 rakaat plus 3 rakaat, jadi 6 rakaat .......... so punahlah Witirmu. Ini mafhum ringkas daripada hadis tersebut. Tapi kalu mu nak sambung balik Witirmu, itu masuk bab lain, yakni bab sambung bukan bab 2 kali Witir. Katakanlah awal malam tadi mu dah buat 3, nanti akhir malam mu nak sempurnakan witirmu hok 3 jadi 5, mu sholatlah 2 rakaat lagi dengan niat daripada Witir, maka 3 plus 2, kan jadi 5, 5 tu kan ganjil, maka hasillah Witir. Maka ini dibenarkan, bahkan lebih elok daripada sambung tido. Mu nak sempurnakan Witir 3 mu jadi 11, mu tambah lagi 8 rakaat, maka sempurna witirmu 11 rakaat.
Perkara ini disebut oleh Khaatimatul Muhaqqiqin Imam Ibnu Hajar al-Haitami radhiyaAllahu `anhu dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 1, halaman 185, yang nasnya menyatakan:-
Perkara ini disebut oleh Khaatimatul Muhaqqiqin Imam Ibnu Hajar al-Haitami radhiyaAllahu `anhu dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 1, halaman 185, yang nasnya menyatakan:-
(Imam Ibnu Hajar radhiyaAllahu `anhu telah ditanya) mengenai seseorang yang telah pun menunaikan shalat Witir 3 rakaat, maka setelah itu adakah dia boleh menyempurnakan baki shalat Witirnya dengan niat Witir ? (Maka telah dijawab dengan perkataannya) Ya, dia dibenarkan untuk melakukannya menurut apa yang zahir daripada keadaannya adalah tetap witir (yakni dengan menyempurnakan baki Witir tadi, bilangan rakaat shalatnya tetap witir/ganjil), kerana padanya (yakni pada penyempurnaan shalat Witir tadi) ianya tetap mengandungi rakaat yang witir (ganjil), dan sedemikianlah shalat Witir (yakni shalat witir mesti dengan bilangan rakaat yang witir), samada (rakaat witir itu dilakukan) di pertengahannya atau di awalnya atau di akhirnya (yakni rakaat yang witir, misalnya 1 rakaat yang biasanya dilakukan pada akhir witir sebagai penutup, boleh dilakukan pada awalnya atau pertengahannya. Ianya tidak semestinya dilakukan di akhir shalat Witir sahaja. Misalan, seseorang shalat 1 rakaat dahulu dengan niat Witir, kemudian baru dia shalat 2 rakaat dengan niat Witir, maka hasillah baginya witir 3 rakaat).Harap dapat menjawab persoalan yang dikemukakan. Maka sambunglah jangan tak sambung jika ada peluang menyambung. Selamat beramal dan yang terlebih penting lagi adalah kita terus menyambung amalan berwitir sehinggalah ke akhir hayat, jangan hanya berwitir dalam bulan Ramadhan sahaja. Sesungguhnya Witir itu adalah antara shalat sunnat yang amat dituntut (muakkad), bahkan ianya dihukumkan wajib dalam Mazhab Hanafi atas definasi wajib di sisi mereka. Lakukanlah shalat Witir walaupun dengan serakaat, kerana serakaat Witir itu lebih afdhal daripada 2 rakaat Tahajjud atau 2 rakaat Sunat Fajar, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari rahimahullah. Moga Allah memberikan kita istiqamah dalam ketaatan ...... Allahumma aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan