Durood Radawiyah
Ini adalah Daruud @ Durood @ Shalawat yang dinisbahkan kepada Syaikh Ahmad Ridha Khan Barelwi `alaihi rahmatul Bari, ianya masyhur dengan sebutan "Durood Radawiyyah". Shalawat ini mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi para pengikut beliau terutama sekali di benua kecil India. Ese nukilkan sebagai satu sarana memperkayakan khazanah shalawat ke atas Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, tanpa mahu terlibat dalam pertikaian antara Barelwi dan Deobandi.
Menurut tafsiran Syaikh Ahmad Ridha Khan rahimahullah, kalimah "an-Nabiy al-Ummiy" yang dirujukkan kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, bererti bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah seorang Nabi yang tidak pernah diajar oleh selain Allah `azza wa jalla. Dalam tafsiran beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, "Kanzul Iman", kalimah tersebut diterjemahkan sebagai: "The Prophet who is untutored (except by Allah)." Gaya penafsiran yang sama juga diberikan oleh Dr Tahirul Qadri dalam "Irfanul Quran" di mana kalimah "an-Nabiyy al-Ummiy" sebagai "he who imparts to the people from Allah the news of the unseen and knowledge and secrets of socio-economic disiplines of life without himself being taught by any human in the world ...... he has not learnt anything from anyone except Allah". Marilah sama-sama kita mengucapkan shalawat dan salam atas Pemimpin Agung kita semua, Junjungan Nabi yang Ummi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

1 ulasan:
Allahuma salli wassalim ala sayyidina wa mawlana Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala aalihi wasohbihi ajamaiin
Catat Ulasan